Tuesday, June 29, 2010

di mana punca nya??

Tadi zino hadiri satu mensyuarat berprofile tinggi.. so tak payah le tanya apa meeting nya, cuma zino nak cerita pengajaran yang di perolehi dari perbincangan tadi.. oleh kerana ianya mesyuarat susulan dan organisasi zino baru di jemput utk hadir buat kali pertama maka banyak le yg telah di bincang sebelum ni.. dan mesyuarat tadi menambah ahli mesyuarat supaya dapat merangkum kesegenap lapisan dan organisasi..

satu perkara yg zino lihat pendekatan yang di ambil untuk menyelesaikan satu satu masaalah adalah terus kepada kaedah menyelesaikan masaalah sedia ada, langkah2 pencegahan, langkah pemantauan da sebagainya.. langsung tidak di sentuh bagaimana menangani punca masaalah.. tak ada kajian di buat untuk menilai keberkesanan . menyelesaikan masaalah di punca..

atau mungkin dia org dah bincangkan perkara pokok ni di perjumpaan sebelum ni.. walau apa pun respond dan feedback dari setiap agensi dan syarikat koporat yg di jemput amat positif dan di harapkan akhirnya nanti dapat di terjemahkan sebagai satu langkah yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat jelata..


Sunday, June 27, 2010

doreyan..

gambar hiasan..
bukan doreyan yg zino makan semalam hehe

nak cari doreyan jenis ni..

atau yg ni..

Dua tiga hari ni sibuk cerita pasal doreyan, kalau kami nak doreyan beli je sebiji dua di tepi jalan tu.. tapi beli beli macam tu kira nasib juga la.. ada kala nya dapat yg baik. dan sekali dua terkena juga yg tak baik.. keras la berulat la.. kadang tu sakit hati juga bila beli .. peniaga doreyan ni bukan main manis mulut masa menjual.. cakap tak beralas langsung.. buah baik la.. baru gugur la gerenti sedap la.. dan banyak la ayat yg dia org ni guna.. tapi akhirnya tertipu bulat2 kita di buat nya.. sumbat kulit doreyan kat mulut baru tau hehe

Sebelum ni ada la sekali kawan ajak makan doreyan di satu gerai tu.. gerai jual doreyan tepi jalan jugak.. tapi dia jual doreyan yg kau kau je doreyan biasa ni tak main la.. masa tu memang enak sungguh makan doreyan.. cuma sanggup la bayar herga yg agak mahal.. tapi bila makan memang berbaloi baloi hehe..

so semalam zino balik kampong, mem ada hal di LC, singgah la rumah satu sedara tu.. terus di jamu kami dengan doreyan.. lepas sebiji dia buka.. yg ni sedap.. bila buka lagi sebiji yg ni lagi sedap.. maka kami ni.. makan la dengan sopan nya.. lepas seulas se ulas.. sampai kami suruh berhenti kopek doreyan tu.. alhamdulilah bertambah murah la rezeki taun rumah ni.. bila nak balik di paksa saya bawa 4 biji doreyan tu.. harum semerbak kereta zino jadi nya.. hehe kemudian singgah pulak ke rumah kakak mem, sekali lagi doreyan jadi hidangan alahai.. amacm aman naka makan ni perut dah hongeh.. nak ambil hati tuan rumah kami bedal juga lah beberapa ulas.. nak makan banyak memang dah tak larat.. perut dah kecik agaknya.. hehe

ingta nak kena cari juga doreyan yg enak dulu tu.. nanti lah tanya dengan kawan zino tu hehe

Saturday, June 26, 2010

dinner..

Malam tadi zino mewakili bos untuk hadir kesatu majlis dinner, meraikan mantan ahli lembaga penasihat yg telah bersara dan mantan pengarah dan timbalan pengarah yg telah bersara atas pilihan sendiri.. oleh kerana bos dah bagi tau pihak urusetia sebelum maklum kat zino maka tak boleh lah nak mengelak hehe..nama resort tempat dinner tu memang familier dan famus tapi zino tak tau kat mana letak nya di dunia lembah klang ni.. so minta la driver pastikan dulu tempatnya.. takut tersesat mencari..

Memang sah tempat tu jauh dan perjalanan untuk sampai ke sana (kalau tak tau laluan altenatif) memang merupakan satu cabaran.. tambahan pulak semalam jalan menuju ke tempat tu sangat jem..tempat tu terletak di Mutiara Damansara sana tu.. LDP jangan cakap la.. ada yg kata macam lihat larva gunung berapi lampu break kereta sepanjang jalan tu hehe... kebetulan semalam tu zino ada meeting di Putrajaya.. maka nya tak sempat la nak balik rumah.. lepas meeting balik ke opis tukar baju dan terus ke Mutiara.. perjalanan kami lancar sebab driver dah reky tempat tu dulu.. dia gunakan laluan altenatif supaya tak terperangkap..

ada yang bersara awal kerana keluarga, maklumlah bila bekerja di tempat kami ni tak tau siang dan malam, dalam ucapan balas salah sorang manta timbalan tu, dia kata semasa bekerja di sana dia tak dapat tengok matahari hehe.. keluar kerja masih gelap balik kerja pulak dah gelap.. hehe.. sentiasa bekejaran untuk mencapai matlamat dan menyiapkan setiap tugasan yg di berikan.. sampai satu peringkat.. enought is enought.. ada juga yang bersara kerana tak dapat menyerap pressure yang di bebankan.. rasa macam tak berbaloi dan setimpal denga apa yang di perolehi.. dari memening kan kepala dia membuat pilihan untuk bersara awal.. kepada mereka semua selamat bersara..

ramai yg komplain, tempat dinner ni terlalu jauh dan di buat pulak pada hari bekerja.. ada yg boleh datang dan ada juga yang tidak dapat datang.. tapi zino nak comen sikit tentang tempat solat resort yang gah ni.. pasti pemilik nya bukan islam.. kalau dia islam maka dia tak apa jiwa .. kemudahan solat untuk orang islam di sedia ala kadar je .. rasanya pengungjung nya ramai orang islam ..bila zino tanya di mana bilik solat , maka petugas tunjukan arah di level bawah.. tak nampak pun signage surau ke apa sehingga lah dah hampir ke tempat tersebut.. kepada pengungjung regular mungkin tak jadi masaalah.. untuk mencari.. bila sampai di bilik di maksudkan tertulis di pintu.. "buka pintu perlahan lahan" bilik ni terletak di dalam bilik persalinan lelaki.. dan ruang solat amat kecil, hanya muat utk 5 orang je utk berjemaah..patut di beri peringatan buka pintu perlahan2 kalau di buka laju silap hari bulan terlanggar jemaah yg sedang solat..

lain kali jangan la buat function ke tempat macam ni.. langsung tak mesra pengguna..langsung tak prihatin dengan keperluan pengunjung nya..

terima kasih semua...

Blogger Mr PenyuBiru said...

wah! dapat anugerah cemerlang ke? tahniah!

p/s : Dpt rm1k kan? bleh aa blanjer.hee

simpan utk masa depan hehe

Blogger eliana_adnand said...

tahniah uncle! :)

eliana.. terima kasih..

Blogger Zareda Norman said...

bila mau open table? hehhehe

zar.. bila2 pun boleh hehe

Blogger Jard The Great said...

tahniah uncle!

jard.. tq

Blogger aNIe said...

Tahniah zino...semoga sentiasa cemerlang dlm pekerjaan yang dilakukan...

anie.. amin... tq

Blogger sI tEDI said...

Tahniah

APC kat sini pun buat ari ni! eh semalam

semalam.. di merriot putrajaya..

Blogger CikguZue said...

tahniah!

cikguzue.. tq

Blogger UnGu VioLet said...

tahniah....

ungu violet... tq

Blogger Catwoman said...

Tahniah.

Semoga terus b`jaya!!!

:)

cat.. inshaallah.. tq

Blogger cikMilah said...

tahniah...

cik milah.. tq..

Blogger sue said...

wah bestnyer.. tahniah3x...

sue.. terima kasih.... lama tak nampak? hehe

Blogger Yunus Badawi said...

Tahniah zino. You deserve it.

Anugerah spt ini yg memberi kekuatan utk kita terus bekerja dgn rajin dan kreatif.

YB.. betul tu bersemangat utk terus berkhidmat..

Blogger Mak Su said...

harini ker majlisnya?

maksu.. semalam 24hb..

Blogger lupekanje said...

amvoi...zino terpilih ye...tahniah..tahniah..kenduri lagi laaaaaaaa..

acik.. tq..

Blogger Pak Ngah: said...

:: tahniah.. RM1K dah dalam tangan tu..

pakngah.. masuk gaji bulan depan hehe

Blogger Ada Dalina said...

uncle dpt apc ke?
tahniah...

ada.. betul.. utk kali ke tiga hehe


Thursday, June 24, 2010

anugerah perkhidmatan cemerlang




terima kasih Datuk seri

sebahagian peserta..di dalam dewan..

jururakam yg sibuk..

selingan..menghilangkan kebosanan menunggu..


latihan bergambar
(gambar semalam..)

berita bergambar...

rehearsal..

pagi tadi berlangsung majlis rehearsal bagi satu majlis besar esok.. awal awal lagi pihak penaja telah berpesan supaya datang awal.. semua di nasihatkan datang menggunakan perkhirmatan bas yang di sediakan... tapi hanya dari beberapa distinasi tertentu.. tapi zino tak naik bas , rasanya lebih mudah terus dari rumah sahaja.. tapi perlu juga bantuan driver utk menghantar zino ke sana..

majlis percubaan pagi tadi berjalan lancar.. zino sampai awal.. so dengan selesa boleh pendaftar dan bersarapan.. ingatkan zino datang first sebab masa datang tu galap lagi.. tapi rupanya ada yg lebih awal lagi hehe.. sesi penerangan di mulakan lebih kurang jam 8.30 setelah semua selesai mendaftar dan sarapan.. apa yg patut dan tak patut berlaku semasa majlis tu nanti..

bagi zino ini merupakan kali ke tiga di calonkan utk hadir ke majlis seumpama ini..alhamdulilah.. memang langsung tidak di duga.. walaubagaimanapun pengiktirafan yang di berikan kami terima dengan penuh kesyukuran.. kami bekerja kerana allah.. tidak mengharapkan sebarang balasan.. tidak menantikan sebarang pujian.. kepada rakan rakan yang lain yang sama sama menerima pengiktirafan yang sama.. tahniah dan syabas.. anda memang layak menerima nya.. terus lah bekerja dengan penuh didikasi, supaya menjadi contoh dan ikutan kepada yang lain..

esok zino akan sambung dengan cerita bergambar... selamat malam..

Monday, June 21, 2010

hari minggu bersama Evi Qaisara..

gambar masa di kampong

di putrajaya

sesi memujuk hehe

nak cerita sikit pasal Qaisara.. boleh kan?? memang boleh pun sape nak marah kan..? kalau dia marah pun dia tak baca je lah posting ni hehe.. actually sabtu lepas angah balik rumah tidur di BTR,.. apa lagi peluang kami bergurau senda dengan Qaisara.. memula datang tu jangan kan usik, pandang pun tak boleh.. melekat je dengan abah dan mak dia..

tak pe tak pe beri dia peluang melihat alam sekitar dulu.. dah lama sikit tu baru lah boleh usik dan akhir nya boleh di pegang.....saja buat atok denga nenek dia geram je.. masuk hari ke dua dah boleh dukung dan bawa jalan jalan.. hehe.. dia pun dah mula betaktih.. tapi laju je jalan ke depan.. kena lah sedia menyambut.. tak lama lagi steady la tu.. dan mulut pun dah mula becok.. kena lah tunggu kamus cik rina keluar kalau nak paham semua perkataan yg di sebut..hehe.. satu perkataan yg jelas dia sebut papa.. cukup jelas dan nyaring dia sebut.. rasa nak rakam je jadi ring tone hehe..

tapi tak sempat nak tangkap gambar terbaru..selit kan juga lah gambar lama.. kalau dah pernah tengok tu tengok je lah lagi ya hehe


Saturday, June 19, 2010

jalan jalan...

memula plan nak ke Sg Wang, kerana mem ada appiontment dengan Dr , kesana sebenarnya sekejap je..tak sampai 10 minit pun tapi nak sampai sana tu yg mengambil masa yg lebih lama.. lepas tu lencong ke law Yat sekejap.. bukan nak beli apa pun, fizah nak pasang skin kat laptop dia, dah beli pun sebelum ni cuma dia tak confident nak lekatkan sediri.. tak ada pulak kedai yg nak buatkan.. ada sat kedai tu nak caj 90 inggit utk lekatkan benda tu.. tapi kena lah beli skin kat kedai dia.. kalau nak minta dia pasang skin yg kita beli sendiri lo layan.. akhir nya tak jadi lah.. mengabihkan bogreh yo..

dalam perjalanan balik tu adik merungut nak tengok wayang.. terus saya lencong ke mid valley , ila sampai kat tingkat atas tu.. makk aii ramai nya orang, beratur nak beli tiket tu sikit punya panjang dan berliku liku .. bila dah sampai redah je lah .. malas nak cari tempat lain..kakak l berungut beratur hehe.. target nak tengok karate kids.. sambil beratur tu tengok je bilangan tiket yg tinggal.. makin lama makin sikit.. half way tiket utk karate kid makin pupus.. kena lah cari film altenatif....akhirnya kami tengok A Team..

best juga cerita ni.. walaupun tak berapa lojik.. dengan teknologi komputer.. apa saja nyg boleh di imagin kan boleh di lakun kan hehe.. tak perlu lah zino buat ulasan berkaitan cerita ni, anda boleh baca ulasan yg di berikan oleh orang lain.. tapi memang berbaloi utk menonton.. hehe..sekian ..

Setuju....


Friends..... ...
They love you,
but they are not your lover
They care for you,
but they are not from your family
They are ready to share your pain,
but they are not in your blood relation .
They are........FRIENDS! !!!!

True friend
...... .
Scolds like a DAD..
Cares like a MOM..
Teases like a SISTER..
Irritates like a BROTHER..
And finally loves U more than a LOVERS



The person who is always smiling does not mean that he has no problem.....
But the smile show that he has ability to over come all those problems.....
Keep smiling and keep in touch...... !!!!!


anda bagaimana??


Tuesday, June 15, 2010

semuga berjaya..anak ku..

semasa di kampong..

rombongan ke kelantan..

masa sambut birthday di rumah angah..

menerima anugerah cemerlang dari yayasan Titiwangsa..

nak tentu kan siapa sebenarnya juara.. hehe

masa dia tadika dulu kami pernah tanya..
bila besar hafizah nak jadi apa?
dia jawab "siang jadi cikgu malam jadi Doktor.."


semalam dia sms..berita yg di tunggu telah sampai..
satu perjalanan yg jauh..
satu perjuangan..
satu pengorbanan..
satu pencarian..

sekarang dia dalam perjalanan mencapai cita cita tersebut..
semuga dia berjaya.... inshaallah..



Sunday, June 13, 2010

kreatif dan inovatif

syarikat ni kreatif mencipta selipar
tapi ada syarikat lain lebih berinovatif meniru..hehe

bagi pemiliknya cara yg berinovatif utk mengelak dari di curi..
tapi tidak cukup kreatif memikir apa yg pencuri fikir.

adakah anda rasa kreativiti syarikat ini mampu melonjakkan jualan? hehe


kata nya untuk menjadi sebuah negara maju dan mampu bersaing di pesada dunia, kita perlu kreatif dan inovatif.. sentiasa kreatif untuk mencari pendekatan baru untuk menghasilkan sesuatu produk atau servis.. dan setiap ciptaan perlu berinovatif supaya mampu mengatasi produk pesaing.. jemana Malaysia perlu menjadi jemana dunia.. ada banyak contoh barangan luar negara menembusi pasaran di seluruh dunia.. bila lag jemana Malaysia mampu bersaing..

bagaimana dengan anda.. adakah sentiasa kreatif dan inovatif..? hehe