Wednesday, November 21, 2012

Travelog cuti cuti episod 6

Assalamualaikum...

setelah tertangguh dua episod.. kita kembali dengan kisah travelog zino Ke Langkawi baru baru ni... kisah sebelum ni pun kami dah kluar dari Langkawi utk menuju ke distinasi seterus nya.. dan kami masih tidak menetapkan tempat persinggahan kami seterusnya.. semua nya akan bergantung kepada keadaan , cuaca dan jam berapa kami boleh sampai sebelum decide nak bermalam di mana.. sangat berisiko hehe.. yg kami putuskan sebelum siang berlabuh berganti malam kami perlu mencari tempat penginapan..

Bila keluar saja dari Kuala Perlis.. distinasi pertama yg kami cari ialah tempat berhenti rehat , solat dan makan.. maklumlah dah tengah hari dan perut pun dah keroncong.. nak singgah di RnR yg pertama kami jumpa.. akhirnya kami singgah di RnR Gunong Semanggol.. kat sini lah kami putuskan utk bermalam di Ipoh.kerana pada perkiraan kami kami akan sampai Ipoh lewat petang.. confident je dapat tempat penginapan.. Dengan bantuan GPS kami menuju ke Seri Malaysia Ipoh.. kalau tak ada kosong kami akan ke Hotel berikut nya.. dan memang nasib kami baik.. 

Malam tu keluar dinner utk mencari Mee Rebus Ramli.. Ipoh ni zino pernah bermalam dulu alang matrikulasi di Gopeng.. gerai mee rebus ramlee tu dah beberapa kali kami pergi.. dan kali terakhir bersama Azwa semasa dia masih bertugas di Ipoh..sebelum tu dua kali dengan afzai dan nora tersesat juga sekejap tapi akhir nya berjumpa juga..kalau tak jumpa terpaksa guna talian hayat.. hehe


mee rebus ramli yg enak...

malam tu selepas makan kami ronda dulu sekitar Ipoh.. memula alang set GPS .. confident je  masuk kanan, koner kiri koner kanan..ikut arahan GPS  tak lama lepas tu alang main sebut je depan tu masuk kiri.. round about tu jalan terus.. dari satu jalan ke satu jalan dari satu lorong ke satu lorong.. tapi Ipoh bukan nya macam Putrajaya boleh tengok lampu2 menarik.. kemana pergi gelap je.. tetiba masuk ke satu kawasan parking.. dan terpaksa u turn balik.. kat situ baru perasan alang dah tak guna GPS HP dia guna GPS tunjuk dan agak2 je hehe rupa nya HP dah habis bateri.. dua kereta kat belakang tak boleh buat apa mengekor je lah kami dah sosek jalan hehe tapi akhirnya jumpa juga hotel hehe

esok nya kami breakfirst di littke Trengganu Cafe, restoren yg di kendalikan rakan siber sejak JALINAN KELUARGA dulu lagi.. Afzai dan Nora..kat sini ada yg terkinyam dengan air pandan cooler.. ini lah sebahagian juadah yg di makan sebelum bertolak ke distinasi seterusnya..

nasi kerabu

nasi minyak ayam

air Pandan cooler

air nak sokmo..

bergambar bersama tokei kedai..

selepas breakfirst kami meneruskan perjalanan ke LUMUT..

25 comments:

Acik Erna said...

Teringat2 airpandan cooler.tak nak air mulo e pun bolehorder he he

nyanyisunyi said...

Nasi kerabu nampak sungguh menyeleralan...

Jumpa lagi perkataan Terkinyam..hehe

norh said...

mesti sedap mee tu kan..

Si Matatajam said...

Banyak2 juadah yg Zino tayang kt atas tu, M paling terlioq sekali ngan Ayaq Pandan tu..mmm teringin nk rasa..

Noraisah Jamil said...

Erna
dah cuba buat ke belum.. nak daun pandan depan ni banyak.. hehe

Noraisah Jamil said...

ida
tengok gambar tu boleh terkinyam tak? hehe

Noraisah Jamil said...

Norh
sedap la tu pasal tu di cari hehe

Noraisah Jamil said...

si matatajam
zino pun belum rasa lagi air tu pasal zino oder air nak sokmo hehe

Noraisah Jamil said...

kan dah cakap.. nama mem yg kluar hehe

zino said...

malam tadi lupa nak tukar akaun bila jawab komen...

azi said...

gambar makanan tu semuanya nampak sedap...tapi paling terliur mee rebus tu...

Mamamanja said...

nampak sedap air pandan tu... lom masuk tekak, tengok gambo pun dah rasa sejukkkkkk je heheheheh

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

air pandan tu mesti sedap kan,,=D

ciK LyndaWawa said...

pakcik.. nak sovernir......=]

zino said...

azi
jom pegi Ipoh hehe

zino said...

mamamanja
yg dah rasa terus tekinyam.. saya pun tak rasa lagi hehe

zino said...

Norshahfeza
air pandan dah jadi sebutan ramai..

zino said...

Norshahfeza
air pandan dah jadi sebutan ramai..

zino said...

wawa
inbox add pakcik bagi ole ole..

izan mama mia said...

lama tak makan mee rebus...

anyss said...

Assalamualaikum,
Bestnya mi rebus tu

m.u.l.a.n said...

sedapnya semua... makan2 & jalan2..

Kengkawan said...

kat mana kedai ni?
sok sok nk g jugakla..

azieazah said...

Saya mesti nak cari di mana terselitnya Acik Erna...! hehehe

mama ju, said...

Aduhai sedapnya makanan tu! glamour betullah nama kedai tu!