Saturday, June 25, 2011

memang la tak paham!!!!

Ketidakfahaman punca komputer mudah digodam

24/06/2011 7:13pm

KUALA LUMPUR 24 Jun — Ketidakfahaman dan kegagalan pengguna Internet untuk memahami fungsi perisian komputer memberikan laluan mudah kepada penggodam untuk menyerang komputer mereka sewenang-wenangnya.

Naib Presiden Cyber Security Responsive Services, Adli Abd Wahid berkata, kebanyakan pengguna Internet di negara ini tidak tahu cara-cara perlindungan yang betul bagi memastikan komputer dan data mereka selamat. Malah ada yang tidak mengetahui fungsi sebenar perisian “Firewall” walaupun sudah menggunakan Internet dengan begitu lama, katanya semasa ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

"Justeru, mereka perlu peka dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi data dan sistem komputer mereka. "Sebagai langkah persediaan, pengguna perlu memiliki dan memahami ilmu teknologi maklumat (IT) dengan sebaik-baiknya terutamanya mengenai isu keselamatan siber. "Mahu tidak mahu, setiap pengguna perlu mempunyai ilmu IT kerana dalam era ini kita menggunakan komputer dan Internet secara meluas dalam kehidupan seharian,” katanya.

Adli berkata, tindakan penggodam yang tidak dikenali menyerang laman-laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan pihak berkuasa, organisasi, pengguna Internet dan pentadbir web agar lebih peka dan mempersiapkan diri berdepan dengan serangan susulan. - Bernama

pentagon, CIA, dan banyak lagi laman web yg canggih manggih yg pada asas nya tak sepatutnya booeh di godam pun kena godam ini kan pulak orang biasa..mana lah nak belajar semua benda tu... laman web kerajaan pun hancus kena godam... sekarang jawab siapa yg patut lindungi pengguna ni???

12 comments:

aNIe said...

Penggodam tu takde keja lain agaknya...asyik nak menggodam je...menyusahkan orang...

~ez~ said...

btul2...xde keje nk menyusahkan orggg..huhu..

arryani said...

penggodam nk test sejauh mana dorang mmpu pergi jauh. Kan baik kalau dorang yg genius ni sumbangkn kidmat tuk majukn negara kita..

Acik Erna said...

kito tau guno yo kan....memang tak paham pun..he he..

zino said...

anie
betul tu....

zino said...

ez
yg heran nya kawal macam mana pun masih boleh di godam..

zino said...

arryani..
segaa yg di cipta manusia ada cara nak jahanamkan nya..

zino said...

erna
nasihat pakar it tu macam tak betul je kan mana lah semua org nak mahir dalam IT ni hehe

Aida Ali said...

Betul3..

MULAN said...

sungguh tak suka mereka ni..

MOKCIK AZWA said...

Dorang dah kena upah untuk melindungi dari penggodam..jalankan la tugas tu..ni nak salahkan pengguna sajork..huhuhu

azieazah said...

Terlalu banyak upah jadi penggodam kot. Mereka jadikan kerja menggodam ini suatu kerjaya yang menguntungkan.


Gambar Merapu Seorang Menantu...