Tuesday, February 8, 2011

hapus kira....

Dalam satu perbincangan tadi , salah sorang ketua jabatan tu mencadangkan dengan big bos supaya di hapuskira hutang hutang kepada beberapa kategori... pertama kepada sipiutang yg telah meninggal dunia, kedua kepada si piutang yg telah bersara.. ketiga kepada si piutang yg tidak dapat di kesan... kira hutang lapuk la ni.. dan ke empat .........ai say man dah lupa kategori mana.. tapi tak apa lah pokok nya hutang...

Terus big bos cantas.. hutang tetap hutang walaupun si piutang hidup atau pun telah meninggal dunia.. walaupun dah pencen.. dan berhenti kerja dan seumpama nya... baru ingat kategori lagi satu tu dah berhenti kerja..

big bos kata jangan main main pasal hutang ni, kalau dia dah meninggal hutang perlu di tuntut dari waris si mati.. kalau yg nak pencen atau bersara awal, kena pastikan hutang dia selesaikan dahulu baru lepas kan dia.. dan kalau dah tau dia nak pencen kenapa di bagi lagi berhutang?? pendek kata bila berhutang patut di bayar balik.. no play play.. kalau perlu ambik tindakan undang2 , teruskan.. jumlah hutang tidak bagitu banyak tapi ia macam menjadi duri dalam daging.... sentiasa ada dan tidak dapat di selesaikan... dan perkara ni telah berlarutan sekian lama.. ada yg di katakan melebihi tempuh yg munasabah..

saya sangat bersetuju dengan ketegasan bos membuat keputusan.. kalau dengan bank.. sampai ke lubang cacing pun dia org tetap akan cari.. kalau si pemiutang dia tak dapat penjamin akan di seret sama..kalau berhutang dengan along lagi teruk silap hari bulan nyawa melayang... kalau dengan chetty.. pokok tak usik tak apa tapi bunga kalu tetap mau kira.. kalau di biarkan bunga akan berkembang jadi pokok....hehe..

so pastikan hutang anda di lunas kan apabila tiba waktu nya... jangan hutang membelenggu hidup kita.. jangan sampai hutang keliling pinggang hidup kita jadi sengsara.. kawal perbelanjaan kawal nafsu berbelanja...

lega nya bulan depan hutang kenderaan akan lansai.. yes...
hayati lah hadis di di bawah ni.. yg di petik dari satu lama blog...

Minggu ini, sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini. Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

15 comments:

Assalamualaikum said...

"Hutang tak dijelaskan..... amal ibadat/doa tak sampai kemana( Tergantung)..kata ulamak

MOKCIK AZWA said...

eheh..mana Hadisnya, tak nampak la..hehe

anyway, kami pun ada problem dgn hutang lapuk nie. Ada banyak sehingga mencapai angka juta. Proses nak hapuskira pun bukannya mudah..ada banyak proses nak kena patuhi.

kalau dari segi law pulak, nak menuntut hutang ada hadnya..tak bleh lebih dari 6 tahun, lebih kalu kena dpt kebenaran mahkamah. kalau dah lebih 12 thn memang tak bleh buat apa dah.

Yunus Badawi said...

Salam Zino,

Betul kata big bos dan Zino tu. Hutang kena dibayar.

Kalau takde hutang hidup kita merdeka.

cikceriacorner said...

salam..

uncle zino..saya setuju..

alangkah bestnye kalo xde utang..

heheheh...

Dee said...

sy sdg berusaha ke arah zero hutang..hehehe...sbb skrg masih membayar hutang arwah ayah..

kak Erna said...

betul kata azwa..hadisnya halimunan.
tak nampak..

zino said...

hasnah
betul tu

zino said...

azwa
hadis nya tersembunyi.. kalau highlight tempat tu baru nampak hehe

zino said...

YB..
setuju...

zino said...

cikceria...
kena lah hutang ikut kemampuan membayar..

zino said...

Dee
semuga berjaya...

zino said...

erna
cuba guna mouse tu.. klik dan highlight kan kat tempat tu.. baru nampak hehe

Ada Dalina said...

hutang tu sgtla berat kannn?
huhu....

zino said...

Dalina
sangat berat...

Zareda Norman said...

kalau kita memberi hutang dan si pemiutang dah meninggal. adalah lebih afdal halalkan saja sekiranya tak menyusahkan si pemberi hutang.. redha, dua dua dapat rahmatnya.. insyaAllah..

hutang kita dengan Allah SWT cam ne plak?