Saturday, February 12, 2011

sangat releven...

Melayu dalam dilema pertahan hak sendiri-Tun M

12/02/2011 12:35pm

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Orang Melayu hari ini berada dalam dilema yang besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang, orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan. Malah kata beliau, sehingga pada satu tahap kita juga tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka. ''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' kata beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. - Utusan


sangat setuju dengan statement ini.. bangsa lain telah semakin berani mempertkaikan hak melayu.. dan membuat tuntutan yg bukan bukan.. dan org melayu seolah2 takut utk mempertahankan nya.. kerana terlampau nak menjaga hati orang lain....

9 comments:

Anonymous said...

Err.... Kita pun sokong. Kita sebenarnya ditindas di bumi sendiri.

Tak boleh nak bersuara, asyik-asyik dikatakan rasis jer..

Zareda Norman said...

orang melayu penuh budi bahasa.mengalah bukan erti kalah tapi bila selalu mengalah, yang kaduk pun naik junjunglah

UnGu VioLet said...

interesting...

Yunus Badawi said...

Kita terlampau bertolak ansur sehingga kita ditolak beransur2.

Akhir kita juga yg akan terpinggir huhuhu

zino said...

kaytee
kena tegur kita terus senyap..

zino said...

zar
nak mempertahankan hak pun dah tak berani..

zino said...

ungu..
sangat..

zino said...

YB..
tah bila melayu nak tersedar..

ckLah @xiiinam said...

........masa saya mengajar Sejarah kepada murid pelbagai bangsa pun, banyak batas yang perlu dijaga, pada hal....Sejarah itu benar. Entahlah...tak puas mengajar hanya untuk peperiksaan.