Monday, November 26, 2012

Lapuran banjir

Assalamualakum

Akhirnya tercapai juga hasrat mem nak menengok2 rumah selepas banjir besar di kg baru baru ni kalau di ukur dari kesan banjir yg di tinggalkan agak dalam juga

Bila tinjau kat dapur sah telah tenggelam masa banjir tu yg tinggal lumpur yg telah kering , segala yg ada di lantai bertabur kesana kemari

Ruang dalam pun tenggelam juga di selaputi lumpur yg perlu di sental dan di bersihkan , tapi bukan hari ni perlu balik semula di masa akan datang di kuatiri bah melanda lagi . Keadaan cuaca tidak menentu.

Kami memerlukan sehari suntuk utk membersihkan nya . Tinggalkan dulu kerana tak banyak yg boleh di buat dalam waktu yg singkat .

Singgah di rumah mak ayah zino , rupanya mereka dah tau apa yg berlaku di KL , bila zino tak balik Sabtu tu ada perkabaran sampai kepada mereka . Dengan kemunculan zino petang di harap melenyapkan kerisauan mereka

Sekian lapuran
aras air masa banjir

dinner dengan mak dan ayah

air sampai aras landing


tugas seterusnya nanti menyental 
lantai dapur dan ruang dalam.


21 comments:

zino said...

Lapuran di pos menggunakan Iphone

Acik Erna said...

lopeh ni memang banyak la kojo nak beroseh han tu..

izan mama mia said...

saya suka tangga batu tuu..cantik

Noraisah Jamil said...

Erna
mau sehari suntuk tu bekomeh..tunggu dulu la takut hujan datang lagi tenggolam lagi..

Noraisah Jamil said...

izan
tangga tu dah mula ada pengaruh melaka.. sebab rumah mem ni dah sempadan dengan melaka hehe

Angah said...

selamat menyental dengan kegigihan...

zino said...

angah
nak tolong pun boleh hehe

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

sental jgn xsental lantai abah zino,hehehe

tetibe ternampak kcg botol tu,,sedapnyaaa feveret,hihih

zino said...

norshahfeza

ingat tadi nak tolong ke hehe

*SiRibenMerah said...

nak tawarkan bantuan pon x mampu sebab diri sendiri busy.. hope dipermudahkan segala urusan abah zino :)

Nurina Izzati said...

mengingatkan saya tentang banjir di rumah nenek hari tu.. ermm

zino said...

sirebenmerah
ada niat nak bantu tu kira dah ok la tu hehe terima kasih..

zino said...

nurina izzati
kat mana tu ?

Faaein Talip Roy said...

sekarang cuaca yang tak menentu..

selamat membersihkan rumah.. =)

zino said...

Faaein Roy
terima kasih..

Daddy Ziyyad said...

Ni kampung kat mana ni Abah Zino? dalam jugak banjir nya tu..memang penat nak bersihkan kan...tat terbayang..

gadisBunga™ said...

kalau gitu memang tinggi betullah paras air naik... tinggi tangga tuh!

zino said...

Daddy Ziyyad

itu kat Lucok Cina.. hujan kat mana mana bukit banjir nya sampai sana hehe kawasan tu dah kira lembah..

zino said...

gadisbunga
tujuh mata tangga..

CuTeMiUt78 said...

oh rumah masuk air gak ya

-cinta soFiaSafiya- said...

lauk dalam talam tuh mengiurkan.....wowwwww