Friday, January 21, 2011

satu peristiwa....

Dalam perjalanan balik dari menjemput alang balik dari Bukit Beruntung.. kami singgah di R&R Sg Buloh.. yg atas jambatan tu.... singgah solat dan membasahkan tekak... waktu tu dalam jam 8.oo lebih kot.... sementara alang ke kaunter membeli air rootbeer.. dan fish sandwich... kami duduk tersandar di kerusi berhampiran..... penat maklum lah balik kerja je terus ke tempat alang....

Tak lama lepas tu alang datang dengan makanan yg di pesan... tiba tiba sebuah kereta peronda polis sampai dan parking berhampiran tempat kami makan... Manager A&W (kata alang) dan seorang pelanggan kelihatan meluru ke kereta peronda .. saya tanya alang, apa hal tu..? alang kata tadi dia terdengar perbualan antara manager tu dengan pelanggan tu... pelanggan tu minta bantuan manager untuk menghubungi polis... kereta nya di larikan orang.... dalam perbualan tu lagi alang terdengar pelanggan tu kata dia baru je sekejap park dan keluar utk membeli makanan di A&W yg sama.. bila dia pergi semula ke kereta dia dapati kereta dah tak ada sedangkan isteri dan anak ada dalam kereta tersebut... dia minta bantuan manager utk menghubungi polis....

Peronda polis respond dengan pantas... sekejap je dah sampai .. selepas bercerita seketika kelihatan salah seorang polis peronda tadi dengan si malang bergegas ke tempat kejadian.. di seberang sana.. kami duduk di R&R sebelah selatan, kereta dia hilang di kawasan sebelah utara... bermakna dia menyeberang jambatan utk ke A&W membeli makanan... semuga keluarga mereka selamat dan kereta di jumpai semula.... SUSPEN sungguh... jangan terpico je ada saja yg mengambil kesempatan.. atau tempat tu memang dah jadi pot sesuai utk penjenayah menunggu ruang terbuka...

kepada anda semua (termasuk diri saya sendiri..) berhati2 lah....penyangak ada di mana mana...

16 comments:

roserose said...

kereta hilang sekali dgn family nya?
ini kes culik ke?

zino said...

dah jadi kes colek.. asal mungkin nak curi kereta yg di tinggal kot..

SoFie NuR said...

seriau pulak rasa...macam2 hal sekarang ni...

semoga tak jadi apa-apa dengan keluarga mangsa...

Rosli said...

berhati2 dijalanraya dan berhati2 meninggalkan kereta. Jgn percaya pada sesiapa dan jgn percaya pada situasi semasa.

kak Erna said...

aduhai..ado ko yang paham tu..dah terkeluar pulak ayat terpico tu..he he..

ciK LyndaWawa igUana said...

berhati2 pakcik.....=]

Mak Su said...

itulah yg ese takut tu, solalu posan kek laki se , kunci jgn lupa, posan kek budak2, takut. kito ni bukanlah pandai karate pun nak potahankan diri sondiri

kayteeze said...

Eh, takutnya.
Kita selalu kena tinggal dalam kereta gitu. Kekadang kita kunci, kekadang tidak. Lepas ni memang kena kunci..... Harap-harap semuanya selamat ditemui.

zino said...

sofir nur
semuga keluarga tu tidak di apa apa kan..

zino said...

Rosli..
betul tu.. bila nak mula menulis blog ni

zino said...

sapina
tak ado yg bertanyo paham la tu hehe

zino said...

wawa
pun kena berhati2 ya..

zino said...

mak su
betul tu perlu berhati2 selalu..

zino said...

kayteeze..
perlu sentiasa berhati2..

cikceriacorner said...

nasib baik xde ape2..pencuri skrg ni tunggu peluang aje..diaorg ni malas btul la keje..kalo org dr ngr luau tu rajin aje keje crik rejeki kat sini..

Zareda Norman said...

nimesti kes anak isteri tunggu dalam kereta dan klereta tak kunci.. penyangak masuk tem[at drive dan drive.. Nauzubillah.. takutnya..