Sunday, May 29, 2011

surat terbuka....

Tetuan telekom
seksyen streamyx..

tuan yg bijaksana...


LINE STREAMYX KAPUT..

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.... dan tuan paham maksud saya kan...

Ok lah kalau tak paham ingin saya memberi penjelasan.. Sejak tiga hari lepas (3 hari) line streamyx di kawasan saya ni tidak berfungsi.. bermakna sudah tiga hari tuan tidak memberikan khidmat sebagaimana di janjikan.. dan selama tiga hari juga saya dan seluruh penduduk dan pelanggan streamyx tidak dapat menggunakan perkhidmatan ini...

Saya ingin kan penjelasan apa yg telah berlaku dan bila line akan pulih seperti sediakala.. tuan telah berjanji dalam sebarang keadaan akan memberikan perkhidmatan terbaik.. jangan gunakan alasan thunami di Jepun menyebabkan line tidak berfungsi kerana perkara tu dah lama berlaku... atau gempa bumi di sepanyol yg rasa saya langsung tiada kaitan....

Line internet merupakan bekalaan asas penduduk yang tidak boleh di putuskan sesuka hati sama seperti bekalan air dan elektrik hehe.. penduduk setempat sudah mula gelisah dengan ketiadaan bekalan ini.. walaupun saya ada altenatif lain untuk berinteraksi dengan rakan dan taulan... tapi line streamyx sangat sangat di perlukan di rumah ini sekarang memandangkan ada pelajar2 yg sedang bercuti sekarang ni sudah mula dalam kegelisahan...

saya percaya kecekapan pegawai pegawai tuan akan dapat mengatasi apa saja masaalah teknikal yg timbul... kami tidak bertanggung jawab sekiranya ada tindakan2 yg di luar dugaan di ambil penduduk setempat akibat ketidakselesaan ini... hehe

sekian....


25 comments:

Rafi Harumin said...

Teruskan! :)

Anonymous said...

Kat hulu ni line streamyx macam biskut. Kejap ada kejap tak ada.... Sakit hati betul!

zino said...

rafi....
biar org kampong sini ambil tindakan yg patut hehe

zino said...

dangarumbia..
kat sini biasanya ok cuma sekarang ni je terus senyap..

Riz Ardy said...

ni hantar betul betul ke ni?....hehe

Dee said...

surat terbuka tuh..moga pihak telekom ambil perhatianlah ye..

~ez~ said...

hehe..sian la hai bayar bil tp 3hari dah xleh pakai.. hihi..internet penting kan uncle..so pihak yg berkaitan, sila ambil perhatian dan tindakan! :D

CS @ Mama AA's said...

dulu igt pakai bb jek problem, ble dah msk streamyx baru tau... die pun cam hampeh... huhuhu

Acik Erna said...

harap2 tuan yang berkenaan ado la baco surat terbuka ni..he he

MulutPayau said...

streamyx pun teruk jugak ke???? ingatkan broadbnd jer buat prangai..

pB said...

dia suruh tukar kepada UNIFI tu

Mulan said...

oowwhh... so far sini ok je..

zino said...

Riz..
kalau tak berubah harus di hantar hehe

zino said...

Dee
harap2 bagitu la.. hehe

zino said...

leeya..
harap surat ini sampai ke pihak yg berkenaan..

zino said...

mama..
mana mana pun lebih kurang je..

zino said...

Erna
harap nya macam tu la.. dalam internet ni lagi cepat tersebarnya hehe

zino said...

MP
sama je.. hehe

zino said...

pB
oo ye ke.. apa kelebihan nya..

zino said...

MULAN
bernasib baik...

MOKCIK AZWA said...

Mujurlah mokcik dah belajar membiasakan diri menghadapi situasi tiada talian internet, sama cam menghadapi cabaran tiada siaran astro dulu hehehe.. walaupun sesekali gelabah gak kalau tak dapat nak berfb melalui BB hahaha...

harap mendapat tindakan daripada pihak berkenaan la surat ni..

~mrs azmi~ said...

sekarang internet time kat opis je.. kat rumah, kembali ke zaman keperluan asas sahaja.. haha

zino said...

Azwa..
dah masuk seminggu ni.. mula membiasakan diri hehe

zino said...

mrs azmi..
saya kat rumah je kat opis segala benda di sekat hehe

azieazah said...

Surat terbaekkkkkkkk...! hehehehe