Monday, January 30, 2017

berkelah di sg Lopo..

Assalamualaikum...

1.0 Petang semalam adik kata kaklong ajak berkelah di SG.  LOPO.. Abah pun bertanya balik Sg Lopo macam tak pernah dengar je. kat mana tu. Sementara menunggu jawapan abah tanya takcik google .. oo ada la sg lopo ni di Ulu langat sana atas lagi dari sg Congkak.

2.0 Sebelum pergi biasala mem beli macam2 benda2 makan konon2 nak sarapan sekali di tempat piknik tu.. Tapi tu la pegi berkelah di tepi sungai musim hujan ni seriau juga.. takut tetiba KEPALA AIR datang menyerang. Terima kasih Zette yg ingatkan abah tadi.

3.0 sebab firstime nak kesana minta google map tunjuk jalan, kita ni ikut je lah.. memula tu dia kata jalan terus je sejauh 17km jangan belok belok, so kita pun ikut je lah tak kan nak lencong ke simpang lain pulak kan.. last last kat hujung tu dia kata belok kiri , ehh betul ke belok sini?? tengok bukit yg nak di daki tu mak aii tinggi tu.. ikut je lah jangan banyak tanya.. sampai atas bukit hati masih tak sedap takkan la sini. google map tu tak tunjuk singai pun.. tak kan google tunjuk jalan sesat pulak.. ahn sudah.. 

4.0 Tanya along dah sampai mana , along kata OTW so abah pun park la sebelah tunggu along, rasa macam dah salah jalan dah ni, tunggu punya tunggu along pun tanya abah kat mana? abah kata kat sini lah tadi masuk simpang kiri ikut kata google, along tanya lagi jumpa tak tempat parking? ehh tak ada parking pun abah tunggu along tepi jalan ni.. along pun agak abah dah sesat  dia pun minta lokasi.. lepas tu along kata abah kluar balik simpang nya depan sikit je .. ooooo

5.0 Bila abah masuk kawasan tu tengok ada satu kawasan parking yg masih ada kosong , along tunjuk utk parking kat situ. Kami menuju ke satu kawasan yg telah di sediakan tempat macam wakaf utk bentang tikar dan sungai LOPO di sebelah nya.. sama juga la macam sg Congkak dan sebagai nya. 

6.0 cucu cucu sibuk ajak atuk mandi, tapi kebetulan hari ni atuk nya ni selsema sama laju macam air sungai yg mengalir maka tak boleh la nak layan, nasib baik kakak dan adik ikut sama  boleh la layan anak buah tu mandi, bukan mandi sangat pun rendam sikit2 je.. air nya sejuk hehe..

7.0 Utk memanaskan badan saya dan along meneroka kawasan tu sehingga ke hujung jalan, Rupanya di atas lagi tempat kami berkelah tu ada banyak chalet utk di sewa, rata rata penuh dengan pengunjung kot, ada banyak kereta di letak di sepanjang chalet tu. ada juga beberapa biji homestay kalau yg datang berkeluarga besar, utk di tempah dan bermalam. 

8.0 Kakak kata macam pernah sampai sini, utk hiking dan pergi ke waterfall, masa saya teroka tu saya perasan ada laluan jungle tracking, mungkin situ lah laluan jungle tracking dan ke waterfall. Maybe nextime nak kena teroka lagi.. Tadi dapat info dari kawan katanya dulu kawasan ni hanya boleh di lalui menggunakan 4wheeldrive, di penghujung jalan ada camp orang asli, boleh berkemah kat sana kot. tempat letak kereta kat hujung tu pun macam orang asli yg kawal. tapi murah je RM3.00 satu kereta. 

9.0 Saya memang suka tempat tempat macam ni, saya pun turun utk mengambil gambar, nak ke waterfall tak larat dengan selsema macam ni. Sebenarnya saya juga bawa basikal, konon nya sementara dia orang mandi manda saya nak kayuh.. tapi bila dah selsema ni tak larat , lepas teroka sekejap saya pun balik ke wakaf tidu.. hehe.. 




teringat lubok petai kat kg selalu pegi masa sekolah2 dulu lebih kurang macam ni juga la.. ada air ada batu2 ada jeram. sejuk dan nyaman..


datang awal pagi terasa mencengkam sejuk sampai ke tulang..hehe masing2 celup kaki je dulu.. hehe


air nya agak jernih sesuai utk mandi manda dan berkelah se isi keluarga.. sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah..


lama2 baru berani nak berendam bila badan dah boleh terima air yg sejuk dingin tu.. tapi abah duduk kat tebing nya pagk ni selsema tak selesa sungguh di buat nya hidung berair mengalahkan air jeram yg mengalir laju..


air jernih masih tidak tercemar.. 


mendengar deruan air boleh mengasikkan.. kalau nak cari ilham datang sini.


ini utk buktikan abah benar2 ada di sini hehe... 
ada yg minta gambar selfie hehe


bila berjalan kat atas tagi dari tempat kami berkelah rupanya ada banyak chalet yg di usahakan penduduk tempatan. kata salah seorang pengusaha chalet tempat ni baru 5 tahun di buka.. sebelum ni kabar nya hanya boleh di masuki menggunakan 4wheeldrive je..


salah satu pengusaha chalet..


kawasan ni nun di atas lagi belum di teroka saja saya harung sampai ke sini utk merakam pemandangan alam yg cantik ini. ada lagi yg lebih cantik kat atas lagi.. tapi tak larat nak kesana tak selesa..


deretan chalet di tebing sungai..


kepada yg suka kan kedamaian dan ingin kan ketenangan ini lah tempat nya..

nanti nak datang lagi sambil berkayuh di persekitaran tempat ni.. di Ulu langat ni ada banyak tempat menarik utk pengunjung beriadah.. jom teroka.. !!! 



Wednesday, January 25, 2017

Doreyan Doreyan Doreyan

Assalamualaikum...

1.0 Betul la orang kata durian ni raja segala jenis buah.. Rata2 semua rakyat Malaysia suka durian.. tengok gambar isi durian yg cantik macam ni pun dah boleh meroyan di buat nya. hehe.

2.0 Dulu kalau nak durian ni kena  tunggu musim baru ada orang jual. lepas tu datang pulak durian siam yg musim nya tak sama dengan durian sini so dua kali la dapat makan durian. Tapi sekarang rasa mcm pelik pulak.. Durian dah tak kira musim.. tetiba muncul orang jual durian. entah dari planet mana datang nya.

3.0 Masa kecik2 dulu kat kg meriah dengan durian . keliling kg tu banyak pokok durian. Tapi bila tiba musim durian ada yg macam kena "rasuk" hehe tetiba je jadi sombong. Tak mau bertegur sapa. aku aku engkau engkau.. semata2 di sebabkan durian.. mcm jumpa jongkong emas. tengok tak boleh usik tak boleh.. minta lagi la tak boleh.. 

4.0 Tapi pokok durian yg uwan punya ada lah milik bersama di kongsi semua keluarga dalam kampong tu.. siapa dapat dia punya.. siapa rajin dapat banyak siapa usaha lebih dapat lebih siapa berani dia ada rezeki. apa tak berani nya jam 3.00 pagi bangun pegi suloh durian dalam semak2 tu.. bila kena gigit kelingtiak (sejenis semut besar yg kejam hehe) terjerit jerit di buat nya.. tak ada ingat benda lain .. ingat durian je. kisah kisah ni masa sekolah rendah dulu.. Budak sekarang ? nak masuk bilik air pun nak kena teman hehe.

5.0 Kisah nya, Hari minggu lepas nampak la orang jual durian tepi jalan. Memang teringin sangat nak makan tapi masa tu misi kami ke MPO Melaka premier outlet kat a farmosa tu. kata kat wan, "otw balik nanti lah kita singgah." pegi dulu ke MPO.. bila balik gerai dah kosong!!!.. aduhhh melepas.. 

dan tadi sebelum balik KL lencong sekali lagi kesini try luck.. ada rezeki dapat la kalau tak ada satu tempat lagi kat Cembung kami nampak orang jual.. bila sampai Yes masih ada walaupun tak banyak.. harga boleh tahan tapi keinginan nak rasa tu melebihi segalanya suruh juga pilih dan kopek sebiji. wow !!! tengok kaler dah tau sedap.. apa lagi dapat la berasa sorang beberapa ulas...saya mem dan kakak (tiga tiga hantu durian hehe)  sebiji mana cukup buat terkinyam je.. minta kopek lagi sebiji..  wah !! enak.. ok ok cukup dua tu tak boleh lebih2.. 

6.0 Minta maaf la kalau buat ada semua terliur.. hehe.. tepat sekali seperti yg saya sebut mula2 tadi durian ni memang kesukaan ramai.. dan setakat ni musang king is the best amongst the best.. 








ok nanti kita cari lagi ya 
ada yg nak join tak?? 


Monday, January 23, 2017

kayuhan Prihatin Kesang Muar.

Assalamualaikum...

1.0 Alhamdulilah Semalam 22.1.2017 saya berpeluang menyertai kayuhan Prihatin Kesang Muar bersama CEO Yayasan Wakaf Malaysia YWM, Prof Dato Dr. Sudin Bin Haron serta pegawai pegawai kanan Yayasan bersama lebih kurang 30 hulubalang dan serikandi Wakaf Warrior.. Sebenarnya dah lama Cif Rizan (cif wilayah, Riz Ardy) mempelawa abah utk menyertai Wakaf Warrior ni tetapi seperti biasa banyak sangat alasan sehingga niat nak menyertai kayuhan asyik tertangguh. Bila dah bersara ni Riz kata , "abah jangan nak bagi alasan lagi lepas ni hehe.. " 

2.0 Maka kali ni dengan penuh debaran saya bersama sifu Ezuan Dakota bersedia menyahut cabaran menyertai kayuhan Prihatin di Kesang Muar. Sebelum menyertai kayuhan bersama Hulubalang Wakaf Warrior ini abah mempunyai maklumat yg sangat terhad berkaitan YWM. Dari Taklimat yg Prof Dato Dr Sudin di setiap persinggahan baru lah nampak jelas kedudukan YWM. Yang abah lihat sebelum ni hulubalang dan serikandi Wakaf Warrior menceritakan kisah masing2 menyertai kayuhan prihatin dengan memuat gambar selfie yg boleh menjeleskan abah... apa yak nya dengan jersey yg cantik menjadikan hulubalang dan srikandi nampak segak dan bergaya hehe..

3.0 Program kali ini di atur utk menyampaikan sumbangan mesra dan kayuhan prihatin wakaf peringkat Mukim Kesang, Tangkak, JDT pada 22.01.2017. bersama 30 wakaf warrior dan srikandi wakaf  (termasuk abah la tu ) Tempat menginap di Tawar Farm, Parit Bunga, Tangkak. Perlepasan kayuhan bermula di Kompleks Penghulu mukim Kesang . Sepanjang kayuhan sebanyak 5 hentian telah di rancang untuk agihan sumbangan iaitu Tanjung Gading Timur,Tg Agas, Pt Bunga,Tanjung Gading Barat dan Kompleks Penghulu mukim Kesang. Seramai lebih kurang 20 - 30 Asnaf telah menerima sumbangan dari YWM. 

4.0 Kayuhan santai sejauh lebih kurang 37 km mempunyai cabaran tersendiri. Kebanyakkan laluan ada lah OFF ROAD, melalui bendang , ladang kelapa sawit , laluan kampong dan sebagainya. Mereka yg menggunakan RB "terkejut2" bila terpaksa merempuh laluan sukar berbatu dan perlu lebih berhati2 kerana tayar yg di guna tidak bagitu mesra permukaan jalan seperti ini. Tapi sepanjang kayuhan kami sangat enjoy dengan gurau senda dan gelak ketawa. kayuhan jauh tak terasa penat.. 

5.0 Cerita banyak pun tak guna jom kita tengok sebahagian gambar2 yg sempat abah rakam semasa menyertai kayuhan semalam, ada gambar yg abah ambil sendiri dan ada juga gambar dari rakan2 yg lain. 



sampai je Muar kami terus cari Mee Bandung Muar, nak cari mee bandung ni kena kat muar bukan di Bandung hehe kata nya pot kami makan ni antara yg terbaik di Muar berhadapan sekolah sain Muar.


dah kenyang baru kami check in di Tawar Farm and Plantation. Rupanya tak jauh pun dari sekolah sain Muar SSM tu. dan SSM tu dah biasa sampai , dulu anak sulong belajar kat sana.


lebih kurang macam resort la.. setiap unit boleh muat 3 orang , tempat ni sesuai utk buat kem motivasi dan kursus seumpama itu.


tempat ni menarik laluan masuk di sambut oleh lambaian pokok kelapa yg menyejukkan mata memandang 


terasa masuk asrama pulak hehe


malam nya di jamu mee bandung lagi hehe.. 
hongeh nak mengabihkan ..


ini lah geng kayuhan abah selalu berkayuh sama di mana mana program kayuhan funride Paparock , Ezuan Dakota (salah sorang sifu abah hehe), mamarock dan Cif Riz Ardy. semua ni gagah2 semasa berkayuh.. dan abah selalu cicir kat belakang hehe


sesi taklimat sebelum mula berkayuh


ini merupakan salah satu distinasi awal utk penyerahan sumbangan kepada asnaf oleh Prof Dato Dr Sudin . Berselfie tu dah jadi sebahagian kayuhan hehe


berselfie dengan sifu hehe



majlis taklimat dan penyerahan sumbangan


jumpa je tempat yg menarik pasti tak lepas peluang utk berselfie.. cuma semasa kayuh di tepi bendang dan ladang kelapa sawit tu tak sempat nak berselfie tak ada tempat nak berenti lagipun laluan sempit dan kadang kala perlu berkayuh single line di sepanjang jalan. 


Cif Rizan ini juga salah sorang SIFU abah dalam aktiviti kayuh ni.. maklumlah orang baru kenal basikal banyak yg nak kena belajar hehe


seorang pengayuh mistri telah di kesan kayuh bersama kami hehe cer teka cer teka . hehe


majlis taklimat dan penyampaian sumbangan di salah satu distinasi yg telah di kenalpasti.


satu lagi sesi penyampaian sumbangan dari YWM


ini di distinasi terakhir rasanya..berehat sambil mendengar taklimat.


alamak terlebih senyum pulak hehe


akhirnya... kayuhan sampai ke penamat. sejauh 37km saja.  bermula di sini dan berakhir di sini juga.. penyampaian sumbangan terakhir juga di sini lunch pun di sini. kena dengan asam pedas yg pedas.. BEST.. 


bergambar membelakangkan sungai Muar yg luas. Di hadapan Masjid Sultan Ismail kalau tak salah. abah selalu singgah sini setiap kali datang ke tempat kakak



ada juga lah gambar sedang beraksi.. abah tak berani nak main2 lepas tangan masa berkayuh.. SIFU tak ajar lagi hehe sebelah abah tu pengayuh tempatan yg mengiringi kami sepanjang kayuhan. 


wah paparock mamarock dan zarina.. 
( belum kenal lagi hehe) 


ada peluang je mesti ber selfie hehe


wakil wakaf warrior dari kelab SSC  SRI SENDAYAN CYCLIST bergambar bersama Prof Dr Dato Sudin.



salah seorang asnaf sedang menerima sumbangan 


geng kayuh 




bergambar beramai2 sebelum kayuhan rasanya ni.. ada banyak lagi gambar beramai2 yg belum di terima bila dah dapat nanti boleh di tambah..

Friday, January 20, 2017

Bersara dari perkhidmatan awam Episod LAPAN .. INTERVIEW

Assalamualaikum ..

1.0 Pada satu ketika dulu kenaikkan pangkat amat terhad.  Nak naik pangkat kena tunggu berlaku kekosongan. Nak berlaku kekosongan kena tunggu ada yg bersara atau berenti kerja.. dan harapan utk naik dalam tempuh tertentu sangat tipis.

2.0 Pada satu ketika berlaku dua kekosongan serentak jawatan timbalan pengarah (Engineering) . dan yg layak (kebiasaan nya) tentulah yg senior . pegawai muda tak usah nak mimpi la.. lumrah la dalam perkhidmatan awam masa itu. 

3.0 Ketika itu polisi nya jika berlaku kekosongan iklan akan di keluarkan dan semua yg layak (yg dah berkhidmat dalam tempuh tertentu)  boleh memohon. So kami jurutera2 muda (tak la muda sangat tapi layak) berpakat utk memohon. Nak tengok apa yg berlaku semasa interview. Agak2 dia orang ni panggil ke kami utk sesi interview. 

4.0 Ada beberapa pegawai senior yg pada ramalan kami tentu akan di tawarkan jawatan tersebut. Dan kami tak rasa terkilan pun kalau tak dapat . saja nak jadi pengacau. Saja nak hadir interview. 

5.0 Kami semua menerima surat jemputan interview dari pihak pengurusan. Sekali interview di buat di Auditorium.. Datuk KP ketika itu decide utk memanggil semua sekali untuk di interview.. Interview apa benda ni. hehe

6.0 Bila semua calon masuk yg layak dan yg tak layak (kami lah tu ) Datuk KP memulakan interview.. dengan bertanya... 

"siapa yg rasa dia layak di lantik sila bercakap"

Kami dok senyum je lah dah tau dah tak layak dan tak akan di lantik punya, nak dengar apa bos bos (senior2) nak cakap bagaimana mereka jual diri masing masing supaya nampak mereka lah yg paling layak.... dan siapa yg nak bercakap dulu. Semua senyap, Dato senyum je menunggu.

7.0 Seorang  senior mula bercakap, mula menjual diri sendiri menyatakan kelebihan dia berbanding yg lain.menceritakan pengalaman kerja sejak mula sehingga semasa, Kemudian seorang lagi berani bersuara, yg kelakar nya agaknya kekeringan idea nak cakap dia pun dengan bangga nya bercerita pasal main golf , konon2 nya dia terror main golf la dan boleh jadi wakil pihak pengurusan dalam sebarang kejohanan.. ada kaitan ke?? Kemudian seorang lagi.. pendek kata sesi interview makin lama makin kelaut.. masing masing cerita apa saja yg terlintas di fikiran masing2 .. tak mau mengalah la katakan. mesti nak tunjuk terror dalam something. Dalam kerja semua orang tahu standard masing masing. 

8.0 Kami yg junior ni ( pada masa tu ) jadi tukang gelak je lah. merasa juga lah masuk interview, interview ke namanya tu.. akhir nya yg dapat saperti di jangkakan. Tak panggil interview pun tak apa. Mereka yg paling layak lantik je lah. hehe.. konon nya nak telus hehe.

9.0 Jenerasi sekarang sangat beruntung peluang kenaikkan pangkat sangat luas. dan pergerakan lebih cepat berbanding zaman kami dulu.. rezeki masing masing.. saya sempat juga lah dapat tempias sebelum bersara . Alhamdulilah.

BERSAMBUNG..  






Thursday, January 19, 2017

Folding bike..

PREVIEW KHAS

Firstime kayuh folding bike.. memula rasa kekok handle bergoyang mcm budak baru belajar hehe.. selepas beberapa ketika baru stabil... beberapa kali berenti adjust ketinggian tempat duduk.

kayuhan lancar.. pertukaran gear pun lancar.. apa tak nya sistem gear pun bagus. ada 8 gear.. bila mendaki pun steady je.. yg kayuh kena steady juga la.. guna gear sampai maximum. bila menurun bukit sistem brake lulus dan tidak mengecewakan .. mencengkam melekat hehe. kayuhan keliling tasik juga berjalan lancar..

Tempat pemegang tu pun nampak sesuai je cantik je bila tangan landing kat situ.. macam ada tempat tangan berehat.. nak tukar gear pun mudah sentuh sikit gear dah bertukar.. loceng pun ada tu.. bunyi pun nyaring utk maklum rider depan yg selow hehe..

Nak lipat mudah nak buka lipatan pun mudah.. cantik je bila di lipat dan ada beg kalau nak bawa kemana2.. folding ni akan selalu ada dalam kereta utk di bawa kemana2 .. dan kayuh bila bila masa.. saya beli ni khas utk mem.. harga lebih sikit dari basikal yg saya guna tu hehe

harga mampu milik... kepada yg nak berjinak dengan folded bike ini adalah pilihan nya..





lama dah berhajat nak beli.. duit tabung asyik short je baru lah ada sedikit rezeki tambahan 
utk beli Folding bike ni. alhamdulilah.


nampak je kecil tapi dia nampak lagi gah.. 
harga pun dia yg menang hehe


dah beberapa hari beli baru hari ni dapat test... 
terus ajar dia naik bukit.. tak ada lah tinggi sangat ..kalau rider dia kata ala busut je hehe


handsome juga kan hehe


Handle dia tu macam best je bila letak tangan.. 
ada tempat rest tangan.. loceng pun ada


nak tukar gear pun mudah semua mudah capai.. 
klik klik je


sistem gear yg baik.


tayar dia kecil sikit la dari basikal biasa.. 
saiz tak check pulak..


kata nya boleh buat basikal touring.. 
tambah seat je belakang tu utk sangkut barang.


tempat duduk ni boleh adjust.. 
tadi pun saya tiga kali adjust baru rasa selesa.. 


pedal dia pun boleh lipat..


ada tempat letak air.. macam nak jatuh je kan 
tapi dont worry tak jatuh punya.. 
insyaallah 


habis kayuh.. sampai la  rumah.. hehe

ok jet jom kayuh..