Tuesday, November 6, 2012

Skyfall

Assalamualaikum....


hari ahad lepas dalam renyai renyai hujan tu kami keluar juga ke Mid Valley.. .. sebab ada orang tu nak sangat tengok cerita ni..zino minta dia belanja la hehe.. kalau nak minta zino buat ulasan selari pasal cerita ni tak pandai sangat la... tapi setakat nak tulis sepatah dua patah perkataan tu ok juga la.. bila tengok cerita mat salleh ni hero dia memang lah hebat kan.. kena tembak.. jatuh dalam sungai lagi.. lepas tu rumah kena tembak bertalu2 guna helikopter tapi hero mana boleh mati kan.. hero la katakan..


peringkat awal cerita tu penuh dengan aksi.. hero mengejar orang jahat la kan.. memula dengan kereta lepas tu dengan motor last last atas keretapi  la pulak.. dan herion ni nak bantu (gambar heroin tak sesuai di tayangkan ) hehe.. bos dia kata tembak je jangan bagi lepas.. tapi dia kata tak boleh bahaya.. terkena hero kang hehe.. akhirnya dia tembak juga dan seperti di jangka kero yg kena .. tapi hero mana boleh mati kan hehe


banyak la action dalam cerita ni .. tapi rasa nya pelakon yg di perlukan dalam cerita ni tak ramai mana pun.. sebab tumpuan kepada watak hero dan krook je.. yg lain tu ada le tambah sana sini... kepada yg suka film action kira ok je lah.. tak terlampau ganas tak terlampau sx.. agaknya dah di cincang terlebih dulu kot.. cuma hero nya dah tua sikit.. tapi cerita ni perlukan hero yg cukup matang dan banyak pengalaman.. 

film ni agak lama juga la 2 jam duduk dalam panggung.. sejuk dan rasa nak terkucil je duduk lama lama.. tapi rasa nya berbaloi la kalau sesiapa nak pegi tengok... ada yg bagi 3.5 bintang je tapi zino nak bagi dia 4 bintang.. kenapa 4 ? entah saje nak ambik hati Bond tu hehe

sekian...

16 comments:

Zareda Norman said...

nak tgk jugak malam ni.. Nanti zar review yo..:-)

MOKCIK AZWA said...

wakaka..part kasi 4 bintang sebab nak ambil hati Bond tu yg tak tahan tu hahaha...

Unknown said...

saya tak tengok pun lagi

anyss said...

Assalamualaikum,

Ada orang ajak tengok jugak, tapi masih pertimbangkan. Bukan sbb mr Bond, tapi...orang yang ajak tu hu hu hu

Saya lebih suka Brosnan jado bond wpun dia lagi tua hu huhuhu

Yaya said...

huhu tak tengok lagik..nnt nak download lah haha

azieazah said...

Saya tak follow citer citer Bond ni, tapi ya.. saya juga suka Pierce Brosnan jadi Bond. Dia macho!

Nur said...

Lama juga ya ceritanya. Saya pun tak berapa ikut citer James Bond ni. TV pun skrang dok tunjuk james bond lama-lama, sejak zaman dulu punya. :)

zino said...

zar
dah tengok ke belum ni..?

zino said...

azwa
dia dah penat belakon kasi la lebih sikit hehe

zino said...

MSP
hujung minggu ni pegi la tengok..

zino said...

anyss
yg penting bukan nak tengok wayang tu kann ??

zino said...

Aleeya
ok gak tu hehe

zino said...

aziezah..
hero yg ni kureng sikit la.. hehe

zino said...

Yati..
zino pun tak tengok semua cerita.. bila ada kelapangan tu pegi juga la..

Kengkawan said...

andak g tgk kat tpt yg sama sehari sblm pakngah, kot tau, bole g sesama, hehe dgn harapan, dpt free jugak

zino said...

andaqk
kenapa tak cakap awal2 hehe