Saturday, December 22, 2012

Khas utk awak..

Assalamualaikum ..dan Salam sejahtera..

Kehadapan saudara ku Acik Erna yg berada di rumah.. semoga berada dalam keadaan yg sihat sejahtera hendak nya... posting ini memang saya bercadang di buat khas utk awak.. dan saya bercadang utk bercerita dalam bentuk sebuah warkah.. macam Zaman sekolah dulu dulu..awak tau kan masa tu saya ni sangat suka menulis.. terlebih dahulu saya memohon maaf kerana menulis tanpa terlebih dahulu meminta iZin..

Memang kita hanya mampu merancang... sama ada terlaksana atau sebalik nya hanya masa akan menentukan dengan iZin Allah... bagitu juga perancangan kita utk bercuti bersama2 ke Selatan.. apabila mendapat kabar awak tak boleh nak ikut sama, saya dan famili terpaksa meneruskan percutian ini..bertiga beranak je... duduk homestay besar tiga bilik bertiga je hehe...adik sampai2 je book satu bilik hehe


kesihatan ada lah lebih penting, saya dan famili doakan awak mendapat rawatan yg terbaik dengan masaalah kesihatan yg tetiba melanda.. semua nya ada lah ujian Allah kepada hamba nya.. semoga Dr yg merawat telah mengenalpasti punca sebenar dan memberikan ubat ubat yg sesuai sepaya awak kembali sembuh..

awak tau tak.. saya telah meminda program percutian yg telah kita rancang.. terutama pasal nak buat kejutan dengan beberapa kawan kita di Johor sana.. awal awal lagi saya telah bocorkan kat Ayu.. yg sebahagian program percutian nanti utk buat kejutan di Citarasa Rinduan.. Bila Ayu call, dia mencadangkan menjemput Gadis Bunga, dalam program makan malam.. acara makan makam tu Saya rancang sendiri dengan Cahaya Anggerik kawan siber kami sejak 12 tahun dulu, awak mungkin tak kenal dia... kalau awak ada sama tentu saya dah kenalkan.. 


seperti kita rancang..hari pertama percutian di habiskan di LEGOLAND.. tiket memang saya dah book online utk 6 orang.. tapi tak perlu risau bila sampai di kaunter utk claim tiket saya minta dia caj utk tiga tiket je.. dan saya masih dapat diskaun 25%..kalau ada anak bujang tu boleh dia layan adik naik semua permainan kat dalam tu.. ni semua nak abah teman.. dengan berat hati saya teman dia naik beberapa game termasuk rooler coaster.. berderau darah den..






esoknya sepatutnya menjadi hari kita buat lawatan ke rumah kawan kawan di sana.. tapi saya awal awal telah menalipon memberitau awal kami akan ke rumah mereka.. memula kami ke rumah Pakngah mem , mak ngah bila tau je kami nak datang dia terus masak.. apa lagi langkah kanan yg terancang lah jadi nya utk kami.. banyak pulak makngah masak dia tau tak kami hanya bertiga je.. 

Lepas tu baru kami ke rumah Zuraida, rakan sekolah awak masa di TBS dulu, tapi dia juga merupakan sedara mem, so tak kekok sangat la kami ke rumah dia, katanya dah lama sangat tak jumpa mem dan awak, nak buat cam mana kan kira nya kami datang jadi wakil je lah.. Zurai pun ada mempelawa sebelum tu masa kami masih di LEGOLAND.. Zurai ni rajin masak.. kami di jamu dengan masakan yg sangat laZat.. lepas makan apa lagi sesi mengambil gambar bersama keluarga Zurai.. kebetulan orang tua mereka ada bersama..






Zurai ada cadangan satu plan percutian yg manarik utk kita semua.. nanti boleh lah kita plan percutian yg di cadangkan Zurai tu.. kalau ada kawan lain yg nak joint pun boleh.. lagi ramai lagi meriah jadi nya nanti.. cuma plan kita nak ke Citarasa Rinduan tidak terlaksana.. saya pun dah maklum Ayu.. percutian kami sepatutnya sampai ke tempat dia.. masih belum ada reZeki nak berjumpa..

Plan nak keseberang perlu di tangguhkan lagi... rasanya saya mohon berhenti menulis sampai di sini dulu.. kalau awak larat nak balas , sila kan !!  kalau awak nak komen je pun silakan, tapi kalau awak nak like je kat sini tak ada ruang utk berbuat demilian.. hehe..

yang benar.

saudara mu Zino...






18 comments:

Acik Erna said...

assalam ..timo kasih lah..sodeh tak dapek poie..nak buek camnokan..botambah rindu bilo tengok gamba zurai...memang lamo tak jumpo dio..Insyaallah suatu hari nanti kok panjang umur...boleh jumpo dio..
maaf banyak2 sobab topakso mengundurkan diri dari program yang dah dirancang lamo..salam maaf juga untuk esah..insyaallah lain kali jika diberi kesempatan boleh jalan2 ngan esah lagi

zino said...

Erna..
ada satu plan yg Zurai cadangkan.. cubo contact dio nanti kok boleh di set kan nampak macam menarik yo hehe

citarasa rinduan said...

saya menangis teresak2.
spatutnya entry ni kn mood happy sbb menyatukan sesama shbt.

mgkin kerana tkilan xdpt bsua atau kerana kgagalan acik u join bsama ats sbb urusan drNYA..moga acik cepat sembuh..Amin...

abah seorang spupu y baik..
hasil penulisan kamu mgambarkan keakraban kalian skluarga

moga ayu btemu kalian semua. in shaa Allah

zino said...

citarasa rinduan..

plan Acik dengan Zino memang nak ke tempat Ayu, tanpa Acik pun mem dah setuju kami ke tempat Ayu di hari ketiga tu.. tapi kita hanya mampu plan , 4 tempat yg kami rancang berjaya pergi dua tempat je..

kasihibu said...

hrmmmm...patutlah menyepi saja acik erna

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Wah!
Best tu, dapat pergi legoland, dapat jumpa kawan2 juga :D

Kengkawan said...

semugo copek sembuh acik.
len kali kan ado..

zino said...

Kasihibu
Nanti dia muncul la tu

zino said...

Zara
Bila nak jumpa Zara lagi kan

zino said...

Andak
Amboi dah pandai cakap nogori yo hehe

gadisBunga™ said...

kalau acik ada haritu mesti tambah meriah kan? :D

Si Matatajam said...

Alahai Acik sakit ka? Bestnya rajin bro Zino berjalan-jalan yek..

zino said...

gadisbunga
nanti kami set lagi kesana ada plan baik dah ni hehe

zino said...

si Matatajam
kata orang jauh berjalan banyak pengalaman dan banyak juga RM terbang hehe

Daddy Ziyyad said...

Berdorau abah zino naik roller coster..ekekekeke..

Takpo, lain kali kito buek gathering kek dalam Legoland..den pun nak masuk legoland tu...:)

Tihara said...

seronoknya gi selatan..saya last pegi tahun 2000 :)

zino said...

Daddy Riyyad
apo tak berderau.. last naik 20 tahun dulu hehe

zino said...

Tihara

ada LEGOLAND ni boleh la ke sana lagi