Thursday, April 29, 2010

adakah andaa kenal jiran anda??

Dibelasah mati bergaduh kerana sampah

KUALA LUMPUR 28 April - Hanya kerana masalah sampah nyawa seorang manusia melayang.

Itulah terjadi kepada seorang lelaki berusia 51 tahun setelah dibelasah oleh dua beranak yang merupakan jirannya menggunakan kayu besbol di tingkat bawah pangsapuri Sri Sentul, Bandar Baru Sentul di sini, kira-kira pukul 1 pagi tadi. Segala-galanya bermula apabila seorang daripada suspek tersebut meletakkan bungkusan sampah berdekatan pintu rumah mangsa. Keadaan itu menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu menegur suspek.


bagaimana anda dengan jiran tetangga.. apakah hak hak jiran selalu kita utamakan..??


Wednesday, April 28, 2010

tragidi..

Anak saya bukan seorang penjenayah - Norsiah

SHAH ALAM 27 April - Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.

Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.

"Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.


sungguh malang....sedih.. bersimpati..tertanya tanya...

Tuesday, April 27, 2010

mengikat janji

rombongan pihak lelaki memenuhi setiap ruang..

ini lah tanda nya.. setuju ke tak?

perundingan berjalan dengan cukup mesra dan bersahaja..

apabila sudah ada kesepakatan dan keserasian peraturan pun di buat untuk mengikat satu perjanjian, peraturan awal biasanya telah pun di buat kedua belah pihak secara tidak formal dan apabila ada kata putus dan masing masing telah bersedia dengan komitmen seterusnya..maka tugas keluarga kedua belah pihak utk datang berunding dan mengesahkan ikatan yg ingin di meterai

Adat istiadat di jaga dan di pelihara sepanjang majlis perundingan dan permuafakatan.. hajat dan hasrat kehadiran rombongan pihak lelaki di perjelaskan satu persatu dengan penuh sopan dan budibahasa.. kehadiran rombongan di sambut mesra dan suasana perundingan dan perbincangan berjalan dalam suasana cukup meriah dengan sesekali berjenaka secara spontan seolah kedua dua belah pihak sudah kenal lama.. akhirnya persetujuan di capai.. dua bentuk cincin sebagai tanda berpindah tangan dan di sarung di jari..

perjanjian ini tidak memerlukan tanda tangan, perjanjian ini memerlukan kontrak bertulis, perjanjian ini tidak perlu melantik peguam.. tapi perjanjian ini tetap ujud dan perlu di hormati.. perlu di tepati, perlu di pegang dalam apa keadaan sekalipun.... jika berlaku ingkar di mana mana pihak perjanjian ini juga telah menetapkan kaedah penyelesaian dan di persetujui bersama.. dan sebaik baik nya ikatan ini jangan di biar terlalu lama.. terlalu banyak cabaran di luar sana.. perjanjian ini perlu dimuktamad kan dalam tempuh tertentu..

berapa lama tempuh yg sesuai ya??

hantaran

hantaran yg menarik perhatian hehe

masa tunang ni 5 pun ok la ..

biasa la kan bila dalam majlis pertunangan mestilah ada hantaran sebagai penyeri majlis... biasa nya kalau pihak lelaki bawa lima pihak pempuan akan balas 7 .. tak tau pulak ada ke syarat apa yg patut dan tak patut di jadikan hantaran.. ikut cita rasa masing masing la kot..trend barang yg di jadikan hantaran ni pun berubah2 ikut masa la kot.. kalau zaman dulu mungkin kena bawa pisang ke kelapa ke ubi kayu ke sebagai hantaran.. hehe
tapi zaman dah berubah.. HP pun boleh di jadikan hantaran... lain kali laptop la kot hehe masa anda dulu apa ye hantaran yg di beri? hehe

Sunday, April 25, 2010

keretapi




Dah lama tak tengok keretapi melintas jalan.. kebetulan tadi balik dari melaka terpaksa berhenti beri laluan kepada keretapi ni..nostalgia naik keretapi ke singapura satu masa dulu..adik terus sebut.. abah jom kita naik keretapi...

anda ada pengalaman naik keretapi??

Qaisara dan Arifah

gambar no. 1

gambar no.2

malam tadi kami ke dua distinasi..
memula ke Puncak jalil kerana gambar no 1
kemudian ke Putrajaya kerana gambar no 2..

tu je lapuran pagi ni..
sekian terima kasih..

Thursday, April 22, 2010

kesesakan..

satu isu hangat di bincangkan oleh warga kota adalah trafik jem.. siapa yang bekerja si Ibu kota faham sangat masaalah ni.. bagitu juga kepada mereka yg selalu berkunjung ke kuala lumpur..tapi tau kah anda setiap hari sebanyak 1,000,000 trip sehari masuk ke kuala lumpur dan sebanyak itu juga trip keluar dari kuala lumpur ..mereka masuk ke Kuala Lumpur dengan pelbagai alasan, utk bekerja, melakukan business , melancong, sekadar melintas dan pelbagai aktiviti lain..kadar penggunaan pengangkutan awam berbanding pengangkutan persendirian masih di tahap yg agak rendah..

keadaan agak sesak biasa nya berlaku pada waktu puncak pagi dan petang, walaubagaimana pun masih dalam keadaan terkawal.. dengan ertikata jika kita merancang perjalanan dengan betul kita masih boleh jangka bila akan sampai ke distinasi.. penjawat awam masih boleh sampai ke pejabat masing masing utk punch card sebelum memulakan kerja.. pelbagai usaha telah di lakukan utk mengawal keadaan kesesakan ini supaya menambah keselesaan kepada pengguna jalan raya.. utk menghindarkan terus trafik jem dari berlaku adalah agak mustahil .. kecuali penguna bersedia mengubah gaya hidup dengan lebih mengutamakan pengangkutan awam ..

selain dari keadaan waktu puncak, punca utama kesesakkan di sumbang oleh sikap pengguna sendiri, iaitu meletak kenderaan di tepi jalan sesuka hati tanpa menghiraukan pengguna lain, kecuaian semasa memandu sehingga berlaku kemalangan .. selain dari banjir kilat dan sebagainya.. mengapa tidak beralih kepada pengangkutan awam? dah tau dah jawapan nya pasti sistem pengangkutan wam masih belum cekap.. bila pengangkutan awam akan cekap..? jawapan nya bila pesarana yang di rancang dapat di siapkan? bila pula segala perancangan ini akan siap? jawapannya bila kerajaan mempunyai cukup dana untuk melaksanakan nya.? bila pulak dana akan mencukupi?... so soalan ini akan terus boleh di ajukan dan di jawab tetapi tidak akan menyelesaikan

perbagai agensi bertanggungjawab dalam sistem pengankutan awam di malaysia .. setiap agensi mempunuai agenda tersendiri dan pendekatan yg berbeza.. ada yang selaras di antara satu sama lain dan tidak kurang juga yg berbeza pendapat dalam banyak perkara.. so bila akan selesai? dan akhir nya kerajaan bersetuju utk menubuhkan satu agensi pusat iaitu SPAD utk menganbil alih tugas beberapa agensi berbeza ini dan menyelaras agensi2 yg tidak boleh di satukan.. adakah dengan penubuhan SPAD keadaan kesesakan akan selesai? adakah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik? adakah nisbah penggunaan pengangkutan awam akan bertambah? adakah gaya hidup warga kota juga berubah?

sama sama kita tunggu dan lihat.... apa pendapat anda??
part1

copy paste..

Blogger intan.dayana said...

hehe..cOmel je post ini.. :

intan .. comel ke? hehe

April 21, 2010 12:06 AM

Blogger Yunus Badawi said...

nak tulis blog kalau takde idea takpe sebab boleh tempek gambar tapi kalau nak tulis laporan teknikal takde idea itu lagi susah.

Saya dari petang tadi nak tulis laporan otak jam sbb banyak fikir benda lain. Dah nak tengah malam ni baru siap dan hantar. Ada pulak yg terus baca dan balas ngeee

YB.. bagus la tu.. semuaga bertambah projek hehe

April 21, 2010 12:29 AM

Blogger Aleeya said...

huhuuu takpe abg zino..take ur time hehe..

aleeya.. cara ni boleh juga kan hehe..

April 21, 2010 12:52 AM

Blogger Zareda Norman said...

mood belum marilah tu... hehehe

zar.. kadang tu buntu nak tulis apa hehe

April 21, 2010 1:37 AM

Blogger ciK LyndaWawa igUana said...

tu je?idea gak tu..huhuhu

wawa.. ok lah kan hehe

April 21, 2010 1:55 AM

Blogger kak Erna said...

nanti nak buek camani gak lah..sonangkan..he he..

erna.. padat dan ringkas hehe

April 21, 2010 6:33 AM

OpenID kayteeze said...

Nak menulis ni memang tak boleh dipaksa-paksa...

kayteeze.. setuju..

April 21, 2010 7:57 AM

Blogger cikMilah said...

tak pa.. jgn tension tension pulak ya..

April 21, 2010 8:52 AM

Blogger Mak Su said...

kih kih kih.... soba yo lah

April 21, 2010 9:08 AM

Blogger KAKTINY said...

dapat tulis 14 perkataan tu pon jadilah abah oii.. hihihihi...

kaktiny.. panjang dah tu kan hehe.. stail ni ok juga kan hehe

April 21, 2010 9:23 AM

Blogger "MULAN" said...

wuih.. best nya aktibiti makan2 sebelum ni.. lapar la pulak..

mulan.. aktiviti makan tu acara yg selalu di nanti2kan..

April 21, 2010 1:15 PM

Blogger atty's said...

takpe..rileks dulu nanti dtglah idea tuh ..

atty.. malam ni buat ulasa selari je hehe

Tuesday, April 20, 2010

buntu..

dah setengah jam memberi tumpuan tapi idea menulis tak datang juga
sekian terima kasih..

Sunday, April 18, 2010

makan besar..

happy one big family..

kolam yg penuh ikan..

Arifah dengan abah..

Qaisara yg riang..

tinggal lagi sikit tu..

dah tinggal tulang hehe..

sedang menikmati makanan yg enak..

setelah beberapa kali tertangguh.. maka malam tadi kami berkonvoi utk makan malam bersama.. mem dengan angah yg merancang kat restoren mana nak pegi.. tempat yg di cadang sebelum tu tak menjadi.. utk mengelakkan memasing sesat mencari tempat kami berkumpul dulu di rumah angah.. bila semua dah berkumpul baru le kami menuju ke distinasi..tak jauh sangat pun area Bangi sana tu..

mem kata kita pernah ke tempat ni dulu tapi bila sampai saya kata tak pernah ni firstime.. maybe nama restoren tu lebih kurang sama dan layout kawasan pun nampak lebih kurang sama.. Restoren Village View.. mungkin ke dua2 tempat owner yg sama juga..kot.. tapi masa kami sampai memang sangat ramai orang kawasan besar..tapi masih ada ruang utk kami.. tugas meng oder mem dan anak anak .. zino sempat dulu melayan di Qaisara.. Arifah pulak tak berapa sihat.. melekat je dengan abah dia..secara keseluruhan makan kat sini ok juga.. rasa macam boleh datang lagi lain kali tak erapa jauh dari BTR..

kiranya sambutan malam tadi dua dalam satu.. sambut birthday adik tanpa kek dan makan makan utk meraikan kejayaan Fizah..malah tanpa apa apa nak selebrate pun kami selalu berkumpul dan makan makan.. satu kaedah utk meng eratkan ikatan keluarga kami..

Friday, April 16, 2010

have laptop will travel...

gambar ini di kendit di sebuah restoren
makanan segera..tanpa izin
tuan nya...

telah menjadi satu trend kemana mana kita pergi kita akan melihat pemandangan macam ni.. nampak masing masing sibuk dengan tugasan , sehingga tak sempat nak minum makan pun walaupun masuk kedai makan..hehe apa yg lebih penting mereka akan mencari cafe atau restoren yg ada WiFi dan ada kemudahan plug point supaya boleh "sembang" lebih lama di restoren tersebut.. gaya mereka semua ni macam student.. tapi dari pemerhatian zino tadi bukan semua student .. ada juga mak student dan bapak student.. hehe

yang penting mereka ni seolah olah mentelaah pelajaran atau sedang menulis tesis yang tak habis habis.. sekurang2 nya itu tanggapan kita bila melihat masing masing bagitu tekun mengadap laptop masing masing..

tapi bila adik pegi meninjau dengan lebih dekat , kemudian dengan tersenyum adik datang memberitau.. abah.. dia orng tu main farmville.... oo alah hehe

Thursday, April 15, 2010

happy birthday budak manja...

selamat hari lahir
buat budak manja ni..
tak sambut apa lagi pun...
kena tunggu hujung minggu..
mak dia nak kumpulkan semua anggota hehe