Sunday, February 28, 2010
kisah hujung minggu..
Friday, February 26, 2010
masak lomak cili api..
Wednesday, February 24, 2010
nak cerita apa ya..
Sunday, February 21, 2010
woksop
Friday, February 19, 2010
apa kata anda??
KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 18 Feb. – Perjalanan Datuk Solah Mat Hassan dari kampungnya di Kota Bahru ke Kuala Lumpur semalam digunakan sepenuhnya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu untuk mengintip pergerakan pemandu-pemandu yang biadab.
Dengan menggunakan kamera digital sambil dibantu anak perempuannya, beliau berjaya mengesan dan menangkap gambar 93 kenderaan yang melanggar kesalahan lalu lintas.
Tegas Solah, semua pemilik kenderaan berkenaan akan dipanggil untuk proses temu siasat sebelum dikeluarkan saman.
‘‘Saya terserempak dengan pemandu kenderaan persendirian yang bersifat seperti orang yang tidak berpendidikan dengan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan cermin gelap.
apa kata JPJ buat tawaran kepada orang ramai merakamkan aksi pemandu di malaysia ni terutama di KL .. bagi sedikit saguhati kepada setiap video clip yg dihantar.. baru boleh dapat gambaran sebenar sikap pemandu malaysia ni.. kalau kat KL ni pun boleh dapat beratus2 kesalahan..
anda setuju tak ? .. hehe
Wednesday, February 17, 2010
selamat hari lahir ayahbonda
Tuesday, February 16, 2010
aksi si Arifah...
Untuk di fikirkan...
Valentine, Facebook dan arak
rencana@kosmo.com.my
NAMAKAN apa sahaja - Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh negara pada malam 14 Februari lalu.
Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun. Setiap tahun, inilah yang berlaku. Dalam Ops Valentine pada kira-kira pukul 6 pagi, 14 Februari lalu, seorang anggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitar Klang, Gombak, Kajang dan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasan taman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turut menjadi tempat lokasi serbuan.
Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook. Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook. Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.
kisah selanjutnya boleh le baca dalam ni
.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm
apa pandangan anda??