Thursday, January 22, 2009

si pemandu teksi










petang tadi zino berpeluang menghadiri satu majlis berkaitan pemandu teksi.. kabarnya pemandu di tawarkan utk memiliki permit individu maka akan terlepas la mereka dari di cekik majikan yang memajakkan teksi kepada pemandu dengan bayaran kecik darah.. pemandu yg bertungkus lumus mencari rezeki tuan punya teksi yg kaya raya..

entah macam mana dulu satu cadangan "bijak" permit di berikan kepada syarikat besar supaya servis perkhidmatan teksi di pertingkatkan ke taraf dunia.. kabar nya cara bagini mereka akan menyediakan pemandu teksi bertaraf dunia.. servis yg bertaraf dunia.. teksi yg cantik juga taraf duni.. itu kabar nya.. apa yg berlaku di sebalik nya .. maka pemandu merungut.. orang lain yg memerah keringat orang lain yg mendapat laba..

kabar nya keadaan mahu di perbaiki.. lebih seribu permit individu telah di tawarkan... pemandu bersorak gumbira.. mereka bertepuk danbersorak sepanjang majlis menandakan kegumbiraan yg tak terhingga.. mereka tidak lagi di belenggu.. lepas ni mereka boleh ada teksi sendiri.. bawa sendiri.. segala pendapatan milik sendiri .. kalau tuan/puan melihat teksi kaler merah/biru itu adalah teksi milik individu..ok

teringat kisah.. "abah" adik yg baru bersara.. konon nya nak bawa teksi.. tapi syarat syarat yg tokei teksi letak buat dia kecewa.. buat dia letih.. buat dia berputus asa.. kepada pemandu yg dah ada permit sendiri..pandai pandai la.. mencari nafkah.....buktikan anda seorang pemandu berhemah tinggi berbudi bahasa.. bertaraf dunia.. ada kelas gitu..

mari kita sokong pemandu teksi yg berkerja siang malam mencari nafkah utk menyara keluarga.. tanpa penindasan tokei2 yg tamak..., abaikan gambar yg tak berapa sharp tu.. di ambil dari camera talipon yg tak bagitu canggih..

31 comments:

aNIe said...

Harap2 dengan tawaran yang diberikan...pemandu2 teksi yang benar2 bertungkus lumur mencari rezeki akan dpt menikmati hidup yang lebih baik kerana tidak lagi ada majikan yang mencekik darah mereka....

zino said...

anie..
benar..

Kak Elle said...

zino cakap pasal taxi driver ni kan saya ni kalau gi kerja mmg malas nak naik train yg penuh manusia tu jadi hari2 kebelakangan semenjak lepas raya hari2 naik taxi walaupun satu trip ke sekolah makan antara S$16-$20 ikut traffic..kalau jam tu sampai yg tertinggi...banyak yg saya bualkan dgn driver2 ni....skg saya faham mereka terpaksa kerja keras nak bayar sewa taxi,minyak etc....

silversarina said...

Setuju sangat teksi sendiri , memang kesian kat mereka ni, kerja penat dah tu kena bayar sewa lagi tu, harap lepas ni mutu perkhidmatan teksi bertambah baik .. kami kalau ke KL nak senang bergerak naik teksi je , ada 3/4 pemandu teksi depan KLCC bukan nak bawak penumpang tempatan ,mereka nak dapat habuan besar bila bawak pelancong luar sebab tak payah guna meter... memang ada je group drebar tu kat situ .

Mr PenyuBiru said...

lepas ni harap² harga tambang teksi bleh turun kut. hehe..menyibuk je aku yg sekali setahun je naik teksi.

zino said...

kak elle
masa zino kat sg baru2 ni.. memang teruja nak naik teksi.. hehe sebab nak merasa naik merc besar hehe

silversarina
memang macam2 cerita driver teksi ni.. nasihat kepada mereka cari lah rezeki dengan cara yg halal.. dalam paper hari pun ada cerita tak baik pasal perangai driver teksi ni..

penyubiri..
baru tau ke tambang teksi memang dah lama turun.. pernah tak bayar tambang masa naik.. masa turun kan ? hehe

zino said...

alamak penyubiri pulak jadi nya...maaf ye penyubiru hehe

HappyIrfa said...

salam bro..
saya setuju.sbb fil pun bawak teksi lepas pencen polis.dia pun cakap penat..kdg2 duit yg dapat sehari itu hanya cukup bayar sewa teksi..sdgkan dia sehari suntuk tekan minyak

CuTeMiUt78 said...

kesian kan kat pemandu teksi ni.. keja penat.. tapi hasil tak seberapa.. semoga selepas ni mutu perkhidmatan teksi lebih baik hendaknya

Zareda Norman said...

harap harap lepas ni sikap pemandu teksi akan lebih baik.. dan tak memilih destinasi lagik...

nurazzah8 said...

salam ziarah dan salam perkenalan....selalu tengok nama En Zino ni meninggalkan komen di blog kawan-kawan...baru kini saya berani meninggalkan jejak di blog ini...gambar di atas itu gambar rumah Zino? memang kaya dengan unsur-unsur senibina ... ini rumah di Melaka kan? saya suka tengok rumah-rumah lama di Melaka yang terkenal dengan tangganya yang berwarna-warni...kalau nak balik ke Shah Alam dari Johor...kami selalu lalu jalan lama melalui kampung2 di Melaka...sebab saya suka tengok rumah2 kampung yang antik tu...lalu highway boring...tengok pokok aja sepanjang jalan..hehehe..

berkenaan pemandu teksi ini, memang saya juga setuju dgn pemberian permit individu ini, semoga nasib pemandu2 teksi ini akan terbela... jika zino baca entri di blog saya, ada 2 insiden yang melibatkan pemandu teksi...saya sangat menghargai pemandu2 teksi yang berhati mulia ini, sanggup memulangkan dompet anak-anak bujang saya yang hilang dengan menghantar sendiri ke rumah. Sayang saya tidak dapat berjumpa mereka kerana mereka datang sewaktu saya sedang bekerja.

Masy said...

seronoklah pkcik2 teksi lepas ni.. merasa betul2 hasil titik peluh sendiri :)

Mak Su said...

kadang2 kat kertas kerja tu hebat ler... tapi in actual, tak ke mana.. :(

moga para pemandu teksi yang ada, tetap bekerja keras dan ikhlas :)

~mardihah~ said...

mari kita sokong..takbir.....

hehehee

Izhal said...

world class, bertaraf dunia... semua kata-kata ni perkataan favourite mereka dan company-company mereka... bagus article ni Zino...

Sastri said...

bagi pemandu teksi yang benar-benar mencurahkan keringat demi mencari rezeki, inilah peluang mereka... semoga bukan sekadar janji kosong yang diberikan kepada mereka...

zino said...

happyifra
itulah keluhan pemandu teksi..

cutemiuit
harap2nya macam tu la..

zar
itu pun satu masaalah.. jem tak mau pegi hehe

nurazzah
rumah zino tu kat N9.. rumah yg penuh sejarah..

masy
boleh le naik teksi datang sogo hehe

maksu
harap2 berjaya..

mardihah
semangat ni la yg patut ada hehe

izhal
terima kasih..

sastri
mereka kena buktikan..

DeeN said...

Wah, uncle pi ke majlis tu. Tak nampak pon kat dalam tivi. Asyik nampak muka TPM jer hehehe ...

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

baguslah tu, kesian kat driver taxi, yang berhempas pulas siang malam duk carik duit

zino said...

deen
ada sekelimbas je.. 1/2 saat kot hehe

crazy beautiful
lepas ni mereka boleh merancang masa depan yg lebih baik..

Nong said...

Satu idea bagus tu. Teringin pulak nak dapatkan satu permit untuk hubby yg dah retire tu.

Relaks je kat rumah... he he

en_me said...

weiiii, me tokeiii katernyerrr.. ehehe

zino said...

nong
cuba2 lah apply..

en.me..
tokei teksi ke ni hehe

azlanlin said...

Moga individu-individu ini mampu membentuk kesatuan dan kumpulan dalam membantu antara satu sama lain. Takutkan, mereka gagal menjadi seberkas lidi!!! Banyak pengalaman yang mengajar dalam hal ini. Akhirnya entah ke mana semuanya...

Abang Long said...

Bila mereka jadi BOS SENDIRI. Sebenarnya peluang mereka untuk merubah kehidupan terbuka lebih luas.

DeeN said...

Uncle, ade ker, ade ker? Laa awat tak lambai2 tangan. Buat peace ka. Baru la perasan. Heheheee...

zino said...

azlanlin
betul tu mereka juga perlu bersatu sukan setakat berpesatuan je..

abanglong
kenalah selalu kreatif utk membuat perubahan..

deen
artis boleh le lambai2 sebab ada peminat hehe

Neeza Shahril said...

hari tu dah masuk sekali ke sini.. tapi lupa tukar url. lepas beranak langsung lupa.. padanlah blog tak update.. rumahnya masuk rumah lama.. takde orang.. anda hantu je heheee..

masa neeza selalu naik teksi di KL, USJ dulu, selalu pemandu teksi merungut pasal ni.. diorang kerja teruk untuk cukupkan duit bayar pada tokey permit.
kesian pulak dengar..

Tie said...

Oh...Tie pernah terfikir pemandu teksi ni...hidup di bandar atau di pekan kecil... hasilnya mungkin sekadar cukup makan...

zino said...

neeza
dah agak mesti ada yg masih tersesat kat tempat lama..

tie
itulah keluhan mereka..

PerantauSepi1306 said...

bro zino.. ayah saya dulu lepas bersara dia pernah bawak teksi kejap.. sian we ol tgk dia.. letih2 cari duit, kompeni yg kaya :( ja'at la depa ni... dia try mintak individu kata dah tutup

tapi lepas byk kali we ol desak suh rehat je, dia pun tak bawa teksi dah... baru we ol rasa lega.. baguslah kalo kali ni nasib pemandu teksi ni akan berubah..