Sunday, April 17, 2011

keluarga FUNSER..

ketrampilan Hazwan menjadi daya tarikan .. masa jumpa dulu halus je jumpa sekarang ha tu dia... sangat menjadi jadi budak sorang ni. hehe

Setelah sekian lama tidak berjumpa maka malam semalam, FUNSERIAN memeriahkan semula kedai mamak... hehe utk kali kedua kami berkumpul di restoren al safa Bandar Sri Damansara.. kenapa kat sini? memang telah menjadi tradisi FUNSERIAN bila berjumpa akan mencari tempat yg mudah di cari dan ada banyak tempat letak kereta... dan berubah setiap kali berjumpa.. hehe


anak anak ahli yg dulu nya kecik kecik lagi bila kami berjumpa bila dah lama tak jumpa ni semua dah besar panjang.. yg heran mak bapa dia org je tak besar besar... walau pun ramai yg perasan kaum bapa memang ada yg membesar .. cuba pembesaran berlaku di tempat tertentu saja bukan menyeluruh hehe... yg penting masing masing kelihatan sihat ceria dan mesra dalam perjumpaan ini.. tak pernah luntur walau dah lama tak bertemu..

perjumpaan ini bertambah meriah kerana se ini keluarga akan bersama.. walaubagimanapun ada juga yg datang solo.. dan ada yg bawa eskod hehe.. tapi yang penting kesempatan utk berjumpa tidak di sia siakan bagitu saja.. memang zino tak sangka ramai yg akan hadir... bila jemputan di buat melalui FB.. tak ramai yg respond.. bukan semua ahli FUNSER yg ada akaun FB.. tapi seperti biasa jemputan melalui sms telah di majukan kepada semua ahli di seluruh negara... hehe

bila dah berjumpa biasa la... banyak cerita perlu di update... kaum ibu tak terkecuali... mencari sudut tertentu utk mendapat maklumat terkini... apa lah agak cerita mereka tu ya... biar mereka je yang tau.. hehe

ahli FUNSERIAN ada di seluruh negara... dari Perlis sampai ke Sabah... ada ke di Perlis nun.. yang kita semua maklum kita ada wakil dari Sabah.. gambar ni bukti nya.. Rahmand walaupun dia kata tak lama lagi akan berenang semula ke semenanjung.. tugasan di sana telah selesai.. sebelum balik kena lah anjur satu TT di KK atau di kaki gunung Kinabalu.. amacam kawan2 ada berani? kawan kita Zainal di MAS boleh bagi tiket diskaun kot hehe.. di mana zainal sekarang ya?

Leong merupakan official photographer bagi geng FUNSER... pasal tu dia tak boleh skip mana mana perjumpaan .. tapi malam tadi dia sengaja tak bawa kamera utk beri peluang juruphoto amatur mengambil tempat hehe tak tau la lulus ke tak bila tugas mengambil gambar di serah bulat bulat kepada pihak amatur yg baru nak belajar hehe..

Yan, Suhaimij dan Wan Zawawi.. tiga sahabat setia FUNSERIAN.. hehe.. banyak yg nak di cerita bila dah lama tak jumpa.. mungkin kisah anak, kisah kerjaya kisah motor besar dan sebagai nya.. maklum la ada yg datang malam tu dengan superbike.. siapa lagi kalau bukan si Suhaimi yg dah lama tak jumpa tu...
Peter, kenneth, aimman, Suhaimij, lawchoo, Leongk, penulis dan Wan Zawawi... antara yg memeriahkan suasana.. yg selalu buat kecoh bila setiap perjumpaan.. suka mengusik kawan kawan lain... yang buat org lain tak kering gusi.. ada saja cerita yg nak di sampaikan... meriah meriah meriah...

Aimman , salah seorang yg ahli yg telah memain peranan menjayakan majlis malam tadi.. yang telah berjaya mempengaruh, menjemput dan "memaksa" ahli ahli lain datang ke perjumpaan ini... semua ahli di sms supaya dapat melapangkan masa utk hadir.. jauh bukan satu alasan.. sebab dia sendiri datang dari Johor hehe.. kalau setakat nak kata Sri Damansara tu jauh dari Cheras langsung tak boleh di terima hehe...

kenneth bertanggung jawab mencetus idea utk berjumpa semula... membuat kempen habis2an supaya perjumpaan ini menjadi kenyataan.. di dalam FB zino tinjau ada le tiga empat nama bersedia utk hadir... tapi rupanya dalam senyap2 dia dengan aimman telah meracun fikiran semua geng FUNSER supaya turut sama menjayakan perjumapaan ini....

ini lah hasil nya..... lebih 50 orang ahli FUNSER dan keluarga bersama ahli keluarga menyerang restoren ni sehingga regular customer resroren ni terkejut kerana separuh kerusi meja di tempat ni kami book.. hehe

zino tak dapat nak letak semua gambar di sini tapi tuan tuan yg ada akaun FB boleh melihatnya di sana... cuma gambar Syukur tak dapat zino rakam.. beberapa saat dia nak sampai bateri kamera habis.. menunjukkan betapa amatur nya jurukamera itu hehe..

23 comments:

Aimman said...

Ulasan yang jitu dan menarik. Tentang photography tu, rasa2nya dah passed tu.

Mulan said...

seronok semua...

cikceriacorner said...

salam uncle..

wow bestnye kumpul ramai2..heheh

Unknown said...

Ulasan dan fotografi akan di kemukakan kpd kementerian berkenaan...hehehe

zino said...

aimman..
sifu Leongk tak cakap apa.. hehe

zino said...

MULAN..
lama tak jumpa anak masing2 dah besar hehe

zino said...

cikceria
memang berbaloi hehe

zino said...

lawrence..
kena bagi lembaga penapis film ke? hehe

ciK LyndaWawa said...

meriahnya pakcik...

Acik Erna said...

boleh la buek lagi lopeh rayo ni..mesti lagi meriah.

Mak Su said...

wah! funserian!!

Neeza Shahril said...

ramainya geng.. satu malaysia ke ni?

pB said...

aikssssss ...

naper tak dpt jemputan pun??

MulutPayau said...

wah......seronoknya brkumpul ramai2...

MOKCIK AZWA said...

Sangat menarik...tambah menarik iklan Nasi lemak panas tu hehehehe

zino said...

wawa
sangat meriah jumpa geng lama..

zino said...

erna
dah ada rancangan nak konvoi macam dolu2.. hehe

zino said...

mak su
nak tulis artikal ke? hehe

zino said...

neeza
memang satu Malaysia... hehe

zino said...

pB
macam mana penganjur lupakan pB ni.. tak pe tunggu TT akan datang

zino said...

mulutpayau
bila dah lama tak jumoa macam2 cerita kluar hehe

zino said...

azwa
tempat tu kami dah serang 2 kali hehe

Zareda Norman said...

meriah dan meriah..

zar pun dah lama tak megeteh dengan geng ladies biker.. sibuk aje busy ntah hape hape