Friday, December 31, 2010

salam tahun baru...2011




gambar gambar dari google...


selamat tahun baru untuk semua....

semuga kita semua akan lebih ceria di tahun baru ini, dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih aman dan damai, keluarga yg sihat sejahtera tanpa sebarang gangguan yang boleh menjejaskan keharmonian.. kita semua di lempahkan kurnia rezeki melimpah ruah.. keharmonian antara kaum dan ektik... badan badan siasah kurang politiking sebaliknya sama sama merangka kesejahteraan negara Malaysia yg aman damai... ekonomi Malaysia berkembang pesat... masing masing ada rezeki utk di usahakan dan di perolehi...islam terus dihormati dan di pertahankan dalam keadaan apa sekali pun, hak hak orang melayu tidak di pertikaikan , sukan berjaya menyatupadukan semua rakyat yg berlainan fahaman dan kecenderungan politik, tidak ada lagi gejala sosial yang mencemarkan sosiobudaya malaysia yg harmoni.. segala apa yg kita citakan akan tercapai ... masing masing kita bertambah maju dalam kerjaya ..

apa harapan anda di tahun baru nanti??


Thursday, December 30, 2010

aku punya.. oops ye ke...??


Seperti yg pernah aku uar-uarkan (atau war-warkan) atau senang cakap aku tertulis di blog aku ni pada 7hb Nov lepas, aku akan memberi hadiah kepada pengunjung yg ke 77,777 ke blog aku yg dapat membuktikan dialah org yg ke 77,777 itu. Bagi membuktikan dakwaan tersebut, anda dikendaki membuat screenshot ketika angka di site meter menunjukkan 77,777. Lepas itu beritahu aku di ruang Sembang-Sembang aku (shoutbox tulah). Bagi mereka yg ada emel, no hp, no tepon rumah atau BBM aku, bolehlah menghubungi aku selepas anda memaklumkan sekalian alam di shoutbox aku tu. Jika sah andalah org yg bertuah itu, anda dikehendaki menulis satu n3 di blog anda tentang blog aku yg sempoi ni. Macam biasa, silalah buatkan linknya sekali. Antara kandungan (bunyi mcm ada baby pula) n3 itu, anda dikehendaki memberitahu kenapa anda selalu (ya ke selalu?) ke blog aku. kalau nak score point lebih sikit, pujilah lebih2 hahaha Aku jangkakan angka itu akan dicapai sebelum hujung tahun ni. Maknanya minggu inilah seperti yg pernah aku beritahu salah seorg pembaca yg memberi komen bulan lepas. Oleh itu rajin2lah ke sini. Selamat berjaya!!!!

mungkin ramai yg kenal Yunus badawi, seorang menulis blog yg amat gigih.. menulis dengan gaya tersendiri dan mempunyai ramai peminat...secara peribadi saya masih belum berpeluang berjumpa beliau tetapi melalui persahabatan siber, beliau yg amat mudah mesra dan senang di dekati.. no wonder ramai peminat hehe..

saya dah lama tak masuk ke blog YB gara gara kes virus dulu.. bila saya link kan semula baru baru ni ada pulak pertandingan ni... http://yunusbadawi.blogspot.com/2010/12/sedang-dicari-pengunjung-ke-77777-ada.html kebetulan masa menunggu giliran adik gunting rambut tadi terai la masuk ke blog YB.. menggunakan BB tetiba tengok No 77777 yg kluar.... lepas tu tak tau macam mana nak save atau copy page tu.. hehe terus sms YB... bila balik cuba tanggap gambar guna camera.. oleh sebab halus sangat gambar pun tak le secantik mana.. tapi no tu jelas dan nyata.. terus buat posting dalam shoutmix YB...rasa macam bertuah utk hadiah tahun baru.... tapi bila baca balik rupanya ramai yg claim juga mendapat angka yg sama... macam mano ni YB ??? banyak hadiah nak kena prepare ni....


Wednesday, December 29, 2010

tahniah Pasukan Harimau Malaysia....

penyokong di Malaysia dari dataran merdeka.

macam nak perang

meraikan kemenangan..

Menyaksikan perlawanan bola sepak piala AFF SUZUKI CUP 2010 dalam final kedua secara langsung dari stadium Gelora Bong Karno Jakarta.. sangat mendebarkan.. setiap saat membuat hati bersebar debar.. terutama bila asakan demi asakan oleh pemain Indonesia yang terdesak utk menjaringkan gol.. syabas dan tahniah kepada pemain Malaysia terutama penjaring gol yg berjaya mengekang asakan bertubi2 Indonesia... walau pun akhirnya terlepas dua gol.. dan salah satunya di hadiahkan oleh pemain Malaysia secara tidak sengaja..tetapi aggregate akhir Malysia tetap menang..

ribuan penonton Indonesia yang membanjiri stadium tidak sedikit pun menggugat konsentrasi ke sebelasan pemain Malaysia, walaupun semasa ingin memasuki stadium mereka telah di bawa menggunakan kereta perisai, kerana bimbangkan keselamatan dari ribuan penyokong Indonesia yg menunggu kehadiran mereka di luar stadium.... walaubagaimana pun sepanjang perlawanan keadaan agak terkawal tiada kelihatan insiden yg boleh menjejaskan permainan kedua belah pihak.. mereka bermain dengan semangat sukan yg tinggi...

ini lah wira Malaysia yg telah berjaya merobohkan benteng pertahanan lawan dan menjaringkan beberapa gol untuk membolehkan Malaysia menjadi juara setelah menunggu selama 14 tahun... syabas dan tahniah kepada Safee Sali.. kesebelasan lain pemain Malaysia juga telah menunjukkan komitmen yg cukup baik...syabas kepada semua...

Jurulatih yg berani membuat experimen dan berjaya membawa kejayaan kepada Malaysia untuk menjadi juara setelah sekian lama menanti, semuga dia terus di beri kepercayaan dan terus membimbing pasukan harimau supaya terus cemerlang di tahun tahun akan datang dan ranking Malaysia di pesada dunia akan bertambah baik.. sehingga di satu hari nanti pasukan Malaysia di geruni semula..

pancaran lazer seumpama ini lah yg di katakan punca kekalahan pasukan lawan bila berhadapan dengan pasukan Malaysia, kabar nya di mana mana stadium lazer seumpama ini telah menjadi alat kepada penonton utk mengganggu pasukan lawan, baik di Malaysia mau pun di Indonesia.. adakah ini satu2 nya punca kekalahan pasukan lawan?? adalak gangguan lazer ini serious ? persatuan2 bolasepak perlu melakukan sesuatu.. supaya kerancakan dan kemeriahan bola sepak tidak tercemar dengan perkara yg tidak berfaedah ini..

Walaupun pasukan Indonesia telah mencuba bermati2an namun mereka tidak berupaya merobohkan benteng pertahanan Malaysia terutama penjaga gawang yg telah bermain cukup cemerlang.. cuba lagi di tahun lain..

Wira Wira Malaysia yang telah mengharumkan mana Malaysia terutama arena bolasepak.. yg telah sekian lama muram.. anak buah Rajagopal ini bagitu bersemangat dan komited dalam perlawanan akhir pertama dan kedua... walaupun di peringkat awal tewas 1 5 dengan pasukan Indonesia... semuga bolasepak Malaysia terus majujaya dan meraih kemenangan demi kemenangan di pesara serantau dan dunia...

kepada penonton malaysia teruskan sokongan anda, jangan sokong masa mereka meraih kemenangan je dan bila kalah dikutuk sehingga terjarap hehe.. ok amacam ada gaya tak menjadi pengulas sukan hehe... tetiba je minat boasepak hehe....

Tuesday, December 28, 2010

tetiba je dapat hadiah....tq



Dalam hujan lebat tadi tetiba zino menerima panggilan,

"En saya ada depan rumah nak hantar barang.. "

terkejut zino di buat nya bila zino menjengok keluar ada sebuah lori besar sedang menunggu.. ikut pada saiz lori tu tentu hadiah besar tu.. kereta ferrari pun muat dalam lori tu hehe.. sambil berpayung zino mendekati driver lori tu utk bertanya..

"barang apa? siapa yg bagi?"

"itu hadiah , bank kasi"

hadiah, bank kasi, bila pulak zino masuk peraduan, kenapa pulak tetiba je dapat hadiah.. suspen je menunggu dia turunkan hadiah dari perut lori yg besau tu.. LCD 48 inci ke? set sofa ke? atau peti ais ke? hehe macam macam bermain di kepala.. lambat pulak dia turunkan.. maklum la hujan.. hehe.. tak lama lepas tu mamat tu bawa turun satu bungkusan besar ke dalam rumah.. masing masing tertanya tanya... kat atas kotak tu tertulis nota dari bank cap harimau yg menyatakan zino terpilih utk memenangi satu hadiah dari program yg di jalankan antara bulan August dan October 2010..

baru le jelas dan nyata.. memang tak perlu isi slogan pun, tak perlu buat karangan pun, tak perlu buat apa pun.. asal memenuhi syarat yg di tetapkan layak utk di pilih sebagai pemenang.. bagus nya bank ni kan.. hehe.. saiz beg tu sesuai utk travel seminggu dua hehe..

anda dapat apa? hehe

final yg lagi final...



"Permainan sebenar. Itulah yang boleh digambarkan dengan aksi terpuji skuad Harimau Malaya yang rata-rata dibarisi pemain muda. Harus ada rasa bangga diseluruh rakyat Malaysia atas persembahan menarik dan mantap dari keseluruh pemain-pemain MalaysiaNamun tindakan penyokong yang kurang bijak menghala laser ke arah pemain Indonesia sedikit sebanyak mencacatkan keraian malam tadi. Permainan terhenti 5 minit apabila Markus terganggu akan pancaran laser tersebut. Sikap yang agak kurang cerdik ini sepatutnya tidak dilakukan kerana ianya akan menjadi alsan utama kegagalan pasukan Indonesia dan pastinya pasukan negara juga akan terancam bila bertandang ke Bung Karno nanti"

gambar dan ayat2 di atas di petik dari satu blog...yg penting Malaysia mampu bertahan 90 minit final yg lagi final utk di nobatkan juara piala suzuki...entah macam mana piala ni final ada dua kali... tapi tak kisah la kan kalau itu kemahuan penganjur.. yg penting kemenangan nanti akan melonjakkan nama pasukan Malaysia.. setelah sekian tahun tenggelam tak timbul2.. memperbaiki ranking dan mula di cemburui kawan dan lawan.. ada ke penyokong Malaysia di Jakarta nanti? bebas ke mereka bergerak di sana? sebagaimana bebasnya mereka di sini? bagaimana dengan lazer? semacam satu trend ramai yg nak jadi otoman hehe.. betul ke lazer menjadi punca?

mari kita teka siapa yg kena..dan berapa gol hehe... hadiah lumayan menanti anda..

Sunday, December 26, 2010

cucur udang, alor Gajah

cucur udang yg enak..

kat sini la..

Pekan Alor Gajah.... warna warni..

1936...2010.. dah berapa tahun tu..?

Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah.

tapi itu sejarah lama, sekarang ni alor gajah terkenal kerana cucur udang nya yg enak... utk ke sekian kali nya petang tadi kami sekeluarga berjaya sampai lagi ke sana utk menikmati cucur udang yg febeles tu.. ramai yg beratur .. tapi kami oder dari gerai bersebelahan.. lama juga menunggu baru dapat... sedap punya pasal tunggu sekejap ok je...


Saturday, December 25, 2010

Drama yg tak mau di tuntun....

Watak : dua wanita dewasa bertudung..
Tempat : pusat komuniti..
masa: sekitar jam 10 pagi..

Wanita A memandu masuk ke kawasan bangunan dan memberhentikan kereta utk satu urusan, laluan sehala yg sempit, wanita B sampai terus hon bertalu2 tanpa menunggu wanita A menyelesaikan urusan, kemungkinan nak menurunkan anak atau sebagainya, bengang agaknya dengan sikap pemandu B, dia terus buat tak tau tanpa meneruskan niat urusan nya.. wanita B semakin tidak sabar terus hon tanpa henti, menarik perhatian orang ramai, kami hanya mampu menggelengkan kepala.

wanita A yg mungkin sakit hati dengan sikap driver di belakang tu terus buat bodoh tidak menggerakkan kereta, sengaja menambah api kemarahan kereta di belakang.. masa berlalu beberapa minit.. suasana hingar bingar dengan bunyi hon yg kuat dan bertalu talu.... lama selepas tu baru dia bergerak perlahan ke depan, wanita B memecut laju bila terdapat ruang dengan memekik BODOHHHHHHH dengan nada yg paling kuat ..

kami memerhati kemana dia nak pergi, tergesa gesa tidak sabar langsung menyakitkan hati pemandu didepan nya ..menyakitkan hati orang lain... last last park berhampiran pasaraya di depan.. ingatkan jauh sangat urusan dia tadi.... sekali lagi kami menggeleng kepala.....wanita A terus berlalu tanpa membuat sebarang urusan... hati dia juga terbakar agaknya...

ada komen?

Wednesday, December 22, 2010

Avilion Admiral Cove....PD





tiga hari berbengkel di PD
hari ni last..
petang ni balik dah..
tengok gambar je lah ya..

salam..

Sunday, December 19, 2010

jemputan jauh...

gambar kenang2an dengan ibu bapa pengantin..

bila buka sampul kad jemputan beberapa hari lepas.. teringat kembali sorang kawan masa belajar di kolej dulu.. macam macam kisah flash back balik... bila masing2 dah bekerja.. sibuk dengan hal masing masing kami terputus hubungan.. dia di selatan dan saya di KL.. tahun berganti tahun tiada kabar berita... last kami berjumpa bila dia datang ke rumah kami, masa tu di ulu klang selepas berkahwin..... macam pengantin baru datang menyalang la hehe.. .... lepas tu tak ada dengar kabar berita.... sehingga pada satu hari tu...

masa tu zino sedang mengumpul senarai nama kawan kawan masa belajar dulu utk menghantar kad jemputan.. dan masa tu teringin nak mencari alamat kawan yg sorang ni... ramai juga yg dapat zino kumpulkan masa tu.. melalui seorang kawan yg masih berhubungan dengan sebahagian besar kawan2 lama.. tapi malang nya tiada sorang pun menyimpan no talipon kawan yg sorang ni... tiba tiba...

dia muncul di pejabat zino.... terkejut besar zino.. macam dia tau tau je zino sedang mencari dia.. dia sendiri pun terkejut.. sedangkan kedatangan dia masa tu semata mata nak tanya ada kekosongan ke utk jawatan jurutera di tempat kami.. sebab anak dia baru grad.. merata dia bertanya kat mana opis zino... kedatangan nya tak ada kaitan dengan usaha zino mencari dia pun hehe.. apa lagi terus la kami bertukar alamat dan zino menghulurkan jemputan utk majlis yg kami sedang uruskan masa tu.. dia duduk jauh nun di selatan tanah air.....

bila dia menjemput kami ke Batu Pahat.. teringat susah payah dia datang ke majlis kami dulu.. memang tak sangka dia akan datang.... so siang tadi tiba giliran kami memenuhi jemputan kawan lama ni.. memang tak bagi tau dia pun kami akan datang, tak talipon tak sms.. saja nak bagi surprise.. terkejut dia bila nampak kami muncul di majlis dia tadi hehe... di dewan jublee perak Batu Pahat, Johor...

kalau anda bagaimana sanggup ke? hehe

Saturday, December 18, 2010

kenduri...

siang tadi zino menghadiri kenduri kawin ex staff di taman bukit anggerik..
tapi suspen je sebab tak nampak pun sesiapa yg kami kenal kat sana..
terasa macam salah rumah je hehe...
nama pengantin yg di sebut betul la..
gambar yg di gantung kat luar tu pun betul..
tapi di mana orang lain...
tak nampak batang idung pun hehe..
pernah tak ada perasaan macam tu...
rasa macam salah rumah je..

tunggu sekejap tak ada juga yg muncul.. kami pun balik la..
sebelum tu jumpa tuan rumah dengan salam bermakna la kan hehe..


birthday wish.....

Ulangan: Happy birthday zino. Moga terus dimurahkan rezeki, selamat dunia & akhirat.
p/s: bahrin tanya...takder TT birthday ker?


Happy besday...semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia hingga akhir hayat..amin.


selamat hari lahir pak ngah....nt ley blnje mkn besarrrr...huhuhu..
smoga dimurah'n rzeki...

hepi besday,pakngah...moga pnjg umur..=)

Selamat Hari Lahir Abah.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki selalu dan semoga sekeluarga gembira selalu..

happy birthday abah..semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu,.amin...

happy birthday pak ngah..semuga panjang umur, murah rezeki

Happy Bornday A.Z! Hv a blast with many returns ahead! Happiness & Success! ;-)

selamat hari lahir. semoga sihat selalu

atok!
hapy besdy =)


Happy birthday Zino!!! Forever young :)

epi bezday p.ngah..,
may Allah bless :)

happy birthday to u abah. semoga pjg umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama family tersyg..=)

Happy Birthday Zino. May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.

hepy bday~ ^_^

16. Raja Shahida happy besday abah..smoga dmurhkn rezki,diberkati usia n dilimpahi rahmat Allah slalu..

selamat hari lahir pakngah..

epy besday =)

♪♫•*¨*•.¸¸♫♪¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸♫♪¸¸.•*¨*•♫♪
Allah selamatkan kamu ~ ~ ~
Allah selamatkan kamu ~ ~ ~
Allah selamatkan kamu ~ ~ ~......
Allah selamatkan kamu ! ! !
♪♫•*¨*•.¸¸♫♪¸¸.•*¨*•♫♪♪♫•*¨*•.¸¸♫♪¸¸.•*¨*•♫
Semoga sihat walafiat, sejahtera selalu, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. . . .
....Amin... Ya Rabbal Alamin. . . . .
(^^,)ⓗⓐⓟⓟⓨ ⓑⓘⓡⓣⓗⓓⓐⓨ ⓣⓞ ⓨⓞⓤ... ⓗⓐⓥⓔ ⓐ ⓝⓘⓒⓔ ⓐⓝⓓ ⓦⓞⓝⓓⓔⓡⓕⓤⓛ ⓓⓐⓨ...
sayang abah zino...hehehehe
ngeee~~~~
smile always abah zino..hehehe...


‎**Selamat ulangtahun abah..da best abah dat ive found..may Allah bless u..dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...**

Hepi Besday.. May God bless u..

SELAMAT HARI ULANG buat Zino... semoga dipanjangkan usia... murah rezeki... bahagia bersama keluarga tersayang dan sihat sentiasa...ameen...


selamat ulangtahun kelahiran, moga dikurniakan rezeki yang murah2 belaka dan kesihatan yang baik :)

selamat hari jadi abang Zino... :)

Happy Birthday abg Zino. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sihat dan ceria selalu.

happy birthday abah! Semoga diberkati Allah selalu. Psst...xde cdgn nak open table ke? Hehehe

happy burst day abah

Selamat Hari Ulang Tahun..semoga didalam perlindungi Allah sentiasa..
tahun ni..mem bagi apa..he he..nyebok nak tau..

Selamat Hari Lahir and All the best wishes on your birthday!

happy bday bang.moga rahmat Allah sentiasa bersama abg dan keluarga hendaknya.amin

Selamat Hari Lahir.. Semoga bahagia selalu... :))

Selamat Ulang Tahun kelahiran, semoga dimurahkan rezki dan dirahmati Allah sentiasa.

Happy Birthday to you abah .. semoga diberkati selalu .

happy besday.. moga d murahkan rezeki..berbahagia bersama keluarga & d rahmati Allah sentiasa

happy birthday abahhh! smoga panjang umur, murah rezeki. aminnn~ have a blast one!!

selamat hari lahir abah zino.....semoga panjang umur dan murah rezeki

Happy birthday Zino! Semoga bahagia selalu...

Happy besday!!! semoga sentiasa dalam rahmah dan barakahNya.. aminnnnn


khas untuk Abah Zino ucapan dari saya and the 2 boys on this special day









Slmt ari lahir Abg Zino, moga diberi kesenangan oleh NYA menjalani kehidupan yg mendatang .. aminnnnnnn

happy birthday!!! semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur:)

Happy Birthday Zino and many happy returns....


♪♫happy birthday♪♫


Happy Birthday Abah Zino . Semuga bahagia berpanjangan, dirahmati Allah dengan kesihatan yang cemerlang, keluarga yang berkasihsayang rezeki yang melimpah ruah dan cepat-cepat ke Baitullah


selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat abah..semoga sihat selalu.panjang umur dan murah rezki.bahagia selalu bersama yg tersayang..amin

selamat hari lahir Abah Zino..moga pjg umur, murah rezeki dan sihat sejahtera selalu..amiiinn...

selamat tambah bilangan pada umur tu hehehe

selamat hari lahir uncle zino. :D

Selamat hari lahir .....

slmt hari lahir uncle zino :D

HAppy BiRtHday ^_^

hepi besday abah..
moga abah terus sihat, bahagia dan di berkati dunia akhirat...

happy birthday uncle...moga dikurniakan kesihatan yg baik, murah rezeki dan bahagia selalu..amin..

Happy Birthday Abg Zino....moga dikekalkan kesihatan dan kebahagiaan

May the years continue to be good to you. Happy Birthday Ab Zino!

datuk zino,
happy birthday !!

Abah ; Happy Happy Birthday to u;;.. may god always bless u ...

happy burfday abah...!!!

Happy Birthday Zino...

selamat menambah usia Uncle.. hee ;)

happy birthday bos,smoga pjg umur,murah rezeki n bahagia slalu

selamat hari jadi, bang......umur ke brapa dah?...hehehe

Allah selamatkan kamu.... Allah selamatkan kamu.... Allah selamatkan Abah Zino... Allah selamatkan kamu.... Semoga Zino sekeluarga selalu dilindungi Allah s.w.t, diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, rezeki yang diberkati serta kebahagiaan dunia dan akhirat....

Selamat menyambut Hari Lahir

Panjang umurnya panjang umurnya panjang umurnya serta mulia.serta mulia. Selamat ulangtahun!

SELAMAT PANJANG UMURNYA....SELAMAT PANJANGNYA UMURNYA ABAH ZINO...MUGA KEBERKATAN D DLM HIDUPNYA

Selamat hari jadi, Abah Zino. Moga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu. Amin.


Hepi Bestday Abah Zino!!! :-)


selamat ulang tahun kelahiran....moga d anugerahkan kesejahteraan dunia n akhirat...


Happy Birthday Abah Zino! Semoga panjang umur, sihat dan makin murah rezeki hendaknye : )


Happy Birthday Abah Zino! Semoga panjang umur, sihat dan makin murah rezeki hendaknye : )


happy birthday abah...:-)


Selamat Hari Jadi Abah Zino ... Thn ni tak bercadang makan bersuap bersama x Funserian ke? ... Semuga sentiasa bahagia disamping mem, anak2 n cucu2 ...


selamat hari lahir abah zino....

selamat hari lahir khas buat abah, moga sihat sejahtera hendaknya..ameen.


Happy Birthday Uncle~~
May Allah Always Bless You :)


happy birthday Abah.. semoga panjang umor n dimurahkan rezeki..amin.


wuuu selmat hari jadi pak tam..


Happy Birthday Abah Zino....:)


happy birthday abah... yg ke berapa ni? moga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki...

Halo Dato'
Selamat hari jadi yg ke-xx

As usual, Old in age , young in heart.


yerrr Abah Zino...hepi bessdayyy. yg ke berapa ni? 45?? he he


selamat hari lahir ke tuuuut, moga murah rezeki boleh blanja saya di kk


happy birthday to u, abah =)


Selamat ulangtahun ... semoga bertambah rezeki dan dianugerahkan kesihatan yang berkekalan :)


Congratulations Abah
I hope you have a great birthday.



Abg zino, sori dah potang baru teringat nk wish... Happy Birthday... moga diberkati dan dirahmati selalu oleh Allah swt... AMIN... (makan2 takdo ko)

Congratulations Abah
I hope you have a great birthday.


Congratulations Abah
I hope you have a great birthday.


Congratulations Abah
I hope you have a great birthday.


hepy bffdayy :)


Hpy bday abah.. May allah bless u n hpy alwys... Amin3.. :)


Congratulations Abah
I hope you have a great birthday.


hepi besday abah my fren. Walau mukamu tidak ku kenal TETAPI ...bulu idong'mu ...hahaha....may allah bless u ever forever dunia akhirat.


hepi besday abah


hepi besday bro! moga murah rezeki ya :D


Happy birthday



happy birthday uncle~!!
moga sentiasa dilimpahi rahmat & hidayah-Nya..^^;
nak kek uncle..hehee


Hepi bezday Zino.. semoga di panjangkan usia.. bahagia serta di rahmati sentiasa... amin...


Happy birthday Zino. Mintak la apa saja dengan mem... dia mesti bagi! Salam untuk mem ya...


SELAMAT HARI LAHIRTO MY LOVLY FRENNN!!!!!!... SY DOAKAN ABAH ZINO SENTIASA DIRAHMATI ALLH AMINNNN.. DR AISYA ZALIKHA


happy birthday uncle..moga berbahagia selalu dgn keluarga tersayang dan berjaya dunia akhirat..amiinnn


epy bday abah!


abahhhhhhhh....epi birthday....semoga panjang umo n murah rezeki....


terima kasih atas doa anda semua..... sayang awak awak dan awak juga hehe