Wednesday, January 4, 2017

Back pack ke Bandung episod 6 Floating market..

Assalamualaikum...

Kita masih di Bandung kita Masih dalam perjalanan turun dari KANGKUBAN PERAHU

1.0 Satu lagi tempat tarikan pelancong di Bandung ialah floating market.. yang best nya ianya terletak dalam laluan dari TANGKUBAN PERAHU ke BANDUNG. jadi tak payah nak travel jauh utk sampai ke sana.. tau tau saja lah nak travel di Bandung ni merupakan satu penyiksaan..hehe jem sana sini tambah bila musim cuti ni.. masa kami naik tu pun jem 

2.0 Floating market ni masih di daerah LEMBANG . Nak masuk market ni pun ada bayaran. sorang Rp 15,000 jauh lebih murah nak masuk ke Tangkuban perahu. yang best nya kopun tiket tu boleh di guna utk tebus minuman lemon tea ke hot chocolate ke cappucino ke.. dah penah merayau dalam tu baru lah tebus air free tu hehe.. Masa kami masuk tu baru je lepas lunch so tak ada lah sangat nak membeli. sebelum beli apa apa kena lah beli token dulu. nak bayar guna token tak habis tak boleh pulang. nak bawa balik token sebagai kenangan pun silakan. 

3.0 Saya tertarik dengan design dan penggunaan bahan utk membina floating market ni. Banyak bahan yg di guna simple je tak ada lah bermewah2 dalam rekabentuk.. berkonsep alam sekitar , bangunan pun simple je yang penting fungsi yang mahu di ketengahkan. tak ada pun struktur moden.. Kata nya ikut stail floating market di Thailand.. sana saya tak pernah sampai lagi jadi tak boleh nak bandingkan lah. tak ada pun sungai yg ada tasik je.. tapi ramai nya umat yg datang... memang meriah sangat.. 

4.0 Sampai je kami cari musolla dulu. ada di sediakan dua surau utk lelaki dan perempuan. surau lelaki di atas darat dan surau perempuan floating.. ia ke floating tak tau la tapi keliling ada air la hehe. ruang yg di sediakan cukup selesa.. tapi bila nak ambil air sembahyang mak aii sejuk nya air hehe.. Lepas solat jamak baru lah kami ronda ronda. 

5.0 Boat boat peniaga di ikat sepanjang tebing tasik dan di atas tebing di sediakan tempat makan yg selesa.. saya tengok penuh dengan pelanggan. nasib la kami tak perlu cari tempat duduk utk makan di sini sebab masing2 dah kenyang. Beli kat boat pergi makan di tempat yg di sediakan. makanan pun simple2 je.. nak masak asam podeh mungkin tak ada la kot. boat pun kecil je banyak mana boleh letak stok. kawasan kerja pun terhad. tapi itu langsung tak mengahalang mereka berniaga.. sambutan sangat meriah. 

6.0 kenapa guna token.. fikir punya fikir saya ada satu teori.. konsep yg sama di gunakan oleh satu supermarket dulu di food court. sebelum makan kena beli kupon utk bayar. Pada pendapat saya masing masing perlu bayar sewa mengikut % dari jumlah SALE pada hari tersebut. bila setiap peniaga menukar token dengan duit tokei akan dapat maklumat berapa income sebenar peniaga dan berapa sewa pada hari tersebut. yg dapat banyak sewa banyak yg dapat sikit bayar sikit.. adil la kan.. 

7.0 kalau masih tak boleh bayangkan apa rupa floating market ni jom kita masuk market..tapi sebelum jalan jalan kat floating market tu kami masuk dulu ke TAMAN MINIATUR KERETAPI. nak masuk sini kena bayar Rp 5000.00 agaknya model landasan kan keretapi dari Bandung ke Jakarta.. macam2 aktiviti masyarakat yg cuba di gambarkan dalam taman mini tu.. gambar2 di bawah menceritakan nya. 

8.0 Satu perkara yg menarik tentang tempat ni ia nya berada di tanah tinggi maka tak adalah panas sangat bila berjalan di tempat ni.. nyaman je rasa. sesuai sangat ia di buat di sini.. kalau letak di Jakarta rasa nya tak sanggup nak berjalan.. PANAS.. 















































deretan floating market



deretan boat dari dekat.. 
terikat kat tebing tu..





sebahagian juadah yg di jual




















orang korea pun ada hehe










tempat solat selesa di sediakan.


bila tengok deretan kereta tu boleh bayangkan berapa ramai yg berkunjung ke sini



di sini pun ada selfie..


ronda dulu sebelum ke floating market


ronda ronda sekitar tasik.


macam gaint landing kat Bandung hehe


minitur keretapi.. bergerak tu.. 
tapi dalam gambar tak nampak la 


floating market di sebelah kiri tu 


meriah mereka yg sedang menjamu selera


cappucino free dari kupon parking 

3 comments:

Kakcik Seroja said...

Kalau cuacanya nyaman, memang enak jalan-jalan ya pak? :)

zino said...

betul tu.. kakcik
tak penat dan berpeluh.. bila dah panas tak best dah nak ronda2.. hehe

Unknown said...

cantik pemandangan di sini...pandai mereka mendekonya....masa di sini saya merasa nasi timbel...aduh sedapnya.rasa daging yg di beli macam rendang tok pulak