Wednesday, January 26, 2011

Facebook, Twitter melekakan


MASSACHUSETTS - Kajian mendapati laman sosial Facebook dan Twitter mampu membuat manusia cende-rung mengasingkan diri daripada dunia nyata.

Penyelidik Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), Sherry Turkle mendakwa, laman sosial itu mampu mendominasi kehidupan harian, membuat seseorang itu terpencil dan tidak bersikap seperti seorang manusia.

Menurutnya, teknologi itu sebenarnya mengasingkan individu daripada berkomunikasi dengan manusia sesama manusia melalui alam maya adalah sesuatu yang buruk untuk dunia nyata. "Laman sosial ini memberi kesan kepada manusia, termasuk membuat seseorang itu gila dan memberi impak buruk kepada kelakuan mereka seperti dilakukan Simone Back, bulan lalu," katanya.

Back, 42, seorang pekerja badan kebajikan Britain, dijumpai mati selepas mengambil ubat berlebihan dos akibat tertekan di rumahnya di Brighton, bulan lalu. Namun, penyokong Facebook dan Twitter menuntut media sosial memberi manfaat kepada kehidupan seharian, misalnya, mampu berkomunikasi dengan lebih baik untuk hubungan jarak jauh.

itu bukan den yg cakap yo.... what say you??




kesempatan ini den nak ucap tahniah kepada pasukan lumba basikal Malaysia...makno e dah boleh bersaing dengan pelumbo Mat Salleh tu..

8 comments:

aNIe said...

Salam... memang pun boleh melekakan kalau tidak dikawal...

Harap2 kita semua mampu untuk membataskan diri dalam menggunakan FB dan Twitter... kalau tak mampu nak kawal nanti kebulur le anak2 kat rumah...hahahah

sya said...

Semuanya kena ada kawalan dan sederhana .. nama pun manusia, apa yg berlebihan memang memudaratkan

Zareda Norman said...

kalau kat opis ni memang dah jadi masalah utama prestasi kerja.. ndak aje zar bagi cadangan kat IT supaya hdakan on FB ni hanya pada waktu tertentu sahaja....

cikceriacorner said...

salam uncle..

fb n twitter memang melekakan..cume setiap individu kene pandai control diri aje..ehheh

MOKCIK AZWA said...

Yang melekakan itu bila mula bercucuk tanam, bermain itu ini..

kawalan diri amat penting supaya tidak terleka dan alfa...

Ada Dalina said...

ader betulnya jugak kenyataan itu! Huhuhu...sbenarnya atas diri individu tu jugakla kan...:D

MULAN said...

memang betol... jugak tak elok utk jantung org kata.. so saya tengah belajar kawal diri ni..

zino said...

nampak nya semua setuju dengan kenyataan tu....dan semua setuju kawalan atas diri sendiri...


ada lagi ke pendapat lain...