Thursday, November 5, 2009

pengaruh....

kalau kita nak menguasai apa benda pun lebih mudah kalau kita ada pengaruh.. atau dapat menggunakan pengaruh.. kepada orang lain..dengan pengaruh kita boleh dapat business, dengan pengaruh kita dapat pangkat, dengan pengaruh kita boleh dapat ada saja yg terfikir.. caya tak??

Dalam satu negeri ni.. seorang pegawai kecik sedang berhadapan dengan kerenah seorang yg cuba menggunakan pengaruh dia untuk mendapat peluang perniagaan dari tempat tersebut.. nak senang cerita kita panggil dia A ya tuan tuan.. satu hari tu si A datang ke pejabat hendak berjumpa pegawai besar .. masa tu pegawai besar agak sibuk maka so dia kata kita bincang kat luar je lah tak payah masuk bilik.. makna nya perbincangan telus mulus semua orang boleh dengar.. tapi si A dengan lagak seorang VVVVVIP terus sergah ... menggunakan ayat yg power power.. dengan cerita yg gah gah belaka....

Dia tak puas hati.. dia pegi pulak kacau pegawai yang terbesar... pegawai ni pun malas nak layan dia minta pulak bos kepada pegawai besar tadi layan.. dan rejek proposal dia secara teknikal.. makna nya beri muka dulu lepas tu baru rejek hehe.. ini adalah satu kerja yg sangat rumit.. berbelit2 kan hehe.. asal orang yg baca jangan di belit sudah la.. so kita pendek kan cerita..

maka pegawai kecik pun atur lah satu taklimat kepada bos pegawai besar ni.. si A pun datang dengan satu rombongan yg nampak macam bagus je.. bila start beri taklimat ternyata si A abuk pun tak tau.. taklimat pun berterabur.. lintang pukang.... alasan pegawai teknikal berada di luar negara, notis yg di beri pendek dan seribu alasan lagi la.. bos pegawai besar terpaksa juga guna diplomasi dengan si A ni akibat pengaruh yg dia ada tadi.. agaknya kalau orang lain dah tentu kena halau keluar...si A minta nak bagi taklimat sekali lagi..

baru baru ni pegawai kecik aturkan supaya si A dan kuncu2 nya datang bagi taklimat di pejabat .. seperti di jangka.. taklimat yg biasa je tak ada sesuatu yg baru yg boleh di ketengahkan.. langsung.. tapi sebab pengaruh si A yg amat sangat .. kena juga lah pegawai kecik ni belakon apa yg patut.. beri ulasan yg mana patut.. supaya dia boleh dapat buat persembahan lebih baik di depan bos pegawai besar.. tapi harapan semua bos baik yg kecik mau pun besar sehingga paling besar.. nak rejek cara diplomasi.. kenapa perlu diplomasi...??? sebab si A ada pengaruh yang sangat hebat.. tapi betul ke hebat ?? entah.. tapi kalau memang betul ada haru biru nanti.. tak boleh ke bagi je kerja tu kat dia....?? tak boleh, dari taklimat yg di beri dia tak tau apa langsung.. tunggang langgang di kerjakan nya nanti sape yg susah.. pegawai kecik jugak yg susah ...

itu lah pengaruh "pengaruh"... nasib baik pegawai kecik ni ada bos kepada pegawai besar yg tegas dan tak peduli pengaruh apa melanda.. pada dia kerja mesti ikhlas, telus, samarata, adil, berani, no play play.. tegas, consistent dan sebagai nya... mari kita sama sama berdoa agar semua pegawai dari kecik hingga terbesar terhindar segala segala bahaya akibat tidak terpengaruh dengan pengaruh yg cuba di kenakan.. dan boleh membuat keputusan yg adil kepada semua.. amin..

itu lah kisah dia... agak2 paham tak.. kalau tak paham pun tak ada tak ada pengaruh yg datang utk memaksa tuan/paun supaya mesti paham hehe..

15 comments:

lupekanje said...

entah betul entah tidak berpengaruh tu.
Entah2 sajer nk gertak agar apa yang di hajatkan tertunai.

zino said...

mungkin juga...kot tapi bila pegawai terbesar tak rejek dia macam tu je makna nya mungkin ada "sesuatu" di sebalik tu..

lupekanje said...

kebarangkalian tu ada. Apabila ada mnusia yang menggunakan pengaruh yang ada untuk mncapai hajatnya, maka ianya menimbulkan masalah kepada pembuat keputusan kerana terpaksa melanggar dasar atau syarat2 yang ditetapkan...atau mereka akan ia susahkan...dgn pengaruh saudara mereka itu...kira mcm ugut guna pengaruh le..aper kes..?


Orang-orang ini adalah orang yang selfish..memntingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
err..betulkan??

KAMATO said...

yg penting telus dan tak ada kepentingan peribadi, insyallah selamat

KAKTINY said...

kerja ngan org besar2 ni mmg nampak sgt penggunaan 'pengaruh' tu di mana2...

sebagai 'org kecik', selalu tertanya.. nanti di 'sana' nanti, dpt tak guna pengaruh utk melepasi 'titian' itu dan semudahnya memasuki 'alam' itu?..

bersyukur sgt jadi 'org kecik' yg takyah guna 'pengaruh' - walaupun berada bersama2 org2 yg 'berpengaruh'.. hhihi..

MA said...

ok, bab ni I kurang faham sikit.

Jika A itu ada "pengaruh" - which I kurang faham takat mana/apa pengaruh itu; what is the worse thing that can happen kalau taklimatnya ditolak, samada secara telus mahupun diplomasi?


Kalau dah sah-sah, based on technicality, dapat di tentukan bahwa dia memang tidak layak mendapat job itu, kenapa pulak kena takut (read:berdiplomasi) kerana penolakan itu berdasarkan merit bukan.


Dan jika katakan, ditolak dan A tidak puas hati dan mempergunakan pengaruhnya, apa yang bakal dilakukan/berlaku kepada pegawai kecik/besar?


Maaf, but I really tak faham, kenapa perlu takut?

~mrs azmi~ said...

isk pening.. pengaruh... pegawai kecik sampai pegawai besar... adeh.. susah kan? nak reject proposal org berpengaruh ni...

Ada Ayrissa said...

mcm bagus je kan?
huh.....

atty's said...

macam2 kan ..ni salah guna pengaruh..

cHeRyNa PiReS said...

orang tua sha selalu pesan, guna pengaruh nieh kesan dia tak lama. mula dapat. besok2 dah susah nak dpt. macam guna ilmu itam gak...

sI tEDI said...

pengaruh sama dengan suap tak?

aku x berapa paaham lah

Dee said...

berbelit2..tp mmg org suka gunakan pengaruh utk dapatkan sesuatu..

Mak Su said...

ese ni, kocik pun iyo, bosar pun iyo... all in one

sya said...

Zino.. sya sampai sekrg tak faham kenapa org guna pengaruh orang. Kita ni yg kenal org itu ini malu nak gunakan nama walaupun ipar duai tapi still ikut red tape dan sebagainya.

Ini jenis yg tak faham.. kulit muka tebal.. sian pegawai kecik

Zareda Norman said...

bila cakap bab pengaruh ni, seharusnya dari peringkat awal lagi jangan biarkan terbuka peluang org org macam A menggunakan pengaruh org besar besar ni utk dapatkan job