Wednesday, January 26, 2011

pedestrian walkway in the making....







ini cerita nya....

Pelbagai usaha di lakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam... salah satu alasan yg di berikan.. tak ada kesinambungan dari stesyen transit ke premis pejabat atau perniagaan.. bertolak dari situ kerajaan merancang banyak projek laluan pejalan kaki sama ada elevated atau di aras tanah berbumbung untuk kemudahan dan keselesaan warga kota... ada projek yg di biayai kerajaan dan ada juga yg di sumbang oleh pihak swasta... malah setiap pembangunan yg berhampiran stesyen transit di syaratkan menyumbang kepada satu dana utk pembinaan laluan berbumbung ke stesyen...atau beberapa meter di hadapan premis masing masing..

selain menghubung stesyen ke premis ada juga usaha kerajaan utk menyambung antara bangunan ke bangunan.. dengan kerjasama pemilik bangunan yg berminat..ada juga pemilik bangunan (bangunan sedia ada) yg tidak nampak keperluan laluan pejalan kaki berbumbung memasuki kawasan mereka..... setiap premis sama ada menyumbang kepada satu dana yg akan di bina kerajaan atau mereka sendiri yg bina dengan kelulusan kerajaan....

projek di atas adalah sumbangan GLC yg menyediakan kemudahan jejantas pejalan kaki berbumbung yg berhawa dingin lagi... OUTCOME yg di harapkan dari projek ini.. orang ramai selesa dan selamat bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan berjalan kaki tanpa gangguan trafik.. dan perjalanan kenderaan akan bertambah lancar kerana tiada pedestrian melintas..

10 comments:

Anonymous said...

salam

harap2 takde la plak nanti orang bagi alasan tak larat nak panjat tangga hehe... (^_^) ~

zino said...

manje
ada escalater lagi.. lift pun ada hehe

Dee said...

kemudahan mcm ni baguslah utk rakyat...terutama pejalan kaki dan pengguna pengangkutan awam mcm dee..hehehe..

zino said...

Dee
kalau ada yg tak kena nanti lapur la ya.. hehe

Zareda Norman said...

mudah mudahan warga KL lebih mesra pengangkutan awam

zino said...

zar..
hanya itu kaedah nak nak mengurangkan kesesakkan...

aNIe said...

Semoga kaedah ini berjaya mengurangkan kesesakan...dan memperbaiki sistem pengangkuran kita...

MOKCIK AZWA said...

Lebihkurang mcm kat Singapore ker?..kuar LRT boleh berjalan ke destinasi okes sangat la..kalau kena naik teksi, naik bas lagi tu yg tak berapa semangat nak naik lrt tu..

ciK LyndaWawa said...

huhuhu..bagus2...

malaysia kin maju...

Ada Dalina said...

langkah yg baik..tp rasa2 berkesan ke? huhuhu...rasanya jln still sesak jugak...