Assalamualaikum...
ini entri khas utk Alang sempena majlis convocation semalam.. sebelum tu nak ucap sekalong tahniah kepada alang dan rakan rakan seperjuangan .. segala pengorbanan segala susah payah segala perit getir segala usaha akhirnya membuahkan hasil.. cabaran dorongan kata kata semangat nasihat teguran dan peringatan demi peringatan yang kami berikan alang terjemahkan dengan segolong ijazah yg boleh di banggakan..
alang tentu masih ingat lagi.. bagaimana alang di zaman kanak kanak dulu, malah mak abah selalu ingatkan peristiwa peristiwa itu secara berjenaka utk alang sentiasa muhasabah diri sehingga berlaku satu tranfomasi besar dalam diri alang, bagaimana alang menyahut cabaran utk berubah.. bagaimana alang menunjuk komitmen yang sangat tinggi dalam pelajaran dan cara alang belajar..
abah masih terdengar dengar di telinga kakak menjerit dalam kereta bila alang bagi tau... dapat 8A je masa PMR..itu kejutan yg paling besar telah alang lakukan.. alang telah membuktikan sebenar nya alang boleh... dengan kemahuan alang dengan usaha alang dan dengan izin Allah alang boleh melakukan sesuatu yg sangat hebat... sementara orang lain di tawarkan sekolah berasrama penuh jauh dari tempat sendiri , ada yg ke Penang, Perak la Melaka la, macam along dulu ke Muar ,Johor.. tapi Alang tak sampai 3KM dari rumah.. !!! itu rezeki alang dengan kehendak Nya... bila berbual dengan ibubapa yg menghadiri satu majlis di sekolah mereka terkejut bila abah kata "rumah saya kat sini je" sedangkan mereka datang ada yg dari Kelantan, Pahang Kedah, sampai sesat2 nak cari sekolah anak mereka..
Perjuangan alang di menara gading bukan la satu perkara yg mudah.. itu abah tau.. abah pernah melalui dulu malah lebih sukar lagi bila abah masuk semula belajar setelah tiga tahun bekerja... tetapi berkat usaha gigih berkat kesabaran berkat doa ibu bapa berkat ilmu yg di ajarkan berkat keikhlasan semasa menimba ilmu.. segala rintangan berjaya di tempuh ..sehingga menghasilkan kejayaan yg membanggakan.
Tetapi cabaran tidak terhenti di sini alang, cabaran sebenar ada di luar sana.. alang bakal masuk kedunia pekerjaan pengalaman lalu akan terus mengajar alang bagaimana mengatasi nya bagaimana melalui nya apa yg telah di pelajari perlu di praktikkan.. tetapi dalam banyak keadaan alang akan mendapat ilmu baru dalam melaksanakan tugasan yg di amanahkan kaedah yg tidak terdapat di mana mana buku dan tidak di ajar di mana mana universiti..
selamat berjaya utk alang dunia dan akhirat...amin
sekian...