Monday, December 31, 2012

selamat tahun baru...2013..

Assalamualaikum...

Rasanya baru sangat lagi kita melangkah ke tahun baru ...sekejap lagi kita perlu melangkah lagi.. bermakna setahun lagi masa telah berlalu.. adakah dia telah meninggalkan kita dengan seribu satu kebaikkan dan kenangan atau kita telah mensia siakan nya bagitu saja.. adakah kita mencapai apa yg kita aZamkan di awal tahun dulu atau kita perlu bawa dia  bersama melangkah ke tahun baru..

setiap kali tahun baru menjelang kita mengharapkan sesuatu yg terbaik akan berlaku kepada kita, sama sahsiah diri, kerjaya, keluarga alam sekitar dan sebagainya.. kita berusaha utk menjadi lebih baik sepanjang masa.. menjadi insan yg lebih insaf, merendah diri, berilmu bertambah amal ibadat dan sebagai nya.. dan yg lebih penting mendapat redha Nya dalam setiap pekerjaan kita.. 

apa yang kita lakukan di tahun lepas menjadi kan siapa kita hari ini.. untuk menjadi baik kita perlu berusaha lebih baik lagi..dan sentiasa muhasabah diri dan bagitu seterusnya... sepanjang perjalanan ini kita tidak akan lepas dari melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan.. ada masa nya kita di uji dengan pelbagai cara.. sama ada kita sedari atau pun tidak.. sama ada kita suka ataupun tidak sama ada kita bersedia atau pun tidak.. 

ya allah ya tuhan ku, berilah kekuatan kepada hambamu yg lemah ini, berilah hambamu ini kesihatan yg baik , ilmu yg berguna , peliharalah kami dari perasaan syak dan was was, lindungi lah kami dari godaan syaitan yg durjana, pertingkatkan lah iman kami.. amin...

SELAMAT TAHUN BARU 2013 

Sunday, December 30, 2012

The lost world of tambun

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Lama dah zino berangan nk datang ke Lost world of Tambun ni.. dulu masa alang belajar dua tahun di Gopeng pun kami masih tak berkesempataan nak berkelah kat sana... tetiba mem kata hari keluarga tahun ni di buat di LWOT.. ok lah sampai juga hajat..





Seperti juga taman tema yg lain, tarikan utama tentu lah kolam mandi nya.. cuma kat sini tak ada  tak ada ombak besar macam kat SWL , a Farmosa dan Gambang.. adik kata ombak kecik je... tapi tetap jadi tumpuan utama.... dan kepada yg berani tentu akan mencuba selonsor air yg tinggi tu.. yg ni adik kata paksa macam mana pun dia tak mau naik hehe




kat sini kelebihan nya ada kolam air panas... siang malam boleh berendam dalam kolam tu.. kata nya air hot spring semula jadi tu kaya dengan pelbagai mineral yg boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.. memula nak celup kaki dalam air tu memang terasa sangat panas... turun tangga ke dalam kolam tu selangkah demi selangkah sehingga badan selesa menerima kehangatan air tu.. syok juga duduk berendan dalam air tu.. tapi tak boleh lama.. semput nafas di  buat nya mungkin kerana bahang panas tu.. ada satu kawasan tu tertulis amaran tidak boleh berada alam tu lebih dari 5 minit.. takut pengsan lemas tak boleh bernafas dek bahang panas hehe



ada harimau... cuma ino tak sempat menonton masa dia orang bagi makan kat harimau tu...dua ekor harimau Malaya ni sangat aktif.. maklum dah dekat feeding time.. sempat la zino merakam beberapa gambar masa dia mundar mandir di depan kami.. biasa tengok kat Zoo tu tidu je.. cuma masa dia bagi makan tu tak sempat nak tengok..




ada juga mini zoo yg menempatkan beberapa jenis binatang.. tapi tak banyak la.. burung ni jinak je boleh di sentuh kalau berani... kadang2 mematuk juga dia hehe




sebenar nya kami ke Tambun pasal hari keluarga office mem.. ahli datang dari seluruh malaysia..bersama keluarga.. sangat meriah... Zino tumpang sekaki la.. artis jemputan BOB..mesraaaaa...

sekian lapuran..

Friday, December 28, 2012

terkenang kenang......



Assalamualaikum dan salam sejahtera utk semua... 

Apabila melihat sawah padi yg terbentang luas ni teringat zama kanak kanak dulu di kampong.. masa tu di kampong kami pun ada sawah padi yg di usahakan penduduk kampong , bukan utk di jual tapi kegunaan sendiri.. semangat gotong royong semasa mengerjakan sawah di kalangan penduduk amat tinggi.. kebergantungan bantuan di antara satu sama lain bermula dari proses menyemai, mengubah, merumput menuai dan sebagainya..membajak terpaksa di upah pihak2 yg ada mesin bajak..

Di rumah mak masa tu ada sebuah bangunan di panggil kepok utk menyimpan padi da sebuah kui.. di dalam kepok ni lah padi yg lepas di tuai di simpan sementara menunggu masa utk di gunakan.. bekalan dalam tu rasanya cukup utk setahun... zaman tu memang tak pernah beli beras.. teringin kembali nak melihat peristiwa2 berikut:

penduduk kampong beramai2 bergotong royong mengubah benih padi ke dalam sawah.. kalau nak di buat sendiri rasanya.. entah berapa hari nak siap..

penduduk kampong bergotong royong menyabit dan membanting padi di dalam sawah sebelum padi2 di bawa balik ke rumah masing masing..

penduduk kampong bergotong royong membuat emping , biasanya di kalangan sedara mara la.. ..di satu malam yg kami budak budak kecik ni rasa macam pesta.. dengan bunyi alunan lesung di tumbuk beramai2 (paling ramai 4 orang kot) sehingga terhasil nya emping

mak menjemur padi di halaman rumah dan kami jadi JAGA utk memeastikan padi tidak di makan ayam dan itik mak yg menunggu masa kami terleka hehe

kami beramai ramai menunggu mesin padi datang dan memerhati mesin padi memproses padi menjadi beras, mesin padi ni datang kekampong mungkin seminggu sekali.. masa tu seluruh penduduk keluar membawa padi masing2 yg nak di mesin.

keluar beramai malam malam ke dalam sawah dengan berbekalkan botol kosong yg di tutup upih dan lampu picit utk menangkap belalang , belalang yg di tangkap di masukkan dalam botol ,di dalam sawah tu penuh bercahaya dengan sulohan lampu picit... suasana yg tidak lagi kelihatan sekarang.. belalalng tu goreng la utk di makan.. ada berani? hehe

kejutan apabila di buka kui, terdapat beberapa anak tikus yg masih merah di atas padi hehe kemudian berusaha utk mengeluarkan nya.. ini semua kerja kami budak2 dulu.. peristiwa menimba lubuk dan menangkap ikan selepas menuai padi juga hanya tinggal kenangan..

semua tu tidak mungkin dapat di lihat di kampong lagi.. kerana sawah tidak lagi di usahakan.. sawah telah bertkar menjadi kebun sayur.. masaalah bekan air menjadi punca utama.. penghijrahan anak anak ke bandar juga menyebabkan tradisi terputus... 













Wednesday, December 26, 2012

Satu situasi

Assalamualaikum,

Semalam semasa dalam perjalanan ke majlis kenduri kawin , kami di hampiri sesaorang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Mamat tu mengetuk pintu minta bantuan , minta 50 inggit nak repair kereta yg rosak katanya nak tukar starter, tapi zino tak turunkan cermin pun kerana tak berapa yakin cerita mamat tu , kerana:
1. kenapa di trafik light kerana ia tidak memberi ruang utk saya menilai keadaan sebenar,
2. macam tak lojik sesaorang yg ada kenderaan langsung tak ada duit dalam poket,
3. Tak kan tak ada kad bank ke utk kluar duit

Sehingga trafik light hijau dia masih mengetuk2 pintu walaupun zino dah tunjuk isyarat tak dapat bantu

Kalau anda berhadapan dalam situasi macam tu apa tindakan anda??

Tuesday, December 25, 2012

tertunggak dan tertangguh..

Assalamualaikum..

Konon nya tadi nak cari hadiah yg tertunggak tu
tapi cari punya cari rope2nya out of stock..
kat situ la kot tempat lain mungkin ada

so hadiah tu jadi tertangguh la..
tapi tak pe..la..
tak lari gunung di kejar
esok lusa pun boleh lagi



langkah bendol..

Assalamualaikum...

kalau rumah kampong ada lah bendul ni.. rumah moden zaman ni mana ada bendul2 kan.. kadang tu tiang pun tak nampak dah.. tapi apa makna langkah bendul tu? pandai orang dulu dulu membuat satu perumpamaan atau peribahasa.. apabila adik di pinang atau berkahwin terlebih dahulu dari kakak maka berlaku langkag bendul, pihak lelaki perlu menyediakan hadiah kepada si kakak juga, biasanya sebentuk cincin dan sepersalinan , hadiah ini juga bergantung kepada persetujuan perundingan kedua belah pihak..

Istilah ni terpakai utk perempuan saja, kalau lelaki tak ada langkah bendul nya.. ada juga keluarga yg tidak membenarkan berlaku langkah bendul dalam keluarga mereka , selagi kakak tak kawin adik tak boleh kawin, pada pendapat saya perkara ni tak berapa betul, jodoh pertemuan ajal maut semua tu kan kerja Allah.. 


 si adik 

si kakak..


Monday, December 24, 2012

Belated birthday surprise....,

Tetiba lampu bilik mesyuarat di tutup ingat tersalah picit suiz ke !! Kemudian pintu dibuka dan zino nampak cahaya lilin , lagu selamat hari jadi di nyanyikan

Rupanya staff dah plan utk bos dia terima kasih semua , memang satu kejutan ... Belum pernah terjadi sebelum ni sangat terharu

Saturday, December 22, 2012

"shopping" di JPO..

Assalamualaikum...

kata orang kalau tak ke JPO macam tak lengkap percutian di Johor, apa JPO tu?? kami singgah situ dalam perjalanan balik.. 

kata nya di sini, ada koleksi 80 pereka fesyen dan jenama terkenal menawarkan  tawaran 25 hingga 65% setiap hari !!. ye ke?? pada mula nya ingat nak jalan jalan je dalam tu .. tapi akhir nya terpikat juga nak beli utk kenangan dah sampai situ kan.. dapat la selai sorang hehe..














sekian..





Khas utk awak..

Assalamualaikum ..dan Salam sejahtera..

Kehadapan saudara ku Acik Erna yg berada di rumah.. semoga berada dalam keadaan yg sihat sejahtera hendak nya... posting ini memang saya bercadang di buat khas utk awak.. dan saya bercadang utk bercerita dalam bentuk sebuah warkah.. macam Zaman sekolah dulu dulu..awak tau kan masa tu saya ni sangat suka menulis.. terlebih dahulu saya memohon maaf kerana menulis tanpa terlebih dahulu meminta iZin..

Memang kita hanya mampu merancang... sama ada terlaksana atau sebalik nya hanya masa akan menentukan dengan iZin Allah... bagitu juga perancangan kita utk bercuti bersama2 ke Selatan.. apabila mendapat kabar awak tak boleh nak ikut sama, saya dan famili terpaksa meneruskan percutian ini..bertiga beranak je... duduk homestay besar tiga bilik bertiga je hehe...adik sampai2 je book satu bilik hehe


kesihatan ada lah lebih penting, saya dan famili doakan awak mendapat rawatan yg terbaik dengan masaalah kesihatan yg tetiba melanda.. semua nya ada lah ujian Allah kepada hamba nya.. semoga Dr yg merawat telah mengenalpasti punca sebenar dan memberikan ubat ubat yg sesuai sepaya awak kembali sembuh..

awak tau tak.. saya telah meminda program percutian yg telah kita rancang.. terutama pasal nak buat kejutan dengan beberapa kawan kita di Johor sana.. awal awal lagi saya telah bocorkan kat Ayu.. yg sebahagian program percutian nanti utk buat kejutan di Citarasa Rinduan.. Bila Ayu call, dia mencadangkan menjemput Gadis Bunga, dalam program makan malam.. acara makan makam tu Saya rancang sendiri dengan Cahaya Anggerik kawan siber kami sejak 12 tahun dulu, awak mungkin tak kenal dia... kalau awak ada sama tentu saya dah kenalkan.. 


seperti kita rancang..hari pertama percutian di habiskan di LEGOLAND.. tiket memang saya dah book online utk 6 orang.. tapi tak perlu risau bila sampai di kaunter utk claim tiket saya minta dia caj utk tiga tiket je.. dan saya masih dapat diskaun 25%..kalau ada anak bujang tu boleh dia layan adik naik semua permainan kat dalam tu.. ni semua nak abah teman.. dengan berat hati saya teman dia naik beberapa game termasuk rooler coaster.. berderau darah den..






esoknya sepatutnya menjadi hari kita buat lawatan ke rumah kawan kawan di sana.. tapi saya awal awal telah menalipon memberitau awal kami akan ke rumah mereka.. memula kami ke rumah Pakngah mem , mak ngah bila tau je kami nak datang dia terus masak.. apa lagi langkah kanan yg terancang lah jadi nya utk kami.. banyak pulak makngah masak dia tau tak kami hanya bertiga je.. 

Lepas tu baru kami ke rumah Zuraida, rakan sekolah awak masa di TBS dulu, tapi dia juga merupakan sedara mem, so tak kekok sangat la kami ke rumah dia, katanya dah lama sangat tak jumpa mem dan awak, nak buat cam mana kan kira nya kami datang jadi wakil je lah.. Zurai pun ada mempelawa sebelum tu masa kami masih di LEGOLAND.. Zurai ni rajin masak.. kami di jamu dengan masakan yg sangat laZat.. lepas makan apa lagi sesi mengambil gambar bersama keluarga Zurai.. kebetulan orang tua mereka ada bersama..






Zurai ada cadangan satu plan percutian yg manarik utk kita semua.. nanti boleh lah kita plan percutian yg di cadangkan Zurai tu.. kalau ada kawan lain yg nak joint pun boleh.. lagi ramai lagi meriah jadi nya nanti.. cuma plan kita nak ke Citarasa Rinduan tidak terlaksana.. saya pun dah maklum Ayu.. percutian kami sepatutnya sampai ke tempat dia.. masih belum ada reZeki nak berjumpa..

Plan nak keseberang perlu di tangguhkan lagi... rasanya saya mohon berhenti menulis sampai di sini dulu.. kalau awak larat nak balas , sila kan !!  kalau awak nak komen je pun silakan, tapi kalau awak nak like je kat sini tak ada ruang utk berbuat demilian.. hehe..

yang benar.

saudara mu Zino...






Thursday, December 20, 2012

jom masuk LEGOLAND

Assalamualaikum...

alhamdulilah tercapai juga hajat nak masuk ke LEGOLAND.. jom kita jalan jalan kat sana...

 sebelum masuk kena bergambar dulu

 adik dah tak sabar ni..

 Chief yg bertugas... ada masaalah cari dia hehe

 mula meronda..

 bangunan Sultan Abdul Samad...

 Masjid Jamek..

 adik kata itu stesyen LRT hehe

 Yg ni Masjid Putrjaya.. sangat detail..

 Bangunan Putra kalau tak salah.. tempat PM tu kan..

 penat berjalan kita naik keretapi LEGO

 tak payah pegi Singapore..
riverside di bawa ke sini hehe

 Taj Mahal pun ada..

 Yg ni Masjid di Brunei rasa nya..

 mono rail pun ada.

 kat sini boleh main sampai basah hehe

 adik nak naik rooler coaster.. berdebar2 kata nya.
nasib baik abah dia cool je...

 kasut kena sesuai...

pos istimewa.. hehe

ada banyak lagi gambar...
tapi cukup la kot yg lain tu kena lah pegi tengok sendiri hehe