Thursday, August 6, 2009

jangan panik..??

H1N1: Jangan panik tetapi jaga kebersihan diri

BANDAR SERI BEGAWAN 5 Ogos - Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing berikutan empat kematian terbaru yang dilaporkan hari ini akibat virus selesema babi atau influeza A H1N1.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, apa yang penting, orang ramai perlu tahu menjaga kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika mendapat selesema atau simptom yang berkaitan.

Katanya, pada masa yang sama apa yang membimbangkan ialah keadaan berjerebu ketika ini yang memungkinkan penularan wabak tersebut.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi," katanya pada sidang akhbar di sini petang ini.

Beliau yang turut serta dalam lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sini sejak semalam berkata, tiga kematian yang dilaporkan di Melaka turut disebabkan komplikasi lain termasuk asma, masalah paru-paru dan buah pinggang.

Tiong Lai sekali lagi menyenaraikan golongan berisiko tinggi iaitu wanita mengandung, obesiti, asma, diabetis, imuniti rendah, sakit jantung dan kanak-kanak yang mengalami gejala saluran pernafasan.

mari lah kita mengambil langkah yg perlu untuk mengelak dari di jangkiti penyakit ini , dan cepat cepat berjumpa Doktor sekira mendapat simpton berkenaan..

20 comments:

pB said...

salam,

pB said...

Nurin , Aqilah dan Arifah sekarang batuk batuk..

Aqilah dah 3 minggu tak hilang hilang

ZARA 札拉 said...

tadi news kata ada wabak baru~

huhuhu~

Dee said...

kdg2 doc plak yg kata ok je ni..demam biasa..xde apa2..hmm...

Jard The Great said...

huhuhuh.. asalkan demam skit.. nk kena jumpa doktor terus.. kan?

noorlara said...

lom panik tapi kalu sume negeri dah ade pembawa dan pesakit selsema babi tu, masalah le jugak, nak pakai topeng bila ke shopping kompleks atau ke pasar malam bimbang ade yg meluat nengok kita, ish ish semoga Allah selamatkan kite semua

cikMilah said...

Kat ofis ni .. ada 6 orang,4 orang batuk-batuk tapi degil tak nak pakai mask;walaupun Industrial Nurse bagi mask kat depa. So kita orang berdua yang tak batuk ni, ambik dan pakai mask tu! Dah 2 hari kita orang jadi masked rider!Boleh gitu?

Abang Long said...

Bagus wahai Saudara Zino.

Tanggungjawab kita sesama penulis blog ialah untuk MEMBERIKAN AMARAN kepada sahabat kita tentang bahaya wabak ini.

suhaila-ab said...

ye la..aku pun seram gak ngan penyakit ni...

xiiinam said...

...dan kepada yang masih menjadikan isu ini sebagai bahan lawak jenaka slapstik...

...sudah-sudahlah tu....


Ini bukan hal main-main.....

Kak Elle said...

zino dah sampai ketahap yg tinngi tak lama lagi akan surut lah H1N1 ni.

zino said...

pB
hazwan pun masih batuk2 lagi..

zara
macam2 wabak yg melanda..

Dee
jangan ambil mudah..

jard
perlu..

norlara
pedulikan mereka kita buat apa yg terbaik..

cikmilah
yg sihat perlu guna..

abanglong
saling ingat mengingatkan..

su
patut seram..

cklah
ini bukan cubaan ini betul2..

kakelle
betulke harap2 macam tu la..

lupekanje said...

panik tk...risau jer..
usaha dan doa la sentiasa agar dijauhkan dari penyakit itu.

Neeza Shahril said...

orang kat sini ada yang nak balik raya di malaysia tapi seram pulak sebabkan H1N1 ni..
harap2 makbul lah kata2 kak elle tu kan..

Kengkawan said...

kebersihan diri n persekitaran.. aduii risau sungguh nihh

MOKCIK AZWA said...

Orang yang tak kena boleh la kata jangan panik...cuba kalau dah terkena kat family kita ker aper..mesti panik kan..

apa pun sesama kita berdoa agar dijauhkan dari kejahatan H1N1.

CikguZue said...

Bila dengar di M'sia byk juga kematian akibat H1N1 ni, bimbang jugak nak balik ni. Takut tak lepas screen.
Harap kita semua terhindar dr musibah ini...amin.

Zareda Norman said...

Berjaga jaga..

jangan spend banyak masa dalam crowd

Ada Ayrissa said...

betulll!!!

yginsaf4 said...

ahaha.. ingat abg zino kat negara brunei ghitewww.. salamm weekend dr me dikejauhannns