Thursday, February 3, 2011

kisah berbunga bunga....

bila zino meletak status berbunga bunga dalam FB ramai yg tertanya tanya.. tambah pulak ada gambar bunga yg di paparkan hehe....apa kah kisahnya.. kenapa pulak tetiba je jadi jiwang hehe.. status tu kalau orang lain tulis mungkin tak akan timbul persoalan kan.. saje zino membuka bicara dengan satu keadaan yg akan menimbulkan tanda tanya.. so ini jawapan nya...

tengah hari tadi berlangsung majlis pertunangan anak sedara zino , majlis berjalan lancar dengan gurau senda kedua pihak lelaki dan perempuan.. berbalas balas bicara, upacara ringkas tapi meriah... rombongan dari Muar Johor sampai tepat pada waktu yang di janjikan.. kata di ikat , janji di satukan.. berapa hantaran , berapa mas kahwin, berapa lama tempuh pertunangan, cincin pertunangan , bila di jangka majlis akan di langsungkan di mana majlis akan di jalankan semua nya di bincangkan dengan penuh mesra dan sopan santun.. bunga di taman telah di petik orang...(dengan izin,..)

yg lain gambar gambar ini akan berbicara......



ini lah bunga yg jadi soalan hehe

pihak kami terima lah seadanya...
anda kenal yg bersongkok tu? hehe

cincin tu kat tengah2 tu.... nampak?

tepak sirih simbul majlis permuafakatan...

ini yg di balas..

cewah.. ada pelamin tu..
tapi pengantin enggak ada ya hehe

semua ni utk awak..

bila dah selesai...
mesti nak interframe ...
apa lagi bila dengan ayah bonda...

sekian....

8 comments:

kak Erna said...

bunga yang dipotik dah selosai..tinggal nak poi memotik bungo ditaman orang pulak kan..
selamat poi dan balik yo..

zino said...

erna..
tq.. semuga semun nya berjalan lancar ...

Aida Ali said...

Berbunga-bunga dan berseri-seri wajah ahli rombongan. Bertambah ahli keluarga.

roserose said...

tahniah kepada anak sedara Zino ya.

Kengkawan said...

ada x pakngah tapau bunga putih tu?
copp nak jugak!!

Kengkawan said...

ada x pakngah tapau bunga putih tu?
copp nak jugak!!

Zareda Norman said...

sekarang musim bertunang.. tak lama lagu musim kawin plak.. hahhaha

ciK LyndaWawa igUana said...

interframe? satu kewajipan...! hehe