Monday, December 28, 2009

sepintas lalu..

program bersama keluarga dah habis.. hari ni dah masuk kerja.. bila dah lama cuti mood pun agak lembab pagi ni.. adik pun tak ada mood .. dah kena pegi rumah mama.. tapi sebelum pegi pagi tadi sempat minta.. abah boleh adik tengok kebun sekejap hehe..

satu minggu di habiskan dengan aktiviti keluarga, oleh kerana kami tak book ke mana mana hotel atau tempat percutian.. maka percutian di penuhi aktiviti apa yg mereka mahukan.. dan mem mahu juga lah.. mula mula program main bowling.. memang dah lama anak anak menyebut tapi atas alasan penat la, itu la ini la permintaan tu tertangguh sekian lama.. nampak gaya aktiviti ni akan jadi rutin kami setiap kali berkumpul.. lepas ni nak kumpulkan along dan angah sekali..

aktiviti berendam idea mem.. adik yg enjoy.. kakak dengan mem hanya memerhati dari jauh sambil menghabiskan entah berapa chapter novel yg di bawa nya.. itu pun sebab hujan dah mula turun kalau tak entah berapa jam adik nak berendam..

program tengok wayang hanya dapat sekali je.. cerita avatar.. kebanyakkan cerita alang dah tengok maka dia tak ada mood nak book tiket .. orang sikit punya ramai ..kalau nak harapkan zino beratur beli tiket tu.. harus tak jadi lah jawab nya.. idea pun datang spontan.. nak book online pun memang tak sempat..

banyak juga majlis kenduri yang di buat masa cuti ni.. ada yg dapat kami penuhi ada juga yang tak sempat dan yg malang nya ada juga yg kami terlupa.. minta maaf le kat tuan rumah.. paling jauh kami ke kuala pilah memenuhi undangan kawan siber lama yg dah jadi macam sedara pulak. hehe.. bila ke sana berjumpa dengan sorang lagi kawan siber yg juga dah lama tak jumpa.. apa lagi sembang panjang lah jawab nya.. memula ingat nak ke majlis di Jelebu.. tapi bila dah agak lewat program di tukar ke jalan jalan seluruh NS hehe.. sehingga sampai ke PD tanpa di rancang..

hanya satu lagi permintaan adik yg belum tertunai .. dia nak ke Zoo.. dia kata adik tak pernah pegi zoo lagi.. adik nak belajar pasal binatang, pasal burung , pasal buaya... nanti lah dik kita set lain kali..

ok cukup.. selamat bekerja kepada yg dah mula bekerja dan kepada yg masih cuti selamat bercuti.. lakukan perkara yang selama ini tertangguh hendak di lakukan bersama keluarga.. bila mereka happy kita pun rasa happy...

13 comments:

Mr PenyuBiru said...

kiranya bro sedang hadapi sindrom monday blues la ni.hehe

zino said...

hehe...

cikMilah said...

quality time...

zino said...

betul..

Zareda Norman said...

zino

dah duduk diam diam kat opis buat kerja ek.. heheh

Zar sekeluarga baru nak mulakan percutian ni.. esok akan ke utara

Dee said...

bwklah uncle..zoo tu dkt je..hehehe..

silversarina said...

seminggu padat aktiviti sekeluarga ....best tu , zoo negara untuk adik pulak menanti, hujung minggu ni sebelum buka sekolah boleh pegi kot :)

HappyIrfa said...

saya pun x penah gi zoo negara.
pdhal dah bertahun duk sini.yg pelik oversea dah jelajah tp dlm negara belum abis cover lagi..

Mak Su said...

best gaks, xtvt domestik pun berbaloi.

en_me said...

sonoknyerr uooolsss.. ehehe

MULAN said...

memang kalau time cuti ni, kena jugak ikut hasrat anak2 kan... kot tak semua, sebahagian pun dah ok..

KAMATO said...

tenguk gaya macam tak puas je cuti, ngapa tak habiskan sampai hujung tahun

cikgu_math said...

Dah habis cuti...
kena tunggu tahun depan pulak.
CM tak zempat nak bawa anak-anak bercuti tahun ni..he..he..