Sunday, December 27, 2009

tempat lain macam mana??

MBSA tawar RM1 bagi seekor tikus ditangkap

26/12/2009 3:25pm

SHAH ALAM 26 Dis — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi seekor tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran wang tunai itu ditawarkan sebagai galakan supaya penduduk di kawasan sekitar mengambil bahagian dalam kempen itu.

"Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pangsapuri terawal dibina di Shah Alam ini untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu hari ini.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya sentiasa prihatin dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka kerana persekitaran yang kotor akan mengundang binatang perosak terutamanya tikus sekaligus berisiko menyebarkan penyakit berbahaya.

kawasan flat belakang rumah zino ni pun berlambak makluk perosak ni.. kucing pun tak berani dekat..masing masing nampak buat tak kisah je.. hehe

5 comments:

DrSam said...

Kreatif dan inovatif kempen ni. Kalau dapat tangkap sedozen dah lepas sup ekor dan nasi daging merah ni :)

silversarina said...

bagus jugak tu , dapat tikus dapat duit ... kat sini taktaulah camne, pasar sure banyak tikus jugak :)

~mrs azmi~ said...

kat rumah ni awal tahun haritu saye dah gempur habis2an! alhamdulillah dah tade yang datang..

tapi...

next moth nak pindah umah!! jadinya proses tu akan bermula sekali lagi!! risau pulak umah baru tu banyak cik ti yang perlu diperangi... huhu

cikMilah said...

kalau tangkap ular dan dijual unruk sara hidup ie beli makanan, hukumnya seperti memakan ular itu. Kalu tangkap tkus dan dapat redemption satu ringgit seekor, dapat duit dan beli makanan, hukumnya apa ya...Depa fikirkan logik saja ka.. tak pertimbangkan hukum?

Zareda Norman said...

kempen tambah $$ dan kurang tikus.. harap harap menjadilah