Saturday, May 14, 2011

selamat hari guru.....

masa kami sedang makan di majlis kenduri kawin rakan opis tadi datang sekumpulan makcik duduk di meja kami.. kebetulan meja tinggal kami berdua je bila tetamu sebelum kami telah pun selesai makan.. memula tu zino dengar je mereka berbual maklum la bukan nya kenal pun... dari perbualan tu dah boleh agak dah kebanyakkan mereka tu cikgu pencen.. semua dah menjadi warga emas.. tapi masih cergas dan bertenaga.. ada di kalangan mereka dah tak berjumpa 30 tahun... wow...

sesekali zino dan mem nyampuk juga tambah bila kakak di sebelah zino tu bertanyakna hal kami... sehingga lah dia tanya satu opis dengan keluarga pengantin ke?? zino jawab satu tempat kerja je.. lantas dia tertarik dengan jawapan tu dan terus bertanya lanjut.. kenal tak En..Dolah duu dia kerja kat situ tapi sekarang dah bersara..... zino kata apa tak kenal nya dulu dia tu cikgu saya... lantas dia perkenalkan diri sebagai isteri cikgu zino tu dulu.. ini firstime zino jumpa dia hehe umur dia mungkin dah cecah 60 an tapi masih sihat , ceria dan bertenaga.. tambah bila berbual.. gamat meja kami tu di buat nya.. hehe

lepas tu apa lagi perbualan kami bertukar slang.. dengan bahasa NS yg pekat.. hehe dia kata dah jumpo orang kampong ni apo lae kono lah speaking hehe.. Cikgu zino tu dulu pernah mengajar kami masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3.. lepas tu zino berpindah sekolah dan cikgu pun berhenti jadi cikgu dan bekerja di KL.. kebetulan sama tempat kerja dengan zino... sempat le jumpa dia sekejap sebelum dia bersara pilihan.. isteri cikgu zino seorang peguam.. tapi sekarang dia dah tutup syarikat guaman dan pesara sepenuh masa.. pesara yg loaded.. dimasa lapang dia mengajar mengaji anak anak di kawasan perumahan dia... kata nya sekarang ni dia ada banyak masa lapang dan selalu travel bersama suami.. enjoy live di usia emas..

sempena hari guru .. zino ingin mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu Abdullah , selamat hari guru selamat bersara dan selamat maju jaya dalam apa jua kerjaya cikgu sekarang ni.. kepada cikgu cikgu yg masih berkhidmat diluar sana zino juga ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT BERTUGAS
DENGAN TEKUN DAN IKHLAS
MENDIDIK ANAK BANGSA..


21 comments:

azieazah said...

Salam ZINO.
Kak Azie masuk membalas kunjungan. Terimakasih.

Betul. 16 Mei adalah Hari Guru. Mereka memang golongan yang sangat besar jasanya kepada kita dan generasi kita seluruhnya.

Seronoknya, dapat jumpa kembali dengan guru lama. Pasti banyak kenangan dikongsi bersama.

aNIe said...

SELAMAT HARI GURU... jasa guru itu hanya akan terbalas dengan melihat kejayaan anak2 murid mereka...

Anonymous said...

Jasa guru ni tetap dikenang selamanya...

.
.
.
Err.. tahniah kerana lulus peperiksaan yang lepas :)

CS @ Mama AA's said...

org negori klu x jumpo sesodo dio mmg ilang loghat e kan bah? hehehe
apapun TERHARU Abah awal2 dah ucap selamat ari guru, kira utk sya jugakla... tq2

zino said...

azieazah..
terima kasih sudi berkunjung ke sini..

zino said...

anie
betul tu..

zino said...

dangarumbia..
terima kasih..

zino said...

mama AA
utk mama juga hehe

sahromnasrudin said...

semoga guru kita dirahmati Allah SWT

Nur said...

Untung jadi cikgu. Walau pun dah takde, selagi ilmu yang diajar masih dimanfaatkan oleh bekas anak murid, selagi tu la pahala dapat je. :)

MulutPayau said...

Selamat Hari Guru utk semua guru..
Jasa dan bakti mereka tidak trnilai..

Saat paling gmbira bila anak didik mnerpa mngucapkan Selamat Hari Guru..

mamawana said...

Assalam,

Best nya dapat jumpa semula bekas guru2 lama...

Cuma pernah dapat khabar berita dari kejauhan, khabar dari teman2. Guru mamawana semasa Darjah 2 Mr.Gopal dah memeluk agama Islam bila bernikah dgn gadis Melayu. Then, Guru Tingkatan 3, Mr Patrick pun dah memeluk Islam juga bernikah dgn gadis Melayu. Namun, tak pernah ketemu mereka.

zino said...

shahromm..
amin..

zino said...

Yati
betul tu dah pencen pun org masih panggil cikgu..

zino said...

MP
bertuah semua guru.. macam saya ni takm pernah dengar orang ucap selamat hari engineer hehe

zino said...

mamawana
satu hari nanti inshaAllah mungkin dapat berjumpa mereka..

Kengkawan said...

x per ble je kita tukar
selamat hari engineer pakngah

Zareda Norman said...

selamat hari guru..

zino said...

andak
tq.. datang Kl nanti pakngah belanja hehe

zino said...

zar..
utk guru2 di seluruh dunia ..

fadh leyanie said...

hadiah yang bermakna buat guru adalah kejayaan ank murid..selamat hari guru ^^