Saturday, June 26, 2010

dinner..

Malam tadi zino mewakili bos untuk hadir kesatu majlis dinner, meraikan mantan ahli lembaga penasihat yg telah bersara dan mantan pengarah dan timbalan pengarah yg telah bersara atas pilihan sendiri.. oleh kerana bos dah bagi tau pihak urusetia sebelum maklum kat zino maka tak boleh lah nak mengelak hehe..nama resort tempat dinner tu memang familier dan famus tapi zino tak tau kat mana letak nya di dunia lembah klang ni.. so minta la driver pastikan dulu tempatnya.. takut tersesat mencari..

Memang sah tempat tu jauh dan perjalanan untuk sampai ke sana (kalau tak tau laluan altenatif) memang merupakan satu cabaran.. tambahan pulak semalam jalan menuju ke tempat tu sangat jem..tempat tu terletak di Mutiara Damansara sana tu.. LDP jangan cakap la.. ada yg kata macam lihat larva gunung berapi lampu break kereta sepanjang jalan tu hehe... kebetulan semalam tu zino ada meeting di Putrajaya.. maka nya tak sempat la nak balik rumah.. lepas meeting balik ke opis tukar baju dan terus ke Mutiara.. perjalanan kami lancar sebab driver dah reky tempat tu dulu.. dia gunakan laluan altenatif supaya tak terperangkap..

ada yang bersara awal kerana keluarga, maklumlah bila bekerja di tempat kami ni tak tau siang dan malam, dalam ucapan balas salah sorang manta timbalan tu, dia kata semasa bekerja di sana dia tak dapat tengok matahari hehe.. keluar kerja masih gelap balik kerja pulak dah gelap.. hehe.. sentiasa bekejaran untuk mencapai matlamat dan menyiapkan setiap tugasan yg di berikan.. sampai satu peringkat.. enought is enought.. ada juga yang bersara kerana tak dapat menyerap pressure yang di bebankan.. rasa macam tak berbaloi dan setimpal denga apa yang di perolehi.. dari memening kan kepala dia membuat pilihan untuk bersara awal.. kepada mereka semua selamat bersara..

ramai yg komplain, tempat dinner ni terlalu jauh dan di buat pulak pada hari bekerja.. ada yg boleh datang dan ada juga yang tidak dapat datang.. tapi zino nak comen sikit tentang tempat solat resort yang gah ni.. pasti pemilik nya bukan islam.. kalau dia islam maka dia tak apa jiwa .. kemudahan solat untuk orang islam di sedia ala kadar je .. rasanya pengungjung nya ramai orang islam ..bila zino tanya di mana bilik solat , maka petugas tunjukan arah di level bawah.. tak nampak pun signage surau ke apa sehingga lah dah hampir ke tempat tersebut.. kepada pengungjung regular mungkin tak jadi masaalah.. untuk mencari.. bila sampai di bilik di maksudkan tertulis di pintu.. "buka pintu perlahan lahan" bilik ni terletak di dalam bilik persalinan lelaki.. dan ruang solat amat kecil, hanya muat utk 5 orang je utk berjemaah..patut di beri peringatan buka pintu perlahan2 kalau di buka laju silap hari bulan terlanggar jemaah yg sedang solat..

lain kali jangan la buat function ke tempat macam ni.. langsung tak mesra pengguna..langsung tak prihatin dengan keperluan pengunjung nya..

3 comments:

anymz said...

bila tiba bab bilik solat ni,saya puji bilik solat hotel allson klana sbn..sy tak tau bilik lelaki tapi ruang solat wanita nya mmg best..tmpt ambik wudhu' dan bilik solat mmg takde cacat cela nya...
luas dan aircond sejuk..rasa nak dok lama2 dlm tu.hehe

cHeRyNa PiReS said...

sha ingat masa malam graduation di palace of golden horses...mmg di level bawah tpt solatnya...tp kami dpt solat dengan selesa sebelum pergi hepi2 dengan kawan2;)

kadang2, bila tpt tak selesa...org takmo dtg. diorg tak fikir tentang tuh. mungkin dia rasa, kerugian dek org yang bersolat tak dtg tu kecik agaknya...

MOKCIK AZWA said...

yeap...lenkali nak pilih tempat dinner pilih la tempat yang mesra alam...macam AGM kami tempoh hari...buat kat Istana Hotel..hari jumaat...huiii...siapa yg nak datang dinner chose not to attend the meeting...

tapi Istana hotel tu ok jer tempat solatnya, cuma lokasi tu tak sesuai

sebut pasal tempat solat...nak tegur sikit tempat solat di LCCT...tempat solat dah lawa tapi kain sembahyang takder...mgkn ada yg bawa balik kut lepas solat tu...