Saturday, October 31, 2009

kampong?

kawan fizah kata nak tumpang esok..
mereka ada program di bukit mahkota, Nilai
tapi kami ada program balik kampong..
so saya beri cadangan...
semua yg tumpang ikut sama..
ada pelbagai reaksi..

ada yg kata banyak nyamuk... tak mau ikut
ada yg kata tak nak pegi terus...
ada sok sek sok sek...

itu lah anak anak zaman sekarang...
lebih lagi anak yg memang tak ada kampong..
entah apa yg di fikir bila kata kampong..
masuk hutan ke agaknya..
kena mendaki gunung ke?
atau merantas sawah padi sambil jinjing kasut hehe

mahu sangat saya bawa mereka tu balik kampong
dan lihat sendiri.. apa yg di katakan kampong..
bagaimana suasana kampong..
betapa seronok nya bila berada di kampong..

betul tak?

Friday, October 30, 2009

handphone

apa guna talipon?

untuk berkomunikasi..
untuk bercakap..
untuk ber sms..
untuk ber mms
untuk chatt..
untuk ambil gambar..
untuk rakam video..
untuk bersembang..
untuk berbual...
apa lagi..

untuk menjawab......
untuk di hubungi
untuk mudah di kesan
untuk menyampai maklumat..
untuk mendapat maklumat..
untuk menerima arahan..

tapi sorang mamat ni
tak pernah nak angkat talipon..
selalu menghilang..
selalu beri alasan..
selalu mengelak..
susah sangat nak cari dia..
dah berbueh mulut bercakap..

siap la lapuran prestasi kau tahun ni....
menggambarkan performance sendiri..
jangan salahkan sesiapa..

Wednesday, October 28, 2009

baby qaisara..

baby qaisara dah discaj dari spital.. angah refer kat spital pakar kat Bangi.. bila Dr hospital biasa tak dapat nak detect baby sakit apa.. rupanya kat area tu berderet hospital pakar swasta ni.. nampak macam satu kelompok hospital.. swasta... berapa dia caj agaknya..

bila kami sampai malam tu baby sedang nyenyak tidur.. tapi lepas sorang sorang mengusik baby.. akhirnya baby terjaga.. terpisat pisat baby bila tengok keliling ramai dok kerumum dia.. hehe
suhu badan dah normal.. tapi masih bawah pengawasan Dr.. kat tangan ada jarum suntikan supaya mudah nak masukkan ubat.. alahai tangan yg halus tu di cucuk jarummm.. kesian nya..tak apa lah baby.. demi utk kesihatan di masa depan..

semuga baby terus sihat...

sedih...

Tindakan nekad guru, pengawal keselamatan selamatkan ramai murid

27/10/2009 3:41pm

KAMPAR 27 Okt. — Tindakan nekad seorang guru dan tiga pengawal keselamatan terjun mengharung air deras dalam kegelapan malam menyelamatkan 19 murid daripada hanyut dalam kejadian jambatan runtuh di kawasan perkhemahan Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta di sini malam tadi.

Hanya cahaya samar lampu dari kawasan perkhemahan yang terletak di seberang tebing sungai berkenaan membantu usaha menyelamat itu.

Suasana ketika itu kelam kabut dengan jeritan minta tolong dan tangisan murid yang berpaut pada tali jambatan, kata pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Zulkifli Mohamad, 38, kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, 22 murid terjatuh ke dalam Sungai Kampar semasa sedang menaiki jambatan gantung yang baru dibina dua minggu lepas itu untuk jamuan malam di SK Kuala Dipang.

Kumpulan itu adalah antara 298 murid dari 64 sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di pusat berkenaan yang terletak di tebing berdepan sekolah berkenaan. - Bernama

Sunday, October 25, 2009

cucur udang alor gajah..






entah macam mana tanpa di rancang kami sampai ke alor gajah makan cucur udang ..memula tu mak kata nak cari krusi lipat utk di bawa ke masjid.. nak berdiri lama masa sembahyang dah tak larat kaki sakit, katanya dah minta sorang sedara tu cari kat tampin tapi tak jumpa.. habis stok la kot..

zino cadangkan pergi cari di masjid tanah, kat situ ada banyak kedai perabut mana lah tau ada rezeki.. so kami pun ke masjid tanah la.. kedai pertama kata tak ada, kedai kedua kata.. dah habis ..bila sampai kedai ketiga..

"tokei , ada jual krusi lipat ka?"
"oo, itu krusi sembahyang ka?", ada ada..

apek tu macam tau je krusi apa yg kami nak cari , dia kata dah ramai yg datang beli krusi sembahyang kat kedai dia.. lantas mengeluarkan satu krusi besi yg boleh lipat, kecik ringan dan mudah di bawa kemana mana.. bawa krusi tu tunjuk dengan mak yg menunggu dalam kereta.. mak kata ok.. terus zino beli dua..

lepas tu mem bisik nak makan cucur udang alor gajah.. seorang suami penyayang tak akan menghampakan harapan isteri dia kan hehe.. so kami pun terus ke alor gajah ikut lendu.. menikmati cucur udang yg enak.....

jemput makan semua.. hehe

Saturday, October 24, 2009

Sawah padi..




e

bila melihat sawah yang luas terbentang
teringat zaman kecik2 dulu di kampong..
masa tu kami mewah dengan padi..
di depan rumah mak ada sebuah kepok
di dalam kepok penuh dengan padi..
boleh bertahan sehingga bertahun tahun..
kalau tikus jatuh dalam kepok boleh mati kekenyangan..

masa tu ada mesin padi
setiap minggu datang ke kampong
menukar padi menjadi beras..
sebelum mesin padi perlu di jemur sehingga kering...
menjaga padi yg di jemur satu tugas berat..
mengejar ayam itik yg cuba mencuri makan..hehe

itu dulu... zaman dah berubah..
di kampong sawah padi dah jadi kebun sayur..
atau yg lebih teruk terbiar bagitu saja..

gambar gambar di atas tu bukan zaman dulu..
tapi zaman sekarang.. berlaku sebentar tadi..
di sg besar ...

Friday, October 23, 2009

block bukan blog

pagi tadi bila nak masuk tenet terus tak boleh..
ingatkan line tak baik tunggu kejap
lepas tu cuba lagi.. tak menjadi juga..
lepa tu tanya staf kat luar tu..
dia kata IT dah sekat..

WHAT?????

ada yg kata mengong punya kerja.. hehe
dia sambung lagi.. lebih baik ambik semua PC ni
tukar dengan typewriter balik hehe
hopefully langkah sementara je..

kalau berterusan.. hidup akan menjadi bosan..
ala bukan dapat pun duduk depan PC tu..
cuma perkara yg di lakukan kurang bijak..
kata nak menggalakkan guna IT..
kalau nak sekat pun sekat la lama yg tak tentu hala tu..

tak sempat lagi nak bertanya dengan dia org..
nanti lah.. tengok dulu sehari dua ni..

Wednesday, October 21, 2009

hasil?

salam utk semua..
retreat di Nilai telah berakhir..
banyak perkara yg di bentangkan
banyak benda yg di bincangkan
banyak agenda yg di huraikan..
banyak nasihat,teguran,amaran di keluarkan..

ada yg santai..
ada yg serious..
ada yg pedih..
ada yg geram..
ada yg tragis..
ada yg kelakar..
ada yg muram..

semuanya satu proses..
segala nya satu rencah..
perlu di canai
di uli
di kacau...

inshaAllah hasil nya kemudian nanti cukup lumayan..
percaya lah....

Monday, October 19, 2009

lintas dari Nilai Spring..

Sejak semalam kami dah berkampong di Nilai Spring
ini firstime datang sini..
kabar nya resort ni baru siap
baru lima bulan beroperasi..
cantik..
bersih
nyaman..

lebih nyaman kepada yg datang sini nak bermain golf..
kepada yg tak geti nyabit.. sama ada pegi jooing kat luar tu..
atau merayap ke Nilai 3.. hehe
atau membuta je lah..

program bermula malam tadi..
sentiasa hangat dan panas hehe
tapi berjalan lancar..

ada dua hari lagi perlu di lalui..
big bos kata kalau boleh siap awal boleh balik awal..
iya ke tu? hehe

Friday, October 16, 2009

Retreat lagi.....

kami akan keluar kawasan lagi
tak berapa jauh dan tak berapa dekat
hanya dua tiga pelaungan saja..
berkumpul lagi
pembentangan
pembincangan


bersedia menjawab
bersedia memberi alasan
bersedia dengan sebab
bersedia di kritik
bersedia di tegur
bersedia di grill.. hehe
bersedia apa saja...

ini bukan kali pertama
ini juga bukan kali ke dua..
dan memang kami bersedia..inshaAllah..


lepas tu apa jadi???
perjuangan belum tamat..
kerja perlu di teruskan..
pencapaiaan terus di tingkatkan
dan terus di tingkatkan...

dimana?
bila?









patut la big bos pilih tempat ni hehe
18hb Okt..21 Okt 2009..

Wednesday, October 14, 2009

seminar atau berehat???

esok ada seminar seharian di Prince Hotel..
apa makna tu..??
zino berehat dari bekerja sehari...
boleh merelekkan minda..
boleh merehatkan otak..
boleh berjumpa ramai orang..
boleh saling bertukar pendapat..
boleh kenal kawan baru..
boleh bertukar kad nama..
boleh makan2... oops esok last puasa!!
boleh tidur.. dalam dewan ..


pilih yg mana satu zino akan lakukan hehe

Tuesday, October 13, 2009

tension

selepas mesyuarat tadi masing masing mengeluh...
tension yang amat sangat..
terlalu banyak yg perlu di lakukan..
terlalu sedikit pencapaian di perolehi..
terlalu tinggi harapan di sandarkan
terlalu besar pengharapan..
segala nya perlu perfect..
semua nya perlu segera..
cepat
pantas..
tepat...
telus..

tak mau dengar alasan..
tak peduli segala kekangan..
tak mau tau keupayaan..
tak kisah apa kekurangan....
walau apa tahap keupayaan..

yg penting deliver..
yg penting outcome..
yg penting capai..
yg penting just do it..

alahai..............

lembab...

dua tiga hari ni
berlaku kelembatan yg amat sangat dengan capaian internet
maka daya usaha utk membuat posting ikut lembab..
dan terpaksa menunggu lama sistem mula belayar..
terpaksa lah tunggu keadaan pulih........

Friday, October 9, 2009

Fakta..

Penduduk Islam dunia kini 1.57b

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Thursday, October 8, 2009

apa dah jadi?

Pelajar bakar dewan peperiksaan sekolah


Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (kiri) melihat kesan kebakaran di sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan PMR sambil diberi penerangan oleh pengetua sekolah, Meskam Masbor di SMK Johor Jaya 2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.

Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.


apa dah jadi ni cik gu??

Ancaman Bendera

Ancaman Bendera tidak babitkan tentera

08/10/2009 2:36am

KUALA LUMPUR 8 Okt. — Ancaman satu kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ’Benteng Demokrasi Rakyat’ (Bendera) yang dikatakan bertekad akan menyerang Malaysia esok tidak melibatkan permasalahan berkaitan ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, rakyat Malaysia diharap tidak panik atau membuat sebarang andaian negatif berhubung khabar angin berkaitan gerakan itu yang dianggotai oleh sekumpulan kecil yang diupah oleh pihak tertentu.

Dengar cerita nya pihak pihak tertentu ni datang nya dari malaysia ? betul ke? anak sape lah tu ya....kalau dia orang masuk Malaysia pegi rotan je..


Wednesday, October 7, 2009

1malaysia

hari ni kami makan makan lagi.. kali ni makan besar yg di adakan di Taman Tasik Titiwangsa.. memula majlis perhimpunan Kementerian, lepas tu di sambung dengan Majlis hari raya.. bila dah hari raya tu apa lagi makan je lah hehe

nak cerita panjang mata dah ngantuk.. kita layan gambar2 je lah ya..


ada tak ciri ciri 1malaysia? hehe

sebahagian yg hadir...

yang ini juga..

tengok macam biasa je tak payah sengetkan kepala tu hehe

satay pun ada.. sedap..

agak2 apa benda ni kan? tapi sodappp

selamat hari raya Dato'

apa apa pun sebelum tu kita nyanyi dulu..

tu je.. sebenar nya ada penyanyi jemputan.. si Izat tu.. tapi gambar yg di rakam tak berapa nak menjadi so bayangkan je lah budak tu nyanyi atas pentas tu dan berdoyon2 nak naik ke pentas nak tangkap gambar hehe..

Monday, October 5, 2009

patah tengkuk...


nasib baik la dah nak masak baru dia patah tengkok...
kalau tak harus jadi gulai pisang muda hehe..
batang kecik je.. tak terbawak dek buah yg besar..

sape nak? buat cekodok hehe..

Sunday, October 4, 2009

rumah terbuka dan jem...

rumah terbuka yang pergi dua je.... tapi nak melayan jem nya aduh...

satu di langat sana tu.. biasa nya masuk sana mana ada jem.. tapi hari ni jem sejak keluar hiway besraya lagi.. sampai la ke taman sri nanding yg nak di tuju jemmmmm sepanjang jalan.. hampir satu jam di jalan raya.. bila nak keluar dari taman tu sekali lagi tempuh jem.. ada ke patut.. rope rope nya ada YB buat rumah terbuka dan jemputan di pamir sepanjang jalan satu malaya tau.. patut le berdoyon doyon orang kesana...

bila menuju ke Puncak Jalil sekali lagi kena tempuh jem.. kali ni ke rumah anak sedara .. firstime sebenarnya ke rumah baru dia ni.. rumah lama tak pernah pun pergi hehe.. la... tak jauh pun dari rumah along.. ke depan sikit lagi je... masing masing bercerita macam mana nak balik.. nak menempuh jem semula.. agaknya di mana mana ada jemputan rumah terbuka pasal tu kemana saja jem.. mewah nya rakyat malaysia hehe..

so ada yg bertanya, rumah pakngah bila nak buat?? oops sape nak jawab tu ? hehe

Saturday, October 3, 2009

Sembahyang hajat

tiga sahabat karib bersama bonda masing masing

Malam tadi berlangsung majlis sembahyang hajat di sekolah SAB utk murid murid yang akan mendudukki PMR,SPM dan STPM.. makna nya ini kali ke dua kami ke majlis seumpama ini di sekolah yg sama, memula dulu masa Hafizah nak ambil PMR, kali ini Hafizah akan menduduki peperiksaan SPM.. Dewan sekolah dah besar hasil dermawan seorang bekas pelajar SAB dan kini telah menjadi seorang ushawan yg berjaya..

kami sampai agak lewat sikit kerana sehingga jam 6.30 meeting zino tak habis lagi sehingga mem bagi reminder bila nak pegi.. minta kebenaran bos keluar awal dan bergegas ke SAB.. jalan mana pun kami cuba semua nya jem.. sampai je sekolah jemaah dah selesai sembahyang magrib..tak sempat nak berjemaah sama..

program di kendalikan seorang pakar motivasi.. suasana ada masa nya ceria ada masa nya cukup emosinal.. menyentuh perasaan.. program selesai jam 10.00 malam.. ada jamuan tapi kami tak tunggu.. tak sanggup nak beratur utk mendapatkan juadah.. kami terus balik , jemput adik dan cari makan di kedai mamak hehe...

Marilah kita sama sama doakan Hafizah dan kawan kawan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti..inshaAllah..