Sunday, May 15, 2011

subsidi...

Tiada jaminan harga petrol kekal

BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan. Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.

“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus. “Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya.

terangkan lah macam mana sekali pun rakyat memang tak akan paham... kalau paham pun buat2 tak paham.... kalau naik saja semua akan bercakap.. semua bising ... semua marah.... so cari lah cara lain utk mengatasi masaalah ni... kalau ada la...

20 comments:

aNIe said...

Nampaknya... makin lama harga petrol makin naik lah... betul kata zino... kita nanti memula je merungut... nanti lama2 kehidupan jadi seperti biasa...

MOKCIK AZWA said...

Kasi naik sikit2...jgn mendadak supaya tak terkejut...

Angah said...

memang, kalo boleh tak nak paham..:D

Kengkawan said...

ada..
mesti la ada caranya
jgn la membazir buat projek yang syok sendiri (tiada huraian ehheh)

buatla macam mana pun janji jangan naik harga

sahromnasrudin said...

tolonglah cari penyelsaian lain huhuhhh

Nur said...

Kalau tak leh guna public transport, kita naik basikal je la, Encik Zino. :)
P/S: Tapi bila minyak naik, barang keperluan lain pun mesti naik juga.

DrSam said...

bab ni den no komen. komen pun petrol 'gerenti' naik juga...

Mulan said...

ada tak harga barang yg turun harga nya...

true religion jeans said...

discount true religion jeans wholesale, true religion jeans

true religion jeans said...

sdfgsf

zino said...

Anie
rakyat mudah lupa hehe

zino said...

azwa
sikit2 lama lama jadi bukit hehe

zino said...

angah
tak paham pun tak pe hehe

zino said...

andak..
bersemangat nampak nya tu hehe

zino said...

shahrom..
semuga mereka menuju jalan lain..

zino said...

Yati
satu rangkaian akan ikut naik..

zino said...

Drsam..
tunggu je lah bila nak naik nya hehe

zino said...

MULAN....
kalau ada akan jadi rebutan hehe

ckLah @xiiinam said...

Hmmmmm...Naik lagi harga minyak,naik minyak ckLah dibuatnya.

Zareda Norman said...

lama lama kadar inflasi makin melonjak...