Wednesday, January 7, 2009

NGO lancar kempen boikot produk Israel

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Sebanyak 19 badan bukan kerajaan (NGO) Islam akan memulakan gerakan memboikot barangan keluaran Yahudi, Jumaat ini sebagai tindak balas rakyat Malaysia terhadap kekejaman Israel yang rakus menyerang Palestin dan membunuh ratusan orang awam.

Gerakan dinamakan Kempen Boikot Produk Terpilih Yahudi itu dianjur oleh NGO antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Selain itu ialah 16 NGO yang bergabung di bawah Jawatankuasa Gabungan NGO Islam (ACCIN) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Pengumuman mengenai pelancaran kempen itu dan tiga produk terpilih dibuat di ibu negara hari ini.Ia turut dihadiri Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman dan Naib Presiden ABIM (Antarabangsa), Azril Mohd. Amin.

Mari kita sokong kempen ini.. tapi apa kah produk yg di maksudkan.. anda tau ke?

19 comments:

Nong said...

Wah... tahun baru, rumah pun baru ke?

DeeN said...

Aha. Kali nih baru leh komen. HeHe. Nak puji sket. Cantik rumah tu. Rumah uncle kat kampung ker?

Banyak kali jugak kempen boikot brg yahudi. Harap2 kali neh lebih berjaya utk kempen boikot.

Sri Diah said...

Assalamualaikum;
Sayad atang ke rumah baru ini tengah-tengah malam buta ni, tuan rumah dah tidur rasanya... Cantik. Rumah baru ni nampak cantik dan rumah kat langsir tu lagilah cantik...

aNIe said...

Harap2 kali ni biar betul2 menjadi...

Kita kene bersatu hati untuk melumpuhkan ekonomi mereka...sebab kalau semangat aje berkobar2 tapi cakap tak serupa bikin...tak guna jugak

zino said...

nong..
semangat tahun baru hehe

deen
benar rumah uncle kat kampong..

sri diah..
tak kisah datang le jam berapa pun.. selfservice.. hehe

anie
betul tu.. semua umat islam perlu bersatu utk menjayakan nya

Masy said...

klu abah angkat nak, sy emailkan nama2 produk tu.. nak?

MOKCIK AZWA said...

saya dengar kat radio kelmarin ada tiga barang COKE, COLGATE dan aisey se lagi lupa lak namanya huhuhu

sampai bila agaknya kekejaman di sana akan berlaku...

zino said...

masy
boleh gak..

azwa
selagi negara jahudi ujud..

Zareda Norman said...

banyak antaranya coca cola, estee lauder, loreal, nokia, intel

semoga saudara kita di Palestin berada dalam rahmat Allah dan dibawah lindunganNya

Jard The Great said...

bnyk tu nak diboikot.. huhuhu..

muadzlife said...

moh..tapi depends jugak..kalo fully imported dari sana kompem boikot..:)

zino said...

zar
alamak kena tukar talipon ke ni..

jard the great
yg di cadangkan 3 dulu..

muadzlife
jenama tempatan pun banyak kan..

Mak Su said...

byk melibatkan produk yang biasa kita guna sejak dulu ek... tapi tak per, alternatif pun banyak

Jard The Great said...

ade satu blogger nih tahu barangan yg perlu diboikot..

try check kat hapacrita.blogspot.com

hehe..

maklang said...

kita lumpuhkan mereka...memang kesian tengok anak2 kecil yang tidak tahu apa2 lagi tu...

tintaHati said...

wahhhhh rumah baru...cun dan ceria....kalo nak pencen mcm tu la....kalo keje serabut jer kan? hehehehe....

zino said...

maksu
betul tu..

jard the great
zino pun ada dapat email pasal produk ni..

maklang
kalau tangok gambar dalam utusan semalam memang mendidih darah..

tintahati
bila dah pencen apa lagi perlu ketenangan.. kerja ni berkejaran je.. hehe

silversarina said...

salam,

Rumah baru makin cantik dan rumah mak zino tu memang I suka sangat , penuh seni budaya bangsa.

Kami pun dah start boikot barangan sekutu Israel tu, izzat bawak balik senarai barang, tadi pergi beli satu barang ni tup-tup izzat kata barang boikot , terus I letak balik atas rak .

Sebak lihat apa yang berlaku saban hari di bumi anbiya itu :(

zino said...

silversarina..
renovate sikit2.. maklum la tukang nya bukan nya mahir sangat..

bagus sangat tu kita kena senaraikan barangan boikot tu sepaya senang..