Thursday, January 13, 2011

biar betul...

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

biar betul........!!!

23 comments:

Pak Ngah: said...

:: kita tersepit antara untuk membantu mangsa kemalangan dan bersedia menerima saman.. atau buat tak kisah.. jangan peduli.. jangan membantu.. sedangkan pihak lain belum tiba..

:: sebaiknya bantulah demi nyawa insan lain yang perlu diselamatkan.. apabila pihak lain belum tiba di lokasi..

kak Erna said...

betul la tu..

MOKCIK AZWA said...

Lepas ni, pakcik makcik yang bawa motor di kampung yg tak pakai topi keledar pun akan kena saman..

aNIe said...

Larrr...abih kalau mereka2 yang disebutkan itu tiada atau lambat sampai ditempat kemalangan takkanlah kita nak tengok je...

idahani said...

Abah, mang setiap kali kemalangan lebih ramai yg melihat shj dr membantu.

Dee said...

eh..xleh tolonglah ye...kalo nampak..lalu je..huhuhu..

Mak Su said...

elok tu, sy rimas ngan penonton kemalangan, dok slow slow kat situ nak tengok2. kes penonton ni biasanya wujud ketika polis ambulan dah datang, tapi dorang degil and still nak jalan slow2. utk cases yang baru terjadi, mmg kena berenti utk hulurkan bantuan disamping calling pihak berwajib, kan.......

~ yus ~ said...

setuju dengan kak anie.

Tapi kalau dah ramai sangat, jangalah berhenti..

Kena tgk keadaan juga kan..

Zareda Norman said...

kalau dah nampak ambulan polis bomba JPA semua daha da.. eloklah disaman kereta yangs engaja memperlahankan dan meyesakkan jalan tu.. tapi kalau kita terserempak dengan kemalangans edgkan bantuan belum tiba.. rasionalnya kita berhentilah menghulurkan bantuan

Ada Dalina said...

betullllllll..kdg tu eksiden bknnya teruk mana pon, jem je lebih...
haiiihhh...lgpon org awam bkn bleh bantu sewenang-wenangnya kan? kang x pasal2 jd menda lain pulak...

ciK LyndaWawa igUana said...

erk..no komen..depend ngan keadaanlaa..

zino said...

pakngah..
betul tu..

zino said...

erna
yg mana satu betul.. hehe

zino said...

azwa
keselamatan di utamakan.. hehe

zino said...

anie
dua kereta pertama je yg tak di saman hehe

zino said...

ida..
rakyat prehatin hehe

zino said...

Dee
kalau tak berkaitan lalu je hehe

zino said...

mak su
dia orang rasa macam nak bantu tapi tak nak bantu..

zino said...

yus
kalau ramai sangat berkerumun orang yg betul2 nak bantu pun rimas

zino said...

zar,,

dua tiga kereta je yg di benarkan berhenti.. hehe.. tapi tonto pun ramai..

zino said...

ada
yg ramai2 tu bantu tengok je tau hehe

maklang said...

sesak jalan tak pe jangan sesak napas..he he

zino said...

saya sokong maklang hehe