Thursday, December 10, 2009

semakin melampau....

Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Namun, sebaliknya kerajaan tetap juga memperuntukan RM9 juta untuk membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam dari tahun 2000 hingga 2008.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.

"Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dari tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat agama lain untuk tempoh yang sama.

Kor Ming mendakwa kerajaan bersikap menganaktirikan rakyat bukan Islam di negara ini.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

nampaknya mereka semakin berani dan melampau membuat permintaan yg mereka tau mereka tiada hak untuk meminta ....

12 comments:

Dee said...

mmg x patut dibiarkan..lama2 pijak kepala..

Zareda Norman said...

*senyum aje*

mana dorang tak berani, sikap kita yang selalu tak apa tak apa...

cheryna zamrinor said...

kuil..kuil...kuil...muak dah.
kat seremban nieh beraircond bagai.
tension betul.
jalan lurus pon jadi bengkok!

aNIe said...

Sepatutnya anak2 muda kita sekarang sedar akan keadaan ini...mereka harus bangkit untuk memperjuangkan bangsa kita...sebab mereka itu sudah mula memijak kepala

myQza said...

bila sudah sentuh bab agama.. ini mmg satu yg melampau!!

buang daerah je dia tu!!

Pok Li said...

Bila mereka membuang perlembagaan negara dan mentafsir ikut selera sendiri. 52 tahun merdeka kita masih tak faham kehendak perlembagaan. Tentulah lebih sukar lagi untuk memahami 1Malaysia yang baru tu.

Yunus Badawi said...

Nasib dia cakap dlm Parlimen. Kalau di luar patut kena tindakan bawah akta hasutan.

Kuil hindu tumbuh mcm cendawan. Sepatutnya bila nampak aje binaan haram tu PBT mesti robohkan dgn segera.

en_me said...

salam jumaat abang zino tewww..

~ez~ said...

hmm...memang melampau..

cikMilah said...

sarang tebuan jangan di jolok....suruh dia pi tengok kuil baru kat Air Itam,Penang...

SaifulBashrie said...

stuju..huhuh

PerantauSepi1306 said...

yea... dah kerajaan sendiri wujudkan 1 malaysia... maka pastinya apa-apa pun mau sama lah... len kali seblum buat cogan kata.. fikir2 lah dulu impaknye..