Saturday, November 28, 2009

jadi juga....



pada perancangan awal memang dah set tak nak balik kampong.. konon nya nak bagi ruang kepada fizah utk belajar.. masa balik kampong sebelum tu pun dah beri tau mak tak balik.. mak kata ok je.. tapi entah macam mana berlaku perubahan plan di saat akhir akhir... semua nya gara gara nak makan rendang ayam mak yg enak tu hehe..

mem pakat dengan kakak utk beritau uwan di kampong kami akan balik raya... zino ok je maka nya selepas sembahyang raya di surau belakang rumah kami bertolak balik.. ingatkan perjalanan lancar.. tapi dari Nilai ke Seremban jem... di tambah pulak dengan hujan lebat di hiway..tu.. tapi alhamdullilah kami selamat sampai ke kampong.. dalam perjalanan tu adik zino talipon rupanya mereka ada beberapa minit di belakang kami sedang mengharungi jem yg sama hehe..

se sampai di kampong.. kelihatan ayah telah pun dalam perjalanan ke masjid utk sembahyang jumaat.. dah jam 12.30 rupanya.. aku terus menuju dapur.. mak sedang makan.. aku pun terus tarik kerusi untuk joint sama tapi utk menikmati lemang dengan rendang ayam yg di idam2kan tu hehe.. satu dua tiga... empat.. opps cukup dulu masa utk ke masjid balik nanti sambung makan hehe..

selepas sembahyang jumaat di masjid berhampiran .. majlis makan makan pun bermula.. ayam rendang kampong mak menjadi pilihan ramai.. memang berselera nampak nya semua makan.. lepas tu makan lemang lagi.... aduhhh tak tahan perut aku... hehe mengah kekenyangan.. selepas berehat di serambi rumah.. sorang adik aku nak pergi bercuti di A Famosa.. sorang lagi nak balik awal sebab ada urusan.. dan aku ambil kesempatan nak berehat dulu.. sempat juga tidur sebentar.. tapi tak boleh lama juga.. fizah kata dah beberapa jam dia tak usik buku.. sebelum balik terima jemputan dari ipar di shah alam... makna nya balik ni terus ke sana..

perjalanan balik ke KL di sambut dengan hujan yg amat lebat.. dari kampong aku ikut jalan lama.. sampai di Taman Tungku Jaafar sebahagian jalan di tengelami air.. pada mulanya tak berani nak harungi nya maklum la aku guna kereta along.. nampak macam dalam je.. ikut berhenti dulu kat tepi tu..sehingga sebiji demi sebiji kereta meredah banjir tu.. bila agak confident baru lah aku meredah nya sama hehe..

hujan lebat sehingga lah hampir sampai ke shah alam.. jamuan lagi ......tapi aku dah tak larat nak makan.. masih lagi kekenyangan.. bila sampai semula ke BTR dah pun masuk magrib... sekian aktiviti raya kami seharian.. nasib la kampong dekat boleh decide bila bila masa pun nak balik..

bagaimana anda??


Thursday, November 26, 2009

salam aidil adha

kepada semua muslimin dan muslimat, selamat hari raya korban.. dan kepada kawan kawan yg balik kampong selamat balik kampong.. inshaAllah kami akan beraya di KL je tahun ni.. sebab anak dara tu masih dalam mood periksa.. dan kalau makan rendang kobau tu ingat ingat kan lah kami di sini hehe..

kabar nya raya korban ni lebih meriah di sambut di pantai timur, dan kepada kawan kawan yg nak balik ke kelantan atau trengganu, rancang perjalanan anda dengan bijak takut nanti anda tersangkut di mana mana.. maklumlah sekarang ni kan musim tengkujuh.. ada kawasan kawasan yang tidak boleh di lalui akibat banjir.. masa meeting petang tadi ada juga bertanya kawan kawan yg berasal dari kelantan.. dia kata walaubagaimanapun keadaan nya dia tetap nak balik kampong juga hehe.. bersemangat sungguh.. hehe

yang berada di Kl jemput la datang beraya ke rumah kami..

Tuesday, November 24, 2009

tak cuti ke??

petang tadi sorang kawan zino tanya.. tak cuti ke?
kata nya dia nak cuti ..
kami berdua ni kena lah bergilir utk cuti ..
kalau dua dua cuti haru jadi nya nanti kecuali cuti raya.. hehe
oops ni cuti raya la ni.. ok tak pe.. cuti raya kali ni saya tak cuti..
so dia boleh ambil cuti berapa lama dia nak..
oops jangan le lama sangat..
tak lama seminggu je...
ok lulus.. oops bukan lulus..
bos yg akan luluskan..
makna nya saya akan cover

dan saya kata nak cuti hujung tahun...
ok.. dia pun setuju..
so semua nya bisa di atur...

anda semua bagaimana???
tak cuti2 malaysia he

Sunday, November 22, 2009

sarapan pilihan anda??

ini pilihan abah..

dan ini pilihan adik...

juga yg ini.... pilihan adik..

apa pilihan anda? hehe

Saturday, November 21, 2009

berita sabtu...

bermula awal pagi.. kami ke pasar tani segambut.. kat situ je yg ada pasar tani utk daerah kuala lumpur.. walaupun agak jauh tapi semua keperluan ada di sana.. tapi kami bukan nak memborong segala nya mem nak cari daging segar je..

sekejap balik dari pasar tani mem nak beli kari kepala ikan mamak pulak.. sekali lagi keluar kali ini ke jalan kg atap... dulu tempat mamak ni berniaga di kenali gerai kari kepala ikan bawah pokok.. kerana asal nya mamak ni berniaga di bawah pokok je dan pelanggan nya melimpah ruah.. sekarang dia dah ada restoren tapi masih mengekalkan satu ruang di luar restoten tu.. kat luar tu yg ramai orang makan hehe...tapi heran sungguh kenapa mamak je yg boleh berniaga kari kepala ikan?? tak pernah dengar pulak gerai atau restoren melayu jual benda alah ni.. bukan nya murah.. mahal !! kalau zino sure tak jadi beli.. hehe

kemudian kami sempat menghadiri majlis kenduri kawin staff di komplek belia ceras.. bila datang ke tempat tu teringat stadium badminton ceras.. tu bangunan tu zino terlibat secara langsung masa pembinaan nya bertungkus lumus utk menyiapkan nya sebelum sea games.. memang tension habis, selalu bergaduh dengan kontraktor hehe..

petang tadi sekali lagi keluar, kali ni ke mid valley.. lama sungguh tak datang ke sini.. itu dia ribuan manusia melimpahi setiap ruang... pelancong pun ramai.. di money changer pun ramai yg beratur agaknya nak tukar RM.. along nak beli keperluan sebelum terbang pagi esok.. dia dah cari merata tempat tapi masih tak jumpa .. akhirnya ada jodoh di mid valley.. dalam pada tu adik terpekenan dengan sebuah beg.. kata nya beg sekolah adik.. abah pulak beli sandal.. kalau tak ke mana pergi pakai selipar jepun je.. aiman tak kisah tapi mem selalu tegur hehe..

so anda ke mana pulak??

Friday, November 20, 2009

food poisoning....

rasa macam tak boleh pegi kerja hari ni....
keracunan ...
makan apa semalam ya...

bos..
minta maaf
saya ter MC hari ni..

Wednesday, November 18, 2009

kejutan adik..





sebagaimana yg di janjikan semalam hari ni mari kita ikuti cerita seterusnya pasal adik .. di lihat sekali lalu stail adik belajar sama macam alang masa sekolah rendah dulu.. kalau alang dulu bila di suruh baca buku mula lah dia buat benda lain, asah pensel la , usik itu usik ini asalkan jangan tidak membaca buku.. akhirnya ngantuk dan tidur.. kalau di tegur lebih dia akan duduk di sudut mana mana moncong sambil peluk tubuh.. hehe

stail alang di ikuti rapat oleh adik.. setiap kali di suruh baca buku dia pun mulakan aktiviti lain selain baca buku.. kalau di tegur lebih sikit terus moncong dan jangan harap dia nak usik buku lepas tu.. sama kan macam alang hehe..

alang memula sekali buat kejutan masa tahun 4, mendapat keputusan yang memberansangkan sehingga mendapat anugerah di hari penyampaian hadiah kerana peningkatan mendadak.. kalau hafizah setiap hujung tahun dapat hadiah, alang itu lah sekali dia naik pentas masa sekolah rendah.. tapi bila sekolah menengah alang tak menoleh ke belakang terus membuat kejutan demi kejutan..

adik masih enjoy zaman kanak kanak dia.. leka bermain tak ingat benda lain.. nak tidur masih nak bertepuk.. abah yg baik je sanggup layan.. bila di tanya adik bila exam? dia tanya balik, exam tu apa abah?? hehe.. itu lah anak abah.. tapi sebagaimana alang adik juga nak buat kejutan.. dua hari lepas, adik tunjukkan reportcard dan surat jemputan dari sekolah.. supaya hadir hari ni di majlis anugerah.. memang mengejutkan bila dia dapat no.3 , walaupun markah yg di perolehi tak boleh lagi lawan kakak, tapi buat adik itu satu pencapaian yang cukup memberansangkan... so zino terpaksa tepis ( arah orang lain pegi hehe) semua mesyuarat yg ada supaya dapat hadir ke majlis anugerah adik..memberi sokongan moral..

tahniah adik.. semuga terus mencapai kejayaan di tahun tahun akan datang.. amin

Tuesday, November 17, 2009

tiga dalam satu....

kisah adik..

pagi tadi adik ada rehearsal di sekolah kena datang pagi.. kiranya adik juga boleh buat kejutan.. esok kita akan tau apa kejutan adik.. cerita adik akan bersambung esok.... hehe suspen tak? hehe

kisah kakak..

esok kakak akan memulakan perjuangan , SPM.. semuga kakak dan seluruh pelajar yang akan menghadapi peperiksaan yg sama akan berjaya dengan cemerlang.. marilah kita panjatkan doa utk kakak dan rakan seperjuangan nya...

kisah alang..

selamat hari lahir alang, semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan... oleh kerana abah dia balik lambat (selalu) siang siang mem dah tinggalkan pesan dengan alang untuk beli kek dan ayam nando utk sambut birthday.. langsung tak ada surprise.. hehe jemput makan semua... hehe



Monday, November 16, 2009

Plan B

Khidmat masyarakat

MUAR 14 Nov. - Bermula dengan pengambilan akhir tahun ini, individu yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara dan denda.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, hukuman baru itu adalah selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang dikuatkuasakan 1 November lalu. "Akta Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2009 ini akan bermula bagi panggilan kemasukan pelatih Kumpulan 1 Tahun 2010.

hafizah kata nama dia tak tersenarai dalam PLKN.. pasal tu cepat cepat dia sediakan Plan B.. belajar kereta.. hehe alang dulu pun tak kena PLKN.. juga guna plan B.. tapi bila fizah nak minta belajar motor sekali terus mak dia cantas.. kereta je boleh motor tidak sama sekali.. tak apa lah fizah.. bila sampai masa nanti minta je dengan mak tu downpayment nya hehe..


Saturday, November 14, 2009

hujung tahun yg sibuk..

sepatutnya bila dah nak hujung tahun masing masing dah sibuk nak menghabiskan cuti dah merancang kesana ke sini .. ada yg dah buat plan nak melancong dan melencong.. tapi kat opis zino tu macam tak geri tak rede terasa semakin banyak benda yg nak di buat usik ini tak kena colek itu tak kena .. banyak sangat yg nak di cokau dalam masa yg pendek.. hari hari balik lambat hari hari berkejaran.. dalam bilik fail bertimbun.. lambat di urus timbunan semakin tinggi .. aduhai..

boss den nak cuti cam mano ni?? loteh dah ni... hehe

Wednesday, November 11, 2009

cakap terbalik...

masa kecik kecik dulu.. bukan la kecik sangat tapi lebih kurang masa budak2 dulu.. kami ada cara sendiri untuk berkomunikasi dengan kawan kawan.. konon nya cara rahsia utk berhubung.. tak tau le anda semua pernah tak melalui zaman tu.. utk lebih paham cuba baca cerita seterusnya..

dapa sama itu maki ubah suai pertakaan suyapa mendaji terlabik supaya orang lain kusar utk hapam.. setiap laki berpumja itu lah raca maki berkacap.. tak tau siapa yg lumakan ludu dan kaedah komunisaki ni berhatan mala di kalangan kami..


oops cukup la tu ada paham la... pernah tak bercakap dengan cara tu.. kalau yg paham boleh translate.. hehe..

Saturday, November 7, 2009

kerajaan cepat lah bertindak..

Salam..

Yg amat berhormat Perdana Menteri, Yg berhormat2 menteri dalam negeri, menteri pelajaran, menteri pengajian tinggi ,menteri luar, menteri kewangan, menteri penerangan, menteri wanita dan kesemua menteri.....

Selepas mendengar berita di buletin jam 8 sebentar tadi tergerak utk saya menulis surat ini.. perkara ini sebenar nya telah banyak di tulis , telah banyak di bahaskan, telah banyak di perkatakan.. telah berulang kali di sebut sama ada di media masa , media elektronik, di blog blog, di facebook dan sebagainya.. tetapi masih tidak nampak sebarang tindakan konkrik yang di ambil oleh kerajaan.. masih tidak ada dasar jelas berkait warga asing ini..

tidak tergerak ke? di hati tuan puan bila mendengar berita sebentar tadi ,bila gadis melayu mengakui mudah terpengaruh dengan pak itam kerana wang dan sex.. siapa yang akan menyelamatkan gadis gadis melayu ini kalau tidak kita ?, kalau tidak kerajaan yang mempunyai kuasa utk mengekang perkara yga amat menyedihkan ini.. berapa ramai lagi anak gadis malaysia terutama melayu yang akan telah terperosok di penjara penjara luar negara akibat di TIPU warga asing .. berapa banyak lagi kes kes jenayah yang akan berlaku di sebabkan mat itam ini ..perkara ini di lapur saban hari di media media..

tidak ada guna kita menambah anggota keselamatan untuk mengawal keselamatan rakyat malaysia kalau kita tidak menyelesaikan di punca nya.. tidak guna kita menghabiskan wang berjuta ringgit untuk mengawal sempadan negara sekiranya kita tidak menyekat kemasukan warga asing menggunakan paspot pelajar tetapi membuat seribu satu masaalah dalam negara...

menteri pelajaran dan menteri pengajian tinggi, tolonglah kaji lah semula dasar kemasukan pelajar warga asing di malaysia.. terutama pak itam dari afrika dan arab.. menteri dalam negeri tolong lah kaji semula dasar kemasukan warga asing tanpa visa .. perketatkan peraturan.. sehingga di kampong2 tidak lagi tenteram.. gangguan dan kebanjiran warga asing sungguh membimbangkan.. menteri penerangan teruslah mendedahkan keburukan yang dilakukan warga asing ini supaya anak anak tempatan tidak mudah terpengaruh, terjebak dan hanyut dengan pujukan warga asing yg hanya mengambil kesempatan atas kelemahan iman anak anak gadis ini.. menteri wanita lakukan sesuatu utk menyelamatkan anak anak gadis yg hanyut ini.. amat sedih kejadian ini yg telah kerap kali di lapur tetapi kita membiar kan nya bagitu saja menteri kerajaan tempatan.. buat lah sesuatu ubah la segera dasar berkaitan dengan dasar kebenaran membina pusat pusat hiburan yg se olah olah tidak terkawal ini.. masalah sosial berleluasa ... sedangkan kuasa utk mengubah nya ada di tangan kita..lain lain menteri bergabung lah .. fikirkan lah keselamatan dan kesejahteraan rakyat malaysia terlebih dahulu..

Yg amat berhormat PM.. lihat lah apa yg berlaku.. gerakkan semua menteri berkenaan ..jadikan perkara ini KPI kepada menteri menteri mengikut bidang masing masing.untuk menjadikan matlamat akhir kesejahteraan rakyat malaysia di utama kan... kami amat risau dengan apa yg berlalu.. jangan kerana nak menjadi juara negara membangun, jangan hanya kerana sifat keterbukaan kerajaan , jangan hanya kerana populariti dan imej kita menggadaikan maruah anak gadis dan menghancurkan institusi kekeluargaan dalam negara kita..

bak kata pepatah melayu, kera di hutan di susukan anak sendiri mati kelaparan.. kuman seberang laut nampak gajah di depan mata tidak kelihatan.. jangan sampai terantuk baru nak tengadah..dan jangan sampai nasi menjadi bubur...sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.. di sebabkan se ekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit..sedar lah bangun lah wahai Yg berhormat sekelian...

sekian terima kasih....

Friday, November 6, 2009

ok lah biar zino jelaskan


Blogger lupekanje said...

kebarangkalian tu ada. Apabila ada mnusia yang menggunakan pengaruh yang ada untuk mncapai hajatnya, maka ianya menimbulkan masalah kepada pembuat keputusan kerana terpaksa melanggar dasar atau syarat2 yang ditetapkan...atau mereka akan ia susahkan...dgn pengaruh saudara mereka itu...kira mcm ugut guna pengaruh le..aper kes..?


Orang-orang ini adalah orang yang selfish..memntingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
err..betulkan??

betul.. tapi orang macam ni tak kisah orang lain asal hajat tercapai..

November 6, 2009 6:31 AM

Blogger KAMATO said...

yg penting telus dan tak ada kepentingan peribadi, insyallah selamat

mudah2an macam tu la..

November 6, 2009 7:55 AM

Blogger KAKTINY said...

kerja ngan org besar2 ni mmg nampak sgt penggunaan 'pengaruh' tu di mana2...

sebagai 'org kecik', selalu tertanya.. nanti di 'sana' nanti, dpt tak guna pengaruh utk melepasi 'titian' itu dan semudahnya memasuki 'alam' itu?..

bersyukur sgt jadi 'org kecik' yg takyah guna 'pengaruh' - walaupun berada bersama2 org2 yg 'berpengaruh'.. hhihi..

orang kecik senang kerja pengaruh tak ada kuasa tak ada ..

November 6, 2009 8:23 AM

Blogger MA said...

ok, bab ni I kurang faham sikit.

Jika A itu ada "pengaruh" - which I kurang faham takat mana/apa pengaruh itu; what is the worse thing that can happen kalau taklimatnya ditolak, samada secara telus mahupun diplomasi?


Kalau dah sah-sah, based on technicality, dapat di tentukan bahwa dia memang tidak layak mendapat job itu, kenapa pulak kena takut (read:berdiplomasi) kerana penolakan itu berdasarkan merit bukan.


Dan jika katakan, ditolak dan A tidak puas hati dan mempergunakan pengaruhnya, apa yang bakal dilakukan/berlaku kepada pegawai kecik/besar?


Maaf, but I really tak faham, kenapa perlu takut?

memang payah nak paham sebab cerita nya pun kurang jelas.. banyak sangat yg tersembunyi.. semua nya di lakukan atas faktor keselamatan.. secara teknikal memang dah boleh tolak.. tapi biar lah penolakkan dari peringkat yg boleh membuat keputusan muktamat , pihak pegawai kecik hanya menyediakan segala maklumat yg perlu..

sepatutnya tak perlu takut, kita di pihak yg benar tapi dalam dunia koporat ni perkara2 yg tak patut berlaku boleh berlaku.. yg penting jangan melibatkan pegawai kecik yg berusaha berkidnmat dengan jujur dan ikhlas..

November 6, 2009 10:35 AM

Blogger ~mrs azmi~ said...

isk pening.. pengaruh... pegawai kecik sampai pegawai besar... adeh.. susah kan? nak reject proposal org berpengaruh ni...

pening..ke.. matlamat memang nak rejek tapi kena cara yg betul supaya dia tak datang mengganggu lagi.. dan biar pihak yg berhak buat keputusan.. yg kecik ikut je..

November 6, 2009 11:09 AM

Blogger Ada Ayrissa said...

mcm bagus je kan?
huh.....

gaya je nampak bagus.. tapi tak bagus langsung hehe

November 6, 2009 11:10 AM

Blogger atty's said...

macam2 kan ..ni salah guna pengaruh..

pengaruh juga merupakan ujian dari allah.. nak tengok bagaimana kita menggunaka nya..

November 6, 2009 12:37 PM

Blogger cHeRyNa PiReS said...

orang tua sha selalu pesan, guna pengaruh nieh kesan dia tak lama. mula dapat. besok2 dah susah nak dpt. macam guna ilmu itam gak...

betul

November 6, 2009 12:42 PM

Blogger sI tEDI said...

pengaruh sama dengan suap tak?

aku x berapa paaham lah

tidak melibatkan suap menyuap.. pengaruh ni macam nak paksa kalau tak dapat siap kena kerjakan.. macam tu lah lebih kurang..

November 6, 2009 2:10 PM

Blogger Dee said...

berbelit2..tp mmg org suka gunakan pengaruh utk dapatkan sesuatu..

memang kena di belitkan supaya orang berkaitan tak berapa nak paham.. hehe

November 6, 2009 3:55 PM

Blogger Mak Su said...

ese ni, kocik pun iyo, bosar pun iyo... all in one

lagi hebat hehe

November 6, 2009 5:49 PM


Thursday, November 5, 2009

pengaruh....

kalau kita nak menguasai apa benda pun lebih mudah kalau kita ada pengaruh.. atau dapat menggunakan pengaruh.. kepada orang lain..dengan pengaruh kita boleh dapat business, dengan pengaruh kita dapat pangkat, dengan pengaruh kita boleh dapat ada saja yg terfikir.. caya tak??

Dalam satu negeri ni.. seorang pegawai kecik sedang berhadapan dengan kerenah seorang yg cuba menggunakan pengaruh dia untuk mendapat peluang perniagaan dari tempat tersebut.. nak senang cerita kita panggil dia A ya tuan tuan.. satu hari tu si A datang ke pejabat hendak berjumpa pegawai besar .. masa tu pegawai besar agak sibuk maka so dia kata kita bincang kat luar je lah tak payah masuk bilik.. makna nya perbincangan telus mulus semua orang boleh dengar.. tapi si A dengan lagak seorang VVVVVIP terus sergah ... menggunakan ayat yg power power.. dengan cerita yg gah gah belaka....

Dia tak puas hati.. dia pegi pulak kacau pegawai yang terbesar... pegawai ni pun malas nak layan dia minta pulak bos kepada pegawai besar tadi layan.. dan rejek proposal dia secara teknikal.. makna nya beri muka dulu lepas tu baru rejek hehe.. ini adalah satu kerja yg sangat rumit.. berbelit2 kan hehe.. asal orang yg baca jangan di belit sudah la.. so kita pendek kan cerita..

maka pegawai kecik pun atur lah satu taklimat kepada bos pegawai besar ni.. si A pun datang dengan satu rombongan yg nampak macam bagus je.. bila start beri taklimat ternyata si A abuk pun tak tau.. taklimat pun berterabur.. lintang pukang.... alasan pegawai teknikal berada di luar negara, notis yg di beri pendek dan seribu alasan lagi la.. bos pegawai besar terpaksa juga guna diplomasi dengan si A ni akibat pengaruh yg dia ada tadi.. agaknya kalau orang lain dah tentu kena halau keluar...si A minta nak bagi taklimat sekali lagi..

baru baru ni pegawai kecik aturkan supaya si A dan kuncu2 nya datang bagi taklimat di pejabat .. seperti di jangka.. taklimat yg biasa je tak ada sesuatu yg baru yg boleh di ketengahkan.. langsung.. tapi sebab pengaruh si A yg amat sangat .. kena juga lah pegawai kecik ni belakon apa yg patut.. beri ulasan yg mana patut.. supaya dia boleh dapat buat persembahan lebih baik di depan bos pegawai besar.. tapi harapan semua bos baik yg kecik mau pun besar sehingga paling besar.. nak rejek cara diplomasi.. kenapa perlu diplomasi...??? sebab si A ada pengaruh yang sangat hebat.. tapi betul ke hebat ?? entah.. tapi kalau memang betul ada haru biru nanti.. tak boleh ke bagi je kerja tu kat dia....?? tak boleh, dari taklimat yg di beri dia tak tau apa langsung.. tunggang langgang di kerjakan nya nanti sape yg susah.. pegawai kecik jugak yg susah ...

itu lah pengaruh "pengaruh"... nasib baik pegawai kecik ni ada bos kepada pegawai besar yg tegas dan tak peduli pengaruh apa melanda.. pada dia kerja mesti ikhlas, telus, samarata, adil, berani, no play play.. tegas, consistent dan sebagai nya... mari kita sama sama berdoa agar semua pegawai dari kecik hingga terbesar terhindar segala segala bahaya akibat tidak terpengaruh dengan pengaruh yg cuba di kenakan.. dan boleh membuat keputusan yg adil kepada semua.. amin..

itu lah kisah dia... agak2 paham tak.. kalau tak paham pun tak ada tak ada pengaruh yg datang utk memaksa tuan/paun supaya mesti paham hehe..

Tuesday, November 3, 2009

anda soal saya jawab


Blogger silversarina said...

Memang nampak mudah untuk dibawa dan digunakan .

mudah dan ringan... boleh pelbagai guna

November 2, 2009 6:08 AM

Blogger Tie said...

Ooo... Tie pun ada tu, beli kat Giant, lama daa.... ada dua. Tapi Tie guna dlm rumah atau pun bila nak rehat kat luar. Orang kata kerusi memancing. Tie punya simple je.. warna hijau.

kegunaan utk keperluan masing masing.. hehe

November 2, 2009 7:45 AM

Blogger Zyma Saad said...

Kerusi lipat......aku sgt suka.
Boleh dilipat dan dibawa ke mana2 shj. Huhuhuhu.....

**Ko pandai lipat kain tak??? :)
Soklan cepu mas.

bukan setakat kain lipat orang pun pandai hehe

November 2, 2009 9:15 AM

Blogger cHeRyNa PiReS said...

ini sesuai kalau nak dibawak gi mancing. senang je nanti leh dok sambil tunggu ikan:)

sesuai tu... suka mancing ke?

November 2, 2009 9:43 AM

Blogger Abang Long said...

Saudara Zino.

Tolong berikan sedikit info:
1 - Berat. amat ringan kurang dari 1 kg kot..
2 - Nama brand. tak ada brand...
3 - Harga. di masjid tanah RM 30.00 je
4 - Lokasi produk. zino beli di kedai perabut masjid tanah..

TERIMA KASIH.

November 2, 2009 9:44 AM

Blogger Tabib Haji Norjae said...

Begitulah kehidupan ini ya ?

bagitu lah nampak nya...

November 2, 2009 9:45 AM

Blogger ez said...

emm..mudah dan ringkas la..ehhe

betul betul..

November 2, 2009 10:55 AM

Blogger MOKCIK AZWA said...

camni ropenya kerusi lipat tu...berguna juga nie...nak carik satu...

cepat cari sebelum kehabisan hehe

November 2, 2009 11:36 AM

Blogger Yunus Badawi said...

Berapa harga tu?

sila rujuk jawapan di atas.. hehe

November 2, 2009 11:37 AM

Blogger Masy said...

mcm2 angle gambau tu hehehehe

supaya nampak jelas dan terus boleh buat pilihan dengan bijak hehe

November 2, 2009 11:46 AM

Blogger KAKTINY said...

okeh.. kalau uncle zino jadi pengedar.. jgn lupa publish.. nak order satu.. hihihi

kalau oder banyak boleh jadi pengedar ni hehe

November 2, 2009 1:09 PM

Blogger aNIe said...

OOh...gitu rupanya kerusi tu ye...kat mana tu Zino? Teringin nak cari satu buat mertua...sebab kalau kat rumah pun dia bersolat di atas kerusi...

nanti balik melaka singgah Masjid tanah.. hehe

November 2, 2009 2:41 PM

Blogger KAMATO said...

ni kalau bawak pegi mancing bagus ni....

sesuai.. hehe

November 2, 2009 3:30 PM

Blogger Mak Su said...

nmpk selesa dan mudah nak digunakan/disimpan

boleh selit kat mana mana je hehe

November 2, 2009 6:02 PM

Blogger ^ez^ said...

owh..camtu rupanya.ez pon tertanya2 camne rupa kerusi yg uncle cakap tu..hehehe..

yg kabur dah jelas kan hehe

November 2, 2009 7:58 PM

Blogger DeeN said...

Saya punya ada satu, tp takde tempat sandar. Lenguh jugak. Yang Uncle tunjuk neh cam best jer. Cam kerusi Pengarah kat lokasi plak. Hehehehe!!

nak arah cerita apa hehe..

November 2, 2009 9:55 PM

Blogger Zareda Norman said...

kerusi perlbagai guna ni

tepat..

November 2, 2009 10:15 PM

Blogger tulipurple said...

saya pun nk gak satu..bila nk start jadi pengedar nie bro?

kalau balik kampong lagi boleh singgah beli.. mungkin kat KL pun ada kot..

November 2, 2009 11:09 PM

Blogger Adry said...

tahan ke bro... kang aku duduk terus patah plak...

alah kalau jatuh pun rendah je hehe

November 3, 2009 4:04 AM

Blogger Noli said...

comey..hehe
bape kilo max leh duduk?

belum buat ujian lagi.. nak cuba boleh la..hehe