Tuesday, February 16, 2010

Untuk di fikirkan...

Valentine, Facebook dan arak

NAMAKAN apa sahaja - Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh negara pada malam 14 Februari lalu.

Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun. Setiap tahun, inilah yang berlaku. Dalam Ops Valentine pada kira-kira pukul 6 pagi, 14 Februari lalu, seorang anggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitar Klang, Gombak, Kajang dan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasan taman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turut menjadi tempat lokasi serbuan.

Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook. Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook. Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

kisah selanjutnya boleh le baca dalam ni

.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

apa pandangan anda??

11 comments:

Yunus Badawi said...

Setuju. Kena selaraskan undang2 ikut perkembangan semasa.

Kenapa yg kena serbu hotel bajet aje? Hotel mahal pun mungkin ramai jugak yg buat maksiat.

tunbegia said...

sungguh memualkan,

salamm,

adie said...

yb,hotel mahal payah nak serbu kut.

yg penting skang,seme ibubapa perlu jaga anak masing².

Kak Elle said...

apa nak jadi dgn masyarakat sekarang....

DrSam said...

ibu bapa yang cuai tanggungjawab menjaga anak masing-masing pun patut kena serbu dan sergah juga. Takkan malam-malam buta anak tak balik rumah pun tak ambil pot.

KAMATO said...

Gejala sosial masa kini memang merunsingkan

aNIe said...

Setuju sgt dengan apa yang disarankan itu...tapi masalahnya selalunya diorang ni buat operasi tersebut ikut musim...serta hangat2 tahi ayam...

cikMilah said...

ada pulak kes bila kena pencegahmaksiat dah tangkap; ada pulka pihak yang bela perlakuan mereka tu, atas dasar kebebsan individu. Mmg tak terbendung melainkan kita taman akhlak dan iman pada anak-anak sendiri. Nauzubillah, semuga anak cucu dan keturunan kita terhindar dari gejala ini

Zareda Norman said...

dunia akhir zaman...

Pak Ngah: said...

:: salam.. ruang dan peluang untuk tersasar terbuka luas kini.. apa2pun bergantung kepada setiap individu.

:: biasanya penguatkuasaan oleh pihak2 tertentu lebih bercorak musiman.. bermusim.. dan bagai hangat2 air suam, cepat benarnya menjadi sejuk gedinya.. alasan standard adalah kekurangan staff.. wallahu'alam..

Mak Su said...

hhmmm, oohh, bekepit?

nanti eden nak taruh gambar eden berkepit plaks kat facebook ler.... hehehehe (gelak macam evil)