Saturday, November 17, 2012

travelog cuti2 episod 3

Assalamualaikum....

Sebelum kami meneruskan percutian ke Pulau Langkawi sekali lagi kami di jemput bersarapan di rumah Azierie.. sekali lagi kami menikmati juadah sarapan pagi yg enak... mm kalau macam ni boleh datang Sg Petani selalu... kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis.. 

Sepatutnya kami terus je ikut laluan ke Bukit Kayu Hitam..dah lencong ke Kuala Perlis.. tapi GPS minta kami masuk ke Alor Star.. ada pulak signage besar kata Langkawi ikut kiri.. memang la sampai bila di hujung jalan tu jalan tu bergabung semula dengan hiway dari Bukit kayu Hitam.. baru perasan boleh ikut jalan sana.. itu lah pertama kali saya ke Kuala Perlis.. so macam2 yg berlegar dalam pemikiran Jetty dia macam mana ? nak park kereta kat mana ?, dan macam macam la.. 

sesampai je budak yg naik motor tu melambai2 bertanyakan ada kah kami nak ke langkawi?? maka dia pun minta kami mengekori dia.. petugas  ni resmi ke? nampak dia pakai jaket MPKP.. dia la yg bantu kami utk mencari tempat parking... di merata tempat asal ada kawasan kosong je ada kereta park.. ada yg berpagar ada yg tepi jalan bawah rumah, pendek kata asal ada tempat kosong je ada la kereta parking.. budak tu bukan sesaje tunjuk tempat utk kami parking... kena bayar lagi..satu kereta 10 inggit.. bukan kawasan dia pun sebelah kedai je.. tapi zino tengok satu business yg sangat lumayan.. ini majlis perbandaran Kuala Perlis perlu ambil perhatian.. income kepada perbadanan kalau di urus dengan cekap.. 

Keadaan jetty macam masih dalam pembinaan yg tak siap.. maybe kontraktor di beri cuti semasa musim cuti sekolah ni.. betul ke?? bangunan yg belum siapa adalah bangunan yg tidak di lindungi insuran.. sedangkan beribu orang berada dalam bangunan tu.. keadaan macam tak berapa terurus.. sepatutnya bila satu kawasan di bangunankan perlu ada kawasan utk pengurusan sementara.. minta maaf la kepada orang Kuala Perlis.. tapi pada pandangan zino ada banyak perkara boleh di perbaikki di Kuala Perlis ni.. sama ada oleh kerajaan atau syarikat yg menguruskan Ferry ke Pulau Langkawi..

tak pe lah kita tengok gambar pulak la..


ahli rombongan keseluruhan..

 Sarapan di rumah Azierie sebelum ke Kuala Perlis..

 posing lagi...

 bergambar lagi sebelum berpisah..

 keadaan jetty Kuala Perlis yg sibuk..

 dan agak sesak.. maybe musim sekolah je ke? 

 apa lah agak nya tu..? hehe

kena yakin la kereta anda akan selamat di situ..
tengok penutup longkang tu dah pecah..
tapi mamat tu masih mau zino park atas tu hehe

esok baru kita masuk cerita Langkawi... 

5 comments:

Acik Erna said...

baru tau kek mano parking keto..hari tu tak nampak he he

Daddy Ziyyad said...

Penguatkuasaan memang failed kan di Malaysia ni...kutu kutu parking haram macam memang jadi raja, lebih2 lagi di kawasan tarikan pelancong..Tak dibayar, nanti kereta kita dipecahkan..

zino said...

aerna
nun tecorok topi kedai kosong...bepeluh juga la jln kaki..

zino said...

Daddy Ziyyad
kalau di urus dengan betul banyak income kepada PBT berkaitan.. seram juga nak parking tak tentu hala tapi apa pilihan yg ada kena percaya dengan budak2 tu

Si Matatajam said...

Time cuti sekolah ni memang sesak kan..