Tuesday, May 31, 2011

kursus 4 hari...

Start semalam zino berkursus 4 hari.. tak jauh mana pun kawasan Kl ni je.. yg best nya dekat ni tak perlu bermalam.. datang pagi balik petang...tapi yg tak best nya... pagi kena masuk opis dulu settle kan apa yg patut dan petang pun pegi opis juga banyak benda yg boleh di settlekan atas meja tu.. dan ada juga yg datang lambat atau tak masuk petang dengan alasan ada meeting dan sebagai nya...

Yg di bincang dalam kursus adalah benda yg zaman dulu2 dah belajar pun tapi ulangkaji utk mengasah skill.. nasib lecturer tu ok.. tak ada lah boring.. penuh dengan aktiviti.. dan ada saja kerja yg perlu di selesaikan.. dan yg lagi best makan makan... kalau kursus ni bab makan ni yg tak tahan.. asyik makan je kerja... walau apa pun 4 hari perlu di lalui.. semuga semua boleh bertahan sampai habis hehe...

ok lah.. nanti cerita lagi.. bye

Sunday, May 29, 2011

surat terbuka....

Tetuan telekom
seksyen streamyx..

tuan yg bijaksana...


LINE STREAMYX KAPUT..

Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas.... dan tuan paham maksud saya kan...

Ok lah kalau tak paham ingin saya memberi penjelasan.. Sejak tiga hari lepas (3 hari) line streamyx di kawasan saya ni tidak berfungsi.. bermakna sudah tiga hari tuan tidak memberikan khidmat sebagaimana di janjikan.. dan selama tiga hari juga saya dan seluruh penduduk dan pelanggan streamyx tidak dapat menggunakan perkhidmatan ini...

Saya ingin kan penjelasan apa yg telah berlaku dan bila line akan pulih seperti sediakala.. tuan telah berjanji dalam sebarang keadaan akan memberikan perkhidmatan terbaik.. jangan gunakan alasan thunami di Jepun menyebabkan line tidak berfungsi kerana perkara tu dah lama berlaku... atau gempa bumi di sepanyol yg rasa saya langsung tiada kaitan....

Line internet merupakan bekalaan asas penduduk yang tidak boleh di putuskan sesuka hati sama seperti bekalan air dan elektrik hehe.. penduduk setempat sudah mula gelisah dengan ketiadaan bekalan ini.. walaupun saya ada altenatif lain untuk berinteraksi dengan rakan dan taulan... tapi line streamyx sangat sangat di perlukan di rumah ini sekarang memandangkan ada pelajar2 yg sedang bercuti sekarang ni sudah mula dalam kegelisahan...

saya percaya kecekapan pegawai pegawai tuan akan dapat mengatasi apa saja masaalah teknikal yg timbul... kami tidak bertanggung jawab sekiranya ada tindakan2 yg di luar dugaan di ambil penduduk setempat akibat ketidakselesaan ini... hehe

sekian....


Wednesday, May 25, 2011

you decide....

masih ada kaitan dengan kisah kerja.....

dulu selalu jadi joke kat opis tu... bukan opis sekarang tapi opis lama ... dia orang kata kalau kita masuk jumpa bos dengan dua masaalah yg perlu di bincang dan dapatkan halatuju apa yg patut di buat.... bila keluar dari bilik dia bukan nya kita akan dapat penyelesaian dua masaalah tadi.. malah kita bakal mendapat beberapa masalah baru... hehe.. apa tak nya sape saja yg jumpa dia nak minta nasihat berakhir dengan satu lecture panjang sehingga kita sendiri keliru dengan masalah asal tetapi membawa masalah baru yg perlu di fikirkan sendiri.. hehe

ada kala nya kami perlu pendapat pakar utk mendapatkan pandangan pihak ketiga.. sepatut nya pakar yg bagi nasihat tetapi berakhir dengan bos yg bagi nasihat kepada pakar hehe... ada satu masa tu dia ingin bertanya soalan dalam satu seminar.... setelah panjang lebar bercakap.. akhirnya penceramah yg kena bertanya.... what is your question?? hehe

akibat nya jarang yg nak bertanya dengan dia... kami selalu bincang sesama sendiri.. berusaha selesaikan semua masalah sendiri.. ten brain is better then one ... sehingga program kemputer pun kami usaha dan rumuskan sendiri... kami memang telah di uji ke tahap maksimum.. pantas bertindak.. berdikari.. berani membuat keputusan.. berani menanggong risiko...berani berexperimen... bekerja dengan pantas... tidak membuang masa bertanggongjawab.. dan sebagainya...

pengalaman ini sangat berguna bila berada di kedudukkan sekarang.. apa saja masaalah akan di selesaikan dengan pantas.. tapi zino memang tidak suka membuang masa.. kerja sambil lewa monteng.. tidak bertanggong jawab dan sebagainya.. ada yg kena tegur ada yg kena marah.. malah ada juga yg mendapat pujian.. kalau saya dulu boleh buat tak ada alasan anda tidak boleh melakukan nya...


kerja kerja kerja

Dalam seminggu dua ni agak sibuk sikit... bukan sibuk macam mana setiap hari ada saja jadual meeting yg perlu zino pengerusikan... dulu sebelum duduk di tempat ni selalu berungut bila nak jumpa bos... mana lah bos ni pergi asyik meeting meeting meeting.. susah sangat nak jumpa batang hidung.... agak nya sekarang anak buah pulak yg sebut perkara yg sama...

oleh yang demikian saya amal kan dasar pintu terbuka... walaupun pintu bilik tu tu tak la di buka.. memang sentiasa tertutup pun tapi sesiapa yg nak jumpa boleh datang bila bila masa , masa saya sorang ke masa ada orang ke masa meeting ke.. kalau perlu kan arahan , maklum balas , haja tuju.. datang je jumpa jangan malu dan jangan segan.. saya cuba kurangkan protokol.... kerja perlu beres....

sekarang ni masing sibuk bercerita pasal berita baik yg pernah saya sebut dulu... setakat ni saya tak mau bincang apa apa.. biar le mereka meramal... kita tunggu ramalan siapa yg kena hehe... ok hari ni pun agak sibuk.. pagi petang dah ada jadual.. meeting dan lawatan.. semuga anda ceria dalam apa saja yg anda lakukan....

Saturday, May 21, 2011

ada ke lagi selepas ini??


ini kereta zino yg pertama.. tapi bukan yg ini tapi serupa kereta ni.. Honda Civic generasi pertama... harga masa tu cuma 13,500 baru.. tapi zino ambil 3 tahun utk mengumpul duit utk membeli nya bukan macam budak zaman sekarang.. dengan zero downpayment dah boleh beli... masa tu loan cuma 8000 saja... 10 tahun zino gua kereta tu.. dari bujang sampai ada anak dua orang... no pendaftaran WS9692..



kemudian bertukar pulak ke kereta ni... dari kereta 1.2 ke ke 1.5 cc anak bujang dua orang tu pun dah makin besar dan di tambah lagi 2 orang maka perlu space yg lebih besar hehe... entah berapa harga masa tu tak ingat pulak tapi rasanya tak lebih 30,000 tradBRe in kereta honda tu jadi downpayment ... no pendaftaran WBR3500 pernah terserempak beberapa kali di jalan rasa... makna nya kereta tu masih boleh di guankan...


bila habis je bayar loan kereta saga tu zino tukar pula ke kereta proton wira 1.6 automatik.... pada mula nya kereta ni memang baik.. kesana ke sini berdesup je... ramai yg kata wira 1.6 ni banyak masaalah... masuk tahun ke lima kereta ni mula buat hal... memula masaalah overheated.. macam2 yg zino buat , apa saja yg di cadang mekanik zino ikut tukar macam2 benda tapi masaalah overheated tetap tak berubah... makna nya kereta tu di larang naik ke genting hehe.. tapi masalah besar yg berlaku bila gearbox gagal berfungsi.. nak tukar baru 15,000 !!! so zino tukar guna gearbox 2nd hand berharga 3000 . lepas tu dah tak bersemangat nak gunakan kereta tu lagi.... bila lansai je loan terus cari kereta lain.... no pendaftaran W...5997

bila anak anak semakin besar.. bila dah selalu bergaduh dalam kereta bila dah tak muat satu kereta nak balik kampong bersama arwah mertua dulu.. maka tiba masa utk beli kereta yg lebih besar lebih selesa lebih tempat duduk hehe.. memula tu surf dalam tenet... semua kereta MPV di cari satu satu... jenama keluasan design dan harga di teliti satu satu... kena lah berpijak di bumi nyata hehe.. akhirnya setuju untuk beli UNSER... jenerasi ke lima dan terakhir... pasal lepas ni dah tak ada dah kereta unser di keluarkan..

Harga kereta ni pun sebenarnya membuat zino berfikir banyak kali setakat trade in kereta wira belum mampu cover kekurangan loan.. lepas test drive tanya saleman tu berapa dia boleh bagi utk trade in.. warga yg di tawarkan agak rendah zino pun kata tak pe lah tunggu lah saya dapat jual dengan harga yg lebih tinggi baru saya beli .. bukan zino yg gelisah saleman tu lagi gelisah takut zino tak jadi beli hehe dia pulak yg berusaha cari pembeli yg boleh menawarkan harga yg zino nak... akhir nya zino dapat call dari dia kata nya ada yg telah menawarkan harga tu maka rundingan seterusnya di jalankan...

cukup selesa cukup mantap cukup utk memuatkan 9 orang... betul masa tu kami dah 7 beranak tambah dua lagi mertua dan ipar.. so tak payah lagi mem nak pujuk adik dia setiap kali nak balik kampong... 9 orang nak sumbat dalam wira mana muat hehe.. berjalan jauh UNSER sangat selesa.. kemana kereta tu belum sampai ... seminggu lepas beli kami dah sampai JB.. dua tiga bulan lepas tu sampai ke Pulau Pinang.. lepas tu merata la... dalam semenanjong ni hanya Perlis je belum sampai lagi hehe.. bila berkawan dengan geng FUNSER lagi la selalu kami berjalan berkonvoi beramai ramai.. tapi sekarang FUNSER pun dah tak ujud bila TOYOTA tukar forum tu ke TRIBETOYOTA geng unser mengundur diri... tapi persahabatan kami masih utuh.. masih kuat..

dua hari lepas dapat surat resmi mengatakan loan kereta telah di selesaikan sila hadir dengan salinan geran utk mendaftarkan dengan e apa tah.. utk membatalkan hak milik di tuntut di JPJ.. lega sungguh.. kalau ikut sejarah setiap kali kereta tu habis loan zino akan tukar kereta dengan cc yg lebih tinggi ... soalan nya perlu ke lagi tukar kereta.. cc lebih besar atau kecilkan kembali cc nya.. keperluan utk 9 penumpang dah tak ada dah sesekali tu mungkin bila semua berkumpul hehe.. harga minyak sekarang ni semakin naik... tapi mem sayang sangat dengan kereta ni.. agaknya cukup selesa utk tidu setiap kali travel jauh... apa tak nya 10 minit selepas bergerak lelap 10 minit sebelum sampai bangun... hehe..

rasa nya malas dah nak berhutang.....

Friday, May 20, 2011

hal dunia..

Obama umum sempadan Israel, Palestin ikut perjanjian 1967

20/05/2011 11:18am

WASHINGTON 20 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam buat pertama kalinya mengumumkan bahawa sempadan antara Israel dan Palestin haruslah berlandaskan perjanjian 1967. Obama turut mengingatkan Palestin bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya dan memberitahu penggabungan antara Fatah dan Hamas menimbulkan kebimbangan rejim Zionis itu. Beliau dalam pada itu menyatakan bahawa usaha Palestin untuk cuba mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka daripada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September ini akan gagal. – AFP

agak2 berapa hari statement ni boleh bertahan..sekarang ni perdama menteri israil dalam perjalanan ke amerika....


Tuesday, May 17, 2011

santai bersama keluarga....


Yg ni cerita hari ni...
tengok la gaya seorang juara... tak kisah la macam mana adik nak baling asal strike hehe.. yg best tu boleh slow motion adik pun boleh strike.. kalau masuk longkang tu biasa la... inilah aktiviti kami bila dah berkumpul ramai2 di rumah... yg teruja nak main alang dengan kakak, kami ni mencukupkan korum je.. hehe.. dan adik numpang sekaki hehe..

masa kami sampai tempat ni penuh.. rasanya semua lane ada orang.. 90 % remaja melayu... dan 70% dari melayu tu pempuan... datang berkumpulan.. ada juga yg couple dan ada juga yg datang bersama keluarga.. tapi tak berapa ramai la... salah satu program riadah yg memerlukan uwang... kalau dulu nak beriadah ni pergi ke taman taman.. dan sebagainya...


yg ni kisah hujung minggu...
Cerita ni yg mem nak sangat tengok.. zino dah cakap siang2 nak tolong anta boleh nak tengok zino tak nak.. sementara kakak ada kat rumah ni boleh le anak dara dia tu teman.. tak minat la nak tengok cerita yg nangis2 ni... hehe

tiga beradik sedang beli tiket... panggung ni baru buka.. shopping kompleks ni pun baru buka semula.. lama tempat ni tak bermaya dan tutup.. asalnya dulu pemaju jual lot kedai dalam kompleks ni.. masing2 buat hal sendiri bila nak berniaga bila nak tutup.. ada la pasar raya.. tak lama lepas tu bungkus.. kedai letrik berjenama buka pun bertahan sekejap je bungkus juga..

lepas tu datang sorang saudagar dia beli semula semua lot2 kedai yg ada, belanja berjuta buat renovation, derma sebuah jejantas, bina dua buah jambatan, satu sambungan jalan raya dan satu persimpangan berlampu isyarat semata mata nak menggalakkan orang ramai datang ke tempat ni... baru sangat buka ada lagi lot kedai dalam tu yg sedang di ubahsuai... anchor tenant dia gaint dan yg banyak dalam tu kedai perabut atau yg berkait dengan rumah..

ini dah kira iklan free hehe... tau ke kat mana zino cerita ni?? kat jalan Loke Yew tu.. yg ada sebuah jejantas melintang jalan tu.. sambung terus ke LRT Miharja..

Monday, May 16, 2011

berita baik....


KUALA LUMPUR 16 Mei - Kutipan tol di Plaza tol arah Cheras dan arah Petaling Jaya, Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) di kedua-dua arah dimansuhkan bermula malam ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor. - Bernama..

ini satu berita baik.. saya hari hari guna TOl ni... kalau sehari 50 sen sebulan dah 15 inggit.. setahun ? sepuluh tahun? banyak juga tu kan.... hehe.. tapi kalau nak lebih baik cuba mansuhkan tol Sg Besi tu.. ada berani? hehe...

Sunday, May 15, 2011

subsidi...

Tiada jaminan harga petrol kekal

BERA – Tiada jaminan harga petrol dan diesel akan kekal pada harga sekarang jika harga bahan bakar itu melonjak di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua harga bahan bakar itu iaitu petrol RON95, diesel dan gas LPG akan disemak setiap enam bulan oleh Jawatankuasa Pemandu Rasionalisasi Subsidi Harga Barang Kawalan. Menurutnya, pada tahun 2010, kerajaan menganggarkan subsidi minyak sebanyak RM14 bilion untuk tahun ini tetapi unjuran itu pula dijangka meningkat kepada RM17 bilion.

“Pada tahun lalu, subsidi minyak ialah RM10.3 bilion. Namun kenaikan harga minyak di pasaran dunia menyebabkan subsidi turut meningkat hampir 70 peratus. “Sekiranya kerajaan terus menanggung subsidi kenaikan harga bahan itu, ia akan menyebabkan defisit kerajaan semakin meningkat,” katanya.

terangkan lah macam mana sekali pun rakyat memang tak akan paham... kalau paham pun buat2 tak paham.... kalau naik saja semua akan bercakap.. semua bising ... semua marah.... so cari lah cara lain utk mengatasi masaalah ni... kalau ada la...

Saturday, May 14, 2011

selamat hari guru.....

masa kami sedang makan di majlis kenduri kawin rakan opis tadi datang sekumpulan makcik duduk di meja kami.. kebetulan meja tinggal kami berdua je bila tetamu sebelum kami telah pun selesai makan.. memula tu zino dengar je mereka berbual maklum la bukan nya kenal pun... dari perbualan tu dah boleh agak dah kebanyakkan mereka tu cikgu pencen.. semua dah menjadi warga emas.. tapi masih cergas dan bertenaga.. ada di kalangan mereka dah tak berjumpa 30 tahun... wow...

sesekali zino dan mem nyampuk juga tambah bila kakak di sebelah zino tu bertanyakna hal kami... sehingga lah dia tanya satu opis dengan keluarga pengantin ke?? zino jawab satu tempat kerja je.. lantas dia tertarik dengan jawapan tu dan terus bertanya lanjut.. kenal tak En..Dolah duu dia kerja kat situ tapi sekarang dah bersara..... zino kata apa tak kenal nya dulu dia tu cikgu saya... lantas dia perkenalkan diri sebagai isteri cikgu zino tu dulu.. ini firstime zino jumpa dia hehe umur dia mungkin dah cecah 60 an tapi masih sihat , ceria dan bertenaga.. tambah bila berbual.. gamat meja kami tu di buat nya.. hehe

lepas tu apa lagi perbualan kami bertukar slang.. dengan bahasa NS yg pekat.. hehe dia kata dah jumpo orang kampong ni apo lae kono lah speaking hehe.. Cikgu zino tu dulu pernah mengajar kami masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3.. lepas tu zino berpindah sekolah dan cikgu pun berhenti jadi cikgu dan bekerja di KL.. kebetulan sama tempat kerja dengan zino... sempat le jumpa dia sekejap sebelum dia bersara pilihan.. isteri cikgu zino seorang peguam.. tapi sekarang dia dah tutup syarikat guaman dan pesara sepenuh masa.. pesara yg loaded.. dimasa lapang dia mengajar mengaji anak anak di kawasan perumahan dia... kata nya sekarang ni dia ada banyak masa lapang dan selalu travel bersama suami.. enjoy live di usia emas..

sempena hari guru .. zino ingin mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu Abdullah , selamat hari guru selamat bersara dan selamat maju jaya dalam apa jua kerjaya cikgu sekarang ni.. kepada cikgu cikgu yg masih berkhidmat diluar sana zino juga ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI GURU DAN SELAMAT BERTUGAS
DENGAN TEKUN DAN IKHLAS
MENDIDIK ANAK BANGSA..


testing testing..1 2 3

katanya blog dah ok...
bila di tinjau2 komen dalam posting sebelum ni ilang..
ada kerja pembersihan ke?
tak pe lah
janji dah boleh guna...


ok la itu je nak tulis
nak pegi kenduri kawin dulu..
ada dua
dua2 area selatan..
kalau sempat kejar kedua sekali
kalau tak sempat satu pun ok..

bye..

Thursday, May 12, 2011

Alhamdullilah syukur...

bila petang tadi kawan zino talipon buat zino panik sekejap.. dah tengok result ke? result priksa hari tu dah kluar.. alamak tetiba je rasa berdebar debar... takut pulak nak tengok hehe... apa tidak nya dulu ambik priksa pun last minit... dia kata kalau nak tau contact sorang kawan ni dia boleh tolong dapatkan... memula ingat result dia org hantar dalam email ke.. buka email jabatan tak ada... buka gmail pun tak ada last sekali buka yahoo pun tak ada.. nak minta kawan tu tolong segan la.. hehe

lepas tu teringat nak buka laman web tempat periksa tu.. cari punya cari jumpa, kena masuk kan no IC utk tau keputusan.. nekad juga nak tau.. bila klik je ALHAMDULILAH SYUKUR SANGAT .. keputusan LULUS berkat dorongan kawan kawan dan bantuan mereka akhirnya membuahkan hasil juga walaupun zino buat keputusan last minit utk ambil peperiksaan tu... cerita ini pernah di siarkan di sini http://payakumbuh1.blogspot.com/2010/11/last-minit.html

kepada rakan2 yg lain yg sama berjaya dalam peperiksaan ini TAHNIAH dari zino.. anda semua memang hebat...

bah adik dapat hadiah....

malam tadi adik beritau dia dapat hadiah.... mama yg bagi.. abah yg mamai baru terjaga jeling je lah apa yg dia nak tunjuk... tak ada lah nak beri perhatian sangat... so pagi tadi dia tunjuk balik ... tak puas hati agaknya...

ehh betul ke talipon ni... zino minta no dan call .....la.. oo memang talipon betul la bukan main main.. hehe nampak gaya nya lepas ni bertambah la talipon yg perlu zino TOP UP hehe... hadiah yg abah janji belum sempat lagi nak pegi beli hehe

Wednesday, May 11, 2011

penyalarasan gaji??

CUEPACS mahu bincang pelarasan gaji dengan PM

10/05/2011 4:15pm

PUTRAJAYA 10 Mei — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bercadang untuk menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan soal pelarasan gaji bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri selepas mesyuarat kongres pada 26 dan 27 Mei di Lumut, Perak. "Selepas mesyuarat kongres, kita akan membuat permohonan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Dialog Cadangan Penilaian Baru Kompetensi Menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.

Katanya, selain soal pelarasan gaji, kongres juga bercadang berbincang dengan kerajaan mengenai soal bantuan sara hidup (COLA) dan elaun tetap perumahan. — Bernama

bincang la baik baik.... dan ada hasil positif.... saya sokong hehe..


Monday, May 9, 2011

panas panas panas.....

cuaca sekarang ni terasa berbahang... sebaik sahaja selepas mandi badan akan berpeluh kembali.. bila dah duduk dalam bilik berhawa dingin terasa malas je nak keluar.. agaknya berapa suhu sekarang ni ya... masing masing belenggeng je dalam rumah.. cuaca sekarang ni sangat tak sesuai untuk berurusan di luar sana.. tapi nak buat macam mana kerja memaksa zino perlu berada di lapangan sekali sekala... apa usaha yg anda lakukan untuk berhadapan dengan keadaan ni..? catitan di bawah zino petik dari hasil google... mungkin berguna kepada kita semua:-
  • Banyakkan minum air
  • Elak minuman berkafein dan beralkohol kerana sebabkan badan kita cepat terhidrat
  • Kurangkan aktiviti luaran
  • Kawal dan rancang aktiviti anak-anak anda
  • Makan buah yang banyak air
  • Elak makanan berprotein tinggi seperti daging dan susu kerana sebabkan suhu badan meningkat
  • Pakai pakaian yang cerah kerana pakaian gelap menyerap haba
  • Elakkan pembakaran terbuka

Sunday, May 8, 2011

nak tengok lampu konon...

tadi bila lepas makan makan di kg baru nak lalu la bukit bintang.. Arifah nak tengok lampu ...masa memula masuk jln Sultan Ismail tu ok je.. tapi bila lepas simpang jalan PRamlee tetiba jalan terus sendat... tak bergerak langsung... tak ada cara nak mengelak dan melencong ke tempat lain... terpaksa la redah je

rupa rupanya jalan masuk ke Bukit Bintang di Tutup ...lupa pulak acara apa ada kat sana yg perlu tutup jalan... ini pesanan utk En polis.... ok la kalau nak tutup jalan tapi boleh tak letak anggota di simpang simpang jalan di depan sana.. bila jalan tutup persimpangan depan sana tak boleh nak menampung lebihan trafik.. ada faham.. dengan bantuan tuan boleh la di lancarkan lagi perjalanan... lebihkan sedikit kereta yg terperangkap ni supaya boleh cepat keluar... ini taun hanya tercegat di jalan jalan yg di tutup je tanpa mempedulikan kesukaran trafik di hujung sana.. ada faham!!!

saya tak marah pun.....

Saturday, May 7, 2011

ada berita baik kata nya....

kata nya ada berita baik...

tapi dia tak cakap utk siapa..
dia tak sebut nak bagi siapa..
dia tak bilang senarai nama
dia tak bayang macam mana..
dia hanya kata yg di minta dah berjaya...

kata nya ada berita baik..

bila nak impliment masih tanda tanya..
bila nak lancar katanya seminggu dua
bila nak pilih bila bila masa
bila nak umum hanya tunggu ketika..
bila nak lantik.. yg tu kata nya rahsia..
dia hanya kata nanti akan tau jua..

kata nya ada berita baik..

kawan tanya nama dia ada ke?
kawan tanya ada ke dia libat sama?
kawan tanya berapa ramai agaknya?
kawan tanya ada ke peluang sama?
kawan tanya aku ni sempat ke agaknya...?
kawan hanya kata syukur kepadaNya

kata nya ada berita baik....

ini lah peluang terbaik dia kata..
ini lah tugas terakhir dia kata
ini lah yg terbanyak dia kata
ini lah yg buat dia gumbira dia kata
ini lah saat dan tika dia kata..
ini lah hadiah utk semua dia kata..

kata nya ada berita baik...

tadi dia umum..
tadi dia sebut
tadi dia jelas
tadi ..
ya tadi...
pagi tadi...


saya dah tak terkata kata.....

Thursday, May 5, 2011

talipon


sejarah talipon ni bermula pada tahun 1871, apabila Antonio Meucci mematenkan penemuannya yang disebut sound Telegraph. di sini lah bermula nya alat komunikasi yang membolehkan perhubungan dua hala...dan pada tahun 1940, talipon mobile pertama kali digunakan secara komersial...

bila agak nya anda membeli talipon cellular pertama ?? dan brand apa... se ingat zino pertama kalai zino tengok talipon cellular ni pada tahun 1979 kot.. masa tu talipon di pasang di kereta mewah dan sel beteri nya sebesar bag jamesbond tu hehe.. satu hari tu tokei syarikat kontraktor tu datang ke tapak... sambil dia berbual tu hon kereta dia berbunyi.. so selambe je dia pegi kat kereta buka pintu dan capai talipon .. dan terus bercakap... bukan main bergaya lagi... masa tu hanya org kaya je yg layak guna talipon bergerak ni hehe...

saiz talipon semakin hari semakin mengecil... handphone dolu dolu kalau sesak2 boleh buat senjata.. besar bagak hehe... tak muat nak masuk poket... bila berjalan tu kena pegang... dengan penuh gaya lagi hehe.. rasa nya talipon yg zino guna sekarang ni yg ke enam kot... zino tak ada la gila sangat nak tukar talipon ni.. rasa nya talipon jangka hayat dia tak berapa lama.. lepas guna dua atau tiga tahun dia mula buat hal.. salah talipon atau salah tuan yg guna hehe..

la jauh nya dari tujuan asal ...... ingat tadi nak bagi tau... rupanya selama ni dunia luar tak boleh nak call opis kami.. no yg kami war warkan utk public call tu tak boleh di guna lagi... bunyi je tapi tak ada orang yg akan angkat hehe.. sebelum ni zino dah komplain talipon kat bilik tu tak boleh call masuk.. ada ringging tapi zino tak dengar pun.. rupa2nya satu opis kaput hehe... patut la rasa macam aman je hehe... tapi call antara bilik atau floor lain ok la pulak hehe..
Add Image

Tuesday, May 3, 2011

boria....

Biasa dengar kan boria ni.. kalau orang Penang memang tau sangat la.... ingat lagi masa kami kecik kecik dulu... kalau musim raya memang la kena pakai baju baru... lagi best tu ayah belikan kami adik beradik baju raya yg sama kaler...senang kira borong je empat pasang hehe (sorang lagi tak ada dalam gambar ni) mana mana pegi pun sedara mara akan sebut... macam boria... budak la kata kan boria ke hape ke mana ada kisah janji baju raya baru...hehe

bila dah besar sikit.... dah pandai bergaya tak mau dah kalau ayah mak nak belikan baju yg sama kaler... kalau pesen yg sama masih ok tapi jangan kaler...hehe.. malu konon.. tak mau dah sedara mara sebut borea... kalau baju melayu tu ok juga lagi tapi kalau baju raya yg lain... no no no... sanggup melalak depan kedai tu kalau beli yg sama.. hehehe.. dan satu lagi baju raya kami dulu di tempah.. tiga empat bulan sebelum raya ayah dah bawa pegi kedai Bee Hin kek pokan tu utk tempah baju raya... kau orang ada? hehe

tapi kan.. masa kat JB hari tu setiba kumpulan boria bergabung kembali dan yang buat lagi best tu pasangan masing masing pun sama boria juga hehe tak ada janji tak ada pakatan sulit tak ada FB tetiba semua datang bagai di janji janji... zino tak perasan pun anak anak sedara yg ber iya iya nak ambil gambar kami kata nya macam kami ni dah pakat....

tengak ka tu kami semua biru dan pasangan semua hijau.... hehe..




betul tak saya cakap? hehe

Monday, May 2, 2011

Penghujung benua Asia....Tanjung Piai..











penghujung benua ASIA terletak di Malayia !! pada zino ini satu produk pelancong yg sangat bernilai tinggi.. sesiapa saja yang berkunjung ke negara ini perlu di beritau... tips of ASEA CONTINENT is in Malaysia.. dan mereka perlu di galak utk ke sana...dan apa pulak yg ada di sana?

Sejak sekian lama kami berhajat utk kesana.. nak juga menjejak kaki ke penghujung benua.. walaupun tak akan ada apa apa perbezaan tetapi bayangkan benua terbesar di dunia ni hujung paling selatan berada di Malaysia.. tak bangga ke?? tapi ada ke orang sekeliling kisah..?? mari kita baca cerita seterusnya...

selepas majlis kenduri di Majidee semalam, anak2 sedara nak ke Danga bay.. so dengan bantuan GPS kami pun berkonvoi ke Danga Bay.. tapi bila siang apa yg ada.. macam tapak pesta yang di tinggalkan ..ada juga orang ramai berkeliaran, banyak juga kereta yg parking.. tapi tak ada aktiviti.. rasa nya dah tak se indah masa kami mula mula sampai dulu.. kurang di selengara.. jangan sampai semua kemudahan dah tak boleh di guna baru nak di baiki.. tapi entah la mungkin waktu malam masih meriah macam2 baru2 buka dulu..

ok berbalik ke penghujung benua.. kat sini la idea nak ke Tg Piai tercetus bila di usulkan mendapat undi terbanyak hehe.. dengan bantuan GPS kami berkonvoi ke sana.. jauh ke? memang agak jauh dan tak ada tanda arah sehingga la sampai ke kukup... produk sehebat ini patutnya ada tanda arah dari JB lagi... sekurang2nya bila hari2 lalu nampak benda tu satu tari terdetik juga hati nak ke sana.. betul tak?

akhirnya sampai juga kami , bila sampai je.. kereta penuh kat tempat parking yg tidak terurus tu..becak.. kotor dan sebagainya... satu notis yg sangat kelakar tetapi mesej yg sangat mendalam.. mesej apa tungguuuuu.... maklum la dah berjalan jauh masing masing mengejar bilik air.. zino tak dapat nak komen apa rupa bilik air dia sebab zino tak ke tempat tu.. di luar ada satu mercu tanda.. tingggi gagah tapi menyukarkan utk photo shoot.. kedudukan nya terlalu dekat tiada ruang utk berposing .. ahh isu kecik je tu terpulang kepada kreativiti masing masing..

nak masuk ke hujung benua perlu bayar murah je 5 inggit dewasa 3 inggit pelajar dan warga emas... hanya dua je tiket 5 inggit lapan lagi tikit 3 termasuk dua warga emas.. hehe.. yg cik adik kat dalam tu siap boleh tanya.. ada lapan student ni mana lagi?? dia tak nampak ke yg tercongok depan dia tu sape.. hehe berjalan dalam kawasan hutan bakau adalah satu pengalaman.. agaknya kalau air pasang akan lebih seronok bila keliling tu di penuhi air laut.. berjalan di atas jeti atau laluan berlantaikan kayu juga satu pengalaman.. dekat rasa nya dengan alam sekitar.. kalau ada burung burung berkicauan.. ada monyet bergayutan mungkin lebih seronok.. katanya 800 meter utk sampai ke distinasi.. pencinta alam sekitar akan berjalan perlahan sambil melihat alam semula jadi ciptaan ilahi yg sungguh menyamankan.. pokok2 kayu bakau yg memenuhi setiap ruang.. ada nama saintifik dia tapi tergeliat lidah nak menyebut.. hehe.. kepada yg tak sensitif dengan alam sekitar akan menonong je jalan ke depan utk sampai cepat...

kalau tengok gambar gambar dulu tanda penghujung benua hanya terletak di atas sebuah batu.. dan sebuah globe sebagai simbolik.. tapi bila kami sampai telah ada jeti .. globe di atas jeti.. sesuai utk menampung pengunjung yg ramai.. ada tempat duduk bagi yg penat berjalan dan menunggu giliran utk bergambar.. di depan laut seluas2 laut tanpa sempadan.. deretan kapal besar dan kecil.. nak kemana kapal2 tu? ke Malaysia atau ke negara jiran sebelah? entah tak dapek den nak jawab.. sape yg tau boleh tolong jawab..

puas bergambar berbagai aksi dan gaya kami perlu beredar beredar bagi can orang lain nak bergambar di tempat tu... semua yg dah sampai pasti tak tinggal peluang utk merakam mereka dah sampai ke penghujung benua.. macam org yg sampai ke puncak gunung... tapi sebelum balik nak juga dapatkan cenderahati ke buat hati ke oops buat tangan ke.. utk di bawa pulang tapi hampeh .. kenapa tak di beri peluang orang kampong sekitar mengusahakan produk produk pelancongan di tempat tu?? setiap pengunjung pasti nak bawa balik something utk di jadikan kenang2an.. orang muda Pontian, Pemuda kampong nelayan Kukup tak berhajat ke nak menceburkan dalam industri pelancongan..

yang jelas kelihatan kat sana kenyataan demi kenyataan untk memberi amaran kepada pengunjung.. jangan itu jangan ini.. seolah olah yg datang melawat orang2 yg tak bertemadun.. orang yg selalu menimbulkan masaalah... boleh guna ayat ayat yg lebih lembut utk mengajak masyarakat dan pengunjung sama sama memelihara alam sekitar.. dalam masa yg sama banyak sampah sarap yg tidak di kemas...

kan dah panjang lebar membebel.. hehe... siapa yg dah baca sampai habis tahniah... anda memang prihatin dengan alam sekitar.. selamat bercuti... yg lain2 gambar..bercerita