Thursday, December 31, 2009

hadiah tahun baru ke??

KUALA LUMPUR 31 Dis. — Majalah mingguan Katolik, Herald, boleh menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan hari ini.

Mahkamah itu membuat keputusan bahawa setiap orang mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan “Allah”.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan mingguan itu. - Bernama

what's next???

salam tahun baru..

salam

selamat tahun baru..
tahun 2009 akan meninggalkan kita beberapa jam je lagi
tahun 2010 akan mengekori dari belakang..
sama ada kita suka atau tidak
sama ada kita ready atau tidak
tahun tetap akan berubah..

bagaimana kita..
ada kah kita akan berubah sama
atau
perlu ke berubah..

apa yg patut berubah..

kenapa perlu berubah..

bagaimana melakukan perubahan..
itu anda yg perlu menentukan..
berubah secara perlahan
atau
berubah secara total..

pilihan anda

Wednesday, December 30, 2009

azam baru...

Setiap kali menjelang tahun baru topik yg paling hangat di bincangkan ada lah azam tahun baru.. apakah azam di tahun 2010, bagaimana azam tahun 2009 tercapai ke? apakah langkah langkah yg telah di ambil untuk mencapai azam tersebut.. dan pelbagai alasan juga akan di berikan kenapa azam tersebut masih belum tercapai atau tidak tercapai sepenuhnya atau telah mendapat melebihi apa yg di hajatkan..

ada juga yang akan berkata biar le rahsia, agaknya azam yg mengunung tinggi, malu untuk di kongsikan atau nak buat kejutan bila tiba masa sesuai.. walau apa pun alasan anda hidup kita perlu ada matlamat, perlu ada pengharapan, perlu ada tujuan, dan yang lebih penting perlu ada usaha.. apa pun yang di hajatkan , apa pun yang di inginkan bergerak lah, berusahalah, cari lah , teruskan lah.. dan akhir sekali , jangan lupa memohon kepadaNya semuga apa saja yang anda ingin kan , apa juga yg anda azamkan untuk tahun baru dan tahun tahun seterusnya akan di perkenankan

selamat menyambut tahun baru....

Monday, December 28, 2009

sepintas lalu..

program bersama keluarga dah habis.. hari ni dah masuk kerja.. bila dah lama cuti mood pun agak lembab pagi ni.. adik pun tak ada mood .. dah kena pegi rumah mama.. tapi sebelum pegi pagi tadi sempat minta.. abah boleh adik tengok kebun sekejap hehe..

satu minggu di habiskan dengan aktiviti keluarga, oleh kerana kami tak book ke mana mana hotel atau tempat percutian.. maka percutian di penuhi aktiviti apa yg mereka mahukan.. dan mem mahu juga lah.. mula mula program main bowling.. memang dah lama anak anak menyebut tapi atas alasan penat la, itu la ini la permintaan tu tertangguh sekian lama.. nampak gaya aktiviti ni akan jadi rutin kami setiap kali berkumpul.. lepas ni nak kumpulkan along dan angah sekali..

aktiviti berendam idea mem.. adik yg enjoy.. kakak dengan mem hanya memerhati dari jauh sambil menghabiskan entah berapa chapter novel yg di bawa nya.. itu pun sebab hujan dah mula turun kalau tak entah berapa jam adik nak berendam..

program tengok wayang hanya dapat sekali je.. cerita avatar.. kebanyakkan cerita alang dah tengok maka dia tak ada mood nak book tiket .. orang sikit punya ramai ..kalau nak harapkan zino beratur beli tiket tu.. harus tak jadi lah jawab nya.. idea pun datang spontan.. nak book online pun memang tak sempat..

banyak juga majlis kenduri yang di buat masa cuti ni.. ada yg dapat kami penuhi ada juga yang tak sempat dan yg malang nya ada juga yg kami terlupa.. minta maaf le kat tuan rumah.. paling jauh kami ke kuala pilah memenuhi undangan kawan siber lama yg dah jadi macam sedara pulak. hehe.. bila ke sana berjumpa dengan sorang lagi kawan siber yg juga dah lama tak jumpa.. apa lagi sembang panjang lah jawab nya.. memula ingat nak ke majlis di Jelebu.. tapi bila dah agak lewat program di tukar ke jalan jalan seluruh NS hehe.. sehingga sampai ke PD tanpa di rancang..

hanya satu lagi permintaan adik yg belum tertunai .. dia nak ke Zoo.. dia kata adik tak pernah pegi zoo lagi.. adik nak belajar pasal binatang, pasal burung , pasal buaya... nanti lah dik kita set lain kali..

ok cukup.. selamat bekerja kepada yg dah mula bekerja dan kepada yg masih cuti selamat bercuti.. lakukan perkara yang selama ini tertangguh hendak di lakukan bersama keluarga.. bila mereka happy kita pun rasa happy...

Sunday, December 27, 2009

tempat lain macam mana??

MBSA tawar RM1 bagi seekor tikus ditangkap

26/12/2009 3:25pm

SHAH ALAM 26 Dis — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi seekor tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran wang tunai itu ditawarkan sebagai galakan supaya penduduk di kawasan sekitar mengambil bahagian dalam kempen itu.

"Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pangsapuri terawal dibina di Shah Alam ini untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu hari ini.

Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya sentiasa prihatin dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka kerana persekitaran yang kotor akan mengundang binatang perosak terutamanya tikus sekaligus berisiko menyebarkan penyakit berbahaya.

kawasan flat belakang rumah zino ni pun berlambak makluk perosak ni.. kucing pun tak berani dekat..masing masing nampak buat tak kisah je.. hehe

Friday, December 25, 2009

walimatul urus...

Pertengahan bulan Januari nanti 17hb Jan.., kami di kampong akan mengadakan majlis kenduri kawin, bukan anak zino yg kawin tapi anak kakak.. dua pasang sekali.. mungkin ada hajat mereka kenapa majlis nak di sempurnakan di kampong .. bukan di Sabak sana...

Dah lama majlis kenduri kawin tidak di adakan di rumah ni.. makna nya atok dan uwan akan menerima dua cucu sekali.. hajat hati nak ajak kepada sesiapa yg sudi.. untuk sama memeriahkan majlis tu nanti.. walaupun zino agak kelamkabut sikit.. 16hb tu along akan balik dari China.. makna nya jemput along dan terus balik kampong.. mmm bagaimana kaklong di JB ya..

kepada yg sudi utk bersama sama menyaksikan dan memeriahkan majlis kenduri kami nanti boleh la nyatakan hasrat anda di zino2020@gmail.com.. kehadiran anda di alu alukan.. terima kasih..

Thursday, December 24, 2009

jalan2 di teruskan.....

Hari ni kami teruskan acara keluarga.. ronda ronda lagi memula ingat nak pegi tengok wayang tapi cerita yg nak di tengok ada midnight je.. entah itu kata alang, zino pun tak tau cerita apa yg dia org nak tengok.. so tak jadi menonton pegi main bowling .... lagi!!! bukan adik yg seronok nak main tapi kali ni mem yg ber iya iya mengajak hehe.. kakak tak mau main dah tangan sakit.. adik pun main sekerat jalan dah boring.. penat berendam semalam tak hilang lagi agaknya.. dia pun sibuk ajak balik.. tapi kena lah habiskan game dulu.. mem boleh baling dua kali ambik turn adik sekali..

wah wah.. lepas ni nampak gaya nya selalu le kami kena main boling hehe.. ramai juga zino tengok group keluarga ni datang main boling.. yg kecik yg besar semua ada.. yg baling macam baling buah kelapa pun ada macam macam gaya dan aksi boleh di lihat.. dan ada juga datang gaya pro, macam awek di sebelah kami tadi, datang sorang siap dengan bola sendiri, kasut sendiri , lengkap dengan glove bagai.. penuh gaya , pasti nya dah regular berboling..

lepas game makan makan di food junction tu.. sms angah , office angah di MV ni juga.. tapi angah dah makan awal.. dapat le bual sekejap.. jam 3 kami dah balik.. adik dah tak ada mood nak berjalan.. esok mem dah kerja cuti pun dah habis...

kepada yg baru nak cuti selamat bercuti.. gunakan sepenuh masa berharga bersama keluarga..

Wednesday, December 23, 2009

jalan jalan lagi....

kali ni kami ke A Famosa Melaka pulak.. ada yg kata kenapa dekat sangat dengan kampong? but why not? jimat belanja kan.. betul ke jimat.. hehe tapi uwang bukan segala nya yg penting dapat bersama famili dan mereka happy dan enjoy , entah bila lagi dapat bersama macam ni.. bila adik dah sekolah, bila kakak dah masuk belajar entah kat mana.. bila alang dah balik kolej.. susah dah dapat nak berkumpul.. jom kita tengok aksi mereka..

cuba memberanikan diri.. eeeee

elahhhh tak takut pun hehe



adik naik.. alang tolak tau..


gaya bebas..

cepat la bah.. adik sejuk ni..

tiga jam lagi adik naik...

tak puas di sun way sambung kat sini..

tetap juara.. kasi can tu..

abah yg sporting..layan je..

adik tak mau ketinggalan..

Monday, December 21, 2009

sambung jalan jalan..

gaya professional memerhati pihak lawan hehe


kali ni bagi alang champion hehe

kakak baling tangan kiri je.. hehe

mem pun nak baling juga..

siapa yg boleh buat gaya ni?
rasanya hazwan sorang je dalam malaysia ni hehe

Saturday, December 19, 2009

aktiviti bergambar....

sebahagian aktiviti kami sekeluarga hari ni...
dah penat nak bercerita... gambar gambar ni boleh bercerita sendiri..

ingat nak bawa adik main ice skating.
tengok ramai sungguh orang , rupa2nya ada show..
nasib baik dah nak habis..

selesai show para amatur pun masuk gelanggang..
penuh sesak di buat nya..


adik pun bersemangat nak joint sekaki..
sebenar nya lah firstime adik tu..

kakak dah selalu zino bawa dulu..
kesudahan nya kakak kepenatan memegang adik
dan adik jatuh berdebuk beberapa kali..
terus give up.. hehe

sebelum tu mari lawan memanah dulu...
mana tau ada bakat terendam hehe

mana boleh tengok je.. mak pun nak terai hehe
alamak apa keras sangat nak tarik ni..
tak larat den.. hehe


mari kita tengok sape yg kena hehe


bila lapar kita makan dulu..
tak sempat nak tangkap gambar dah nak licin hehe


yg ni pun sedap.. tapi kekaburan sikit gambar ni....

cuma gambar last masuk panggung tak sempat nak tangkap..
bateri habis hehe

the end...

satay kajang...di kajang ke? hehe





sampai juga hajat nak makan satay...memula hajat tu nak makan satay kajang di kajang.. hehe kami pun bergegas la ke kajang dalam hujan lebat tu.. bergegas takut takut adik tidur sebelum sampai.. hehe.. sampai di kajang saya minta mem dan anak anak turun dulu sementara zino mencari tempat utk parking.. hujan masih renyai... berpusing satu bangunan masih tak jumpa parking.. akhir nya kena keluar dan cari di kawasan lapang yg yg padat dengan kenderaan..

bila zino sampai mereka masih tercegat.. berdiri memerhati ke dalam restoren.. alamak penuh sesak.. yang menunggu pun ramai.. mana datang orang ramai ramai ni.. ok lah tak boleh tunggu lama.. perut pun dah lapar.. kami beredar di satu pot lain yg juga jual satay kajang.. pun ramai orang pun kena beratur.. bila dah ramai tu tokei sombong le sikit.. maklum yg menunggu masih ramai.. nak layan tu minta maaf je lah..

so kami buat keputusan utk beredar dari situ.. tapi kena cari satay juga.. adik dah mula gelisah .. kita nak pegi mana lagi ni?? adik dah lapar sangat ni.... akhirnya kami sampai di tempat biasa.. juga ada jual satay.. apa lagi alang terus oder.. adik makan dengan berselera sekali.. juga yg lain.. sekejap dah licin hehe maklum la dah kebuluran agaknya hehe..

gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut bantal menanti hehe..
salam hujung minggu semua.. so apa aktiviti anda hujung minggu ni??

Thursday, December 17, 2009

terima kasih....

Berbanyak terima kasih kepada semua kawan dan taulan yg mengucapkan selamat kepada zino.. sangat menghargai.. semuga tuan puan di berkati Allah.. amin..semua ucapan anda di rakam di sini... kalau ada lagi nanti saya sambung.. hehe

Lan Rambai happy besday tuannnnn

Princess Liyana Happy becoming birthday Encik Zino :D hiks moga panjang umur murah rezeki..aminnnnnnn :D

Salmiah Mohd Norin Sobolum tolupo. Raso eh tidak. Samo ngan anak sulung i lah.... Happy Beseday. Moga selalu bahagia. Dimudahkan segala urusan dunia n akhirat. Aminn... (Kali ni celebrate kat mano lak)

Choo Bk
Happy Birthday to you.....aiyoh....saya masih ingat harijadi kat kampung Baru dulu...masa tu umur bang brapa huh?? hehehe

Latifah Jellanie Selamat ulang tahun di ucapkan semoga di permudahkan segala urusan dah bahgia di samping keluarga tersayang:)

Kenneth Chua
hepi besday datuk zino

Norjam Endingan Selamat menyambut hari jadi. Semoga ia membawa berjuta juta keberkatan, kesihatan, rezeki yang melimpah ruah di samping kebahagian sekeluarga. Amiiiiin...

Abd Rahman Din Selamat hari lahir datuk zino....yang ke tuuutttt...semoga murah rezeki, panjang umur di dalam keredhaanNya

Hasnah Sb Selamat ulang tahun ..semoga panjang umur, murah rezeki dan dalam rahmat Allah selamanya..

Cekya Ceklah salam ulangtahun ke 20, zino...;)

Jashmah Jashah HAppY BiRtHdAy moga iman akan bertambah2 dan berbahagia selalu.... amin....

Zulnaidah Manan Happy Birthday Zino
SEmoga panjang umur dan murah rezeki berpanjangan

Nor Azlin Mohd Ali happy birthday pak ngah......

Sofie Nur happy birthday uncle~~~
hadiah claim kat adik yer..hihihihi

Rossi Esna hpy bday n hpy always..

Ibrahim Abdul Rahman HAPPY BIRTHDAY dan Salam Maal Hijrah.

Jamilah Rejab Happy Birtday Zino.. have a wonderful years ahead...salam Maal Hijrah

Halina Abdul Hadi happy birthday Zino...moga panjang umur dan murah rezeki...

Nora Along happy birthday zino...
moga dikurniakan kesihatan yang sempurna untuk terus mengharungi kehidupan di muka bumi Allah ini...

Munirah Ishak Moga dirahmati Allah selamanya.. Happy birthday..

Op Zaharin salam maal hijrah dan selamat hari ulangtahun kelahiran bang. moga diluaskan rezeki :)

Atiqah Nasir Selamat hari lahir dan salam maal hijrah uncle! :-D

Izyan Zaini may always in His blessing..happy birthday uncle..moga murah rezeki,sihat dan bahagia selalu....

Ixora Sofea HAppy birthday uncle zino...moga dipanjangkan usia dalam keberkatan...amiin...salam maal hijrah...

Shafaza Zara Syed Salam Uncle~
Selamat ulang tahun!

Masy Abd epy sebeday!!

Eedza Tahir Selamat harijadi. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki.

Mohammad Zaki Mohammad Amin buon compleanno! may Allah bless u bro :)

Aemiey Mohd Nor
Uncle Zino, epi besdei..!! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki yo!! Nak kekkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

Mohamad Zaidon Ahmad
Salam Boss... Selamat Ari Jadi, yng keberapa ya, rasanya yng ke-30 kan, moga panjang umur dan murah rezeki selalu...

Ilyanie Adam Happy Birthday Abang .. MOga hidupmu sentiasa diberkati..
adik belanja abah apa ?? ha ha a

Sriayuna Hilmi selamat menyambut ulang tahun yg ke ( ? ) tuan...isi sendiri la :)

Farah Eliana selamat hari lahir uncle! semoga murah rezeki! =)

Sally Rahmat Happy birthday Abang. Be blessed ya & salam Maal Hijrah..

Anie Yat ..SELAMAT HARI JADI buat Zino...semoga dipanjangkan usia...dimurahkan rezeki , dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa bahagia bersama mereka2 yang tersayang....

Norizalina Mutalib
Happy besday bro..sori terlewat wish...moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..


Nonie Abdul Aziz
Happy Birthday Bro. Zino..Semoga diberi kesihatan yang baik, rezeki yang murah, dilindung dari perkara2 yang mungkar...

Anim Mansor hepy besday to u zino... moga sihat, bahagia dan di berkati dunia akhirat..



nasi padang..

hari ni sekali lagi dapat makan sedap.. kali ni ada sorang engineer zino tu bawa , sebelum tu melawat tapak.. bila dah lapar dia bawa ke satu restoren ni.. ini firstime sampai .. nama restoren tu pun macam ada legenda.. puteri bongsu batam... terletak di tengah pusat bandar.. rasa nya sebuah banglow di jadikan restoren..

nasi padang.. masakan minang.. kalau siapa yg dah biasa makan nsi padang tau le kaedah macam mana dia orang ni hidang.. dia akan letak bermacam lauk di atas meja tu.. dalam piring yg kecik. tapi ada pelbagai pilihan la.. tapi kita boleh juga oder lauk yg mana kita nak.. kalau tak nanti penuh meja di letak piring hehe.. ikut kaedah nya piring yg kita usik atau cedok je yg akan di kira .. kalau tak sentuh kira tak bayar.. tapi kalau yg kita oder kira semua la kot..

makan kat restoren ni boleh tahan juga .. bertambah juga la tadi.. mmm ada sesiapa yg nak belanja zino boleh le bawa ke sini nanti hehe.. kata kawan zino tu harga pun berpatutan.. harus datang lagi dengan famili lepas ni.. hehe

Monday, December 14, 2009

lauk kampong....

dah lama tak singgah Serdang, atau lebih tepat di gerai makan di kawasan Mardi sana tu.. kadang tu bila balik dari meeting di Putrajaya saya minta driver lencong ke sana.. so tadi lepas meeting bila sampai kat simpang UPM tu terasa teringin nak makan lauk kampong.. kami sampai agak lewat lebih kurang.. jam 1.30 .. nasib baik daging salai ada lagi... itu pun yg nak di cari... hehe

selain daging salai , siput sedut pun ada... pendek kata pelbagai masakan NS ada di jula di sini.. kepada yg berminat boleh le datang makan kat sini.. gerai kecik je sebelah masjid tapi rasanya boleh tampung dalam 20 orang.....atau ada yg nak ajak zino makan sana ke? pun boleh juga hehe... tapi bersedia lah... silap hari bulan berasap telinga.. masakan NS memang terasa cili dia.. tahan ke?

sekian utk iklan kali ni....

balik kampong...

pagi tadi kami balik kampong .. ada majlis kenduri di rumah kakak sepupu.. anak dia yg ke 9 kawin... entah bukan zino yg kira terdengar ada yg bertanya.. hehe zino dah lost count berapa anak buah zino dari famili ni.. hehe 11 kot hehe.. hajat hati pun memang nak balik awal.. biasa la bila kita lambat sampai ada lah yg menegur hehe..

pepagi dah menghantar fizah ke tempat belajar kereta tu.. hari ni dia ada lecture pasal driving.. syarat wajib sebelum boleh ambil L.. tadi fizah kata satu hari yg memboringkan.. hehe lepas urusan fizah selesai baru kami sarapan.. mem pulak teringin nasi lemak di kg baru.. layan je lah.. lepas tu baru boleh balik kampong.. dah pukul berapa tu... bila sampai ke kampong , dah nak makan pangkal... makan pangkal ni di khaskan utk semua yg bertugas dan semua sanak sedara di kampong sebelum tetamu datang.. biasa nya jam 11.00 dah mula ..

memang lah kena tegur hehe sampai sampai je terus makan pangkal menolong nya tak!! hehe nak buek cam mano , kito ado anak yg perlu di uruskan bukan sengajo pun hehe.. alasan ni boleh terima la kot.. kalau tak tak habis la orang kampong menyebut nanti.. nak buek cam mano kan..masak memasak masih lagi bergotong royong.. masih ada yg pandai masak di kampong tu.. masakan pun sodap.. ada yg zino tengok berselera betul makan.. bertambah tambah.. tak apo lah selagi ada selera utk menikmati makanan tu silakan makan lah sepuas2nya..

biasa nya selepas makan anak anak muda akan membantu menguruskan majlis, ada yg bertugas membasuh, ada yg bertugas membuat air, ada yg mengemas pinggan cawan di dewan makan.. bukan dewan tapi kemah makan.. ada yg menguruskan lauk pauk utk di tambah dalam bekas yg telah di sediakan.. teringat zaman kami dulu.. semua bekerjasama menguruskan majlis.. tadi pun zino turun membantu di mana patut.. kena balas balik la sebab datang lambat kan. hehe.. tapi lebih kepada supervisor kepada anak muda.. bila suruh alang bantu.. dia terus menghilangkan diri.. kekok betul dia nak membantu.. anak orang bandar lah kata kan hehe..

cuma hidangan di sediakan secara bufe.. tidak lagi di hidang macam dulu.. kalau dulu lauk pauk di sediakan dalam piring dan di susun di atas meja, ikut susunan empat orang satu tempat.. lepas tu nasi di sediakan dalam bekas.. lauk pulak boleh tambah.. kaedah ni memerlukan ramai petugas, sama ada melayan tetamu, membasuh dan menyediakan lauk pauk.. serta utk mengangkat pinggan piring yg telah di guna dan di ganti dengan yg baru.. suasana dulu cukup meriah.. tak ingat last sekali dulua majlis siapa agaknya sebelum beralih menggunakan kaedah orang bandar ni hehe.. di separuh tempat khidmat keterer telah pun di gunakan..

satu perkara yg tak tak ujud lagi di kampong ni.. acara menanam.. bukan tanam padi tuan tuan.. hehe tapi kaedah nya bila sedara buat kenduri kawin sedara lain akan bawa beras, gula, telur, kelapa, atau apa saja lah yg boleh membantu sedara dia.. tapi semua yg di bagi tu akan di catitkan.. bila masa sedara yg memberi tadi kenduri maka barangan yg sama akan di bawa pulak..sebagai ganti.. ok paham tak kaedah menanam ni tuan tuan.. ? so bila nak kenduri masa berkampong tu tuan rumah akan beritau keperluan dan kekurangan .yg dia mahu.. . maka sedara yg lain tu membantu melihat kepada rekod barangan yg telah di tanam dulu untuk di balas kembali .. atau dia yg bercadang nak menanam.. semangat gotong royong ni yg telah lenyap sekarang...

pernah tak perkara ni di lakukan di tempat anda??

Sunday, December 13, 2009

dedikasi khas...

siang tadi kami berkesempatan memenuhi jemputan seorang kawan lama.. anak dia kawin, majlis di adakan di sebuah dewan yang saya terlibat semasa mengeluarkan CF .. sebab masa tu saya bertugas di jabatan yg berkaitan.. itu kisah dulu.. dan bukan itu yg saya nak cerita...

memang saya dah jangka bila hadir ke majlis ni nanti saya akan bertemu dengan ramai kawan lama, sebab nya kawan yg menjemput adalah office mate semasa kami sama sama di office lama di Jalan Pekeliling dulu.. tapi sekarang office tu dah di robohkan abuk pun dah tak nampak lagi.. tapi sayang sejak sekian lama diroboh pembangunan di tapak tersebut masih belum berlaku.. walaupun kami dari bahagian yg berlainan tapi terasa kawan kawan yg sama satu office ni dulu cukup rapat, macam adik beradik.. ada yg dah pencen, ada yg dah berenti kerja dan memasuki bidang koporate, ada yg dah berpindah office dan ada yg masih kekal di jabatan yg sama.. tapi office dah pindah le.. ini juga bukan yg mau saya cerita..

dalam ramai ramai yg saya jumpa tu saya ternampak sesaorang yg dah lama saya tak jumpa.. rasanya sejak dia pencen saya tak jumpa dia.. atau mungkin ada jumpa tapi saya dah lupa.. dia duduk di meja di hadapan saya .. memang dia tak nampak saya pun sebab dia duduk membelakangkan meja saya.. tak pe lah makan dulu nanti saya nak pegi tegur dia.. masa saya makan tu dia bangun alamak dia dah selesai makan ke tak sempat nak jumpa nanti.. rupanya dia bangun cari teh tarik dan bubur kacang.. lalu di sebelah saya tapi dia masih tak perasan saya.. sebab dia nampak dulu geng kami yg lain di meja yg lain dan terus menuju ke meja tersebut...

bila selesai makan saya terus ke meja dia.. sambil menepuk nya dari belakang terus menghulur tangan utk berjabat tangan.. dia terkejut melihat saya tetiba muncul di sebelah dia.. saya terus duduk di kerusi sebelah tanpa perlu di pelawa .. kami berbual.. mengimbau kisah lama dan baru.. bertanya kabar..dia memperkenalkan anak serta menantu yg ikut sama, seorang cucu yg comel.. kata nya dia dah 61 (kalau tak silap) tapi saya tengok kelihatan masih sama macam saya jumpa dia di pejabat masa kami sama sama bekerja di pejabat yg sama satu masa dulu.... awet muda kot hehe.. dia seorang yg peramah sama macam dulu.. mempunyai ramai kawan kecik dan besar, tua dan muda, bangsawan hartawan dermawan semua suka berkawan dengan dia..

satu soalan yg buat saya terkejut.... dia tanya pasal blog ..buat saya berfikir.. bila masa saya bercerita pasal blog dengan dia .. dan dah berapa lama saya berblog..?? dan dia masih ingat nama blog yg lama tu.. bangsal atap.. nama tu sempena nama kampong mem.. rasanya itu blog saya yg pertama.. tapi blog sekarang dah menjadi payakumbuh1 sempena nama kampong den pulak.. saya menulis di atas kertas yg dikeluarkan nya alamat blog saya yg baru.. dan saya harap dia jumpa blog ni dan akan membaca nya .. dan tulisan ni memang di tuju khas utk dia.. hehe saya kata masa saya nak menantu dulu ada saya cari dia.. tapi beberapa orang yg saya tanya tak ada sorang yg tau no. talipon dia.. silap saya juga bertanya salah orang .. dan kesempatan itu juga saya dapatkan no talipon mana tau panjang umur bila ada keperluan saya tau macam mana nak hubungi dia..

so, kepada En Ibrahin dan keluarga semuga sihat sejahtera, terus sukses dalam apa saja yg tuan lakukan dan semuga berjumpa lagi di masa akan datang.. kalau ada apa apa nasihat , pandangan , ulasan berkaitan blog ini, atau apa saja saya sedia menerima nya , kalau nak meninggalkan komen En Ibrahim perlu ada blog juga.. tapi masih boleh tinggalkan komen di ruang sembang tu hehe sehingga berjumpa lagi.. bye..

Saturday, December 12, 2009

menganta pengantin

pepagi tadi dapat mesej dari kakak sepupu di kampong.. kalau nak ikut nganta pengantin berkumpul kek ghumah jam soboleh bertolak ke Linggi.. dokek ghumah acik kot hehe.. wah lamo e tak ikut rombongan poe nganta mengantin ni.. tapi tak boleh nak ikut juga .. mem kojo pulak ari ni.. pepagi tadi dah poe anta dio kojo.. nak buak cam mano suami mithali kono lah berkorban kan hehe

teringat zaman dolu dolu poe nganta pengantin ni.. kalau tuan tuan nak tau kalau kek kampong den poe nganta pengantin ni ada lah satu acara yg memang di sukai ghamai.. hehe ado maso e keluargo pengantin terpakso tompah bas utk sanak sedaro ikut samo .. memang mengojotkan bakal besan hehe.. yg ado moto naik la moto yg ado kereto bawa kereto , penuh tu sedaro maro numpang.. dan kalau mak pengantin ado lobih sikit dio pi tombah bas lae.. mak aiii meriah.. meriah hehe

tak kisah la tompek atau ghumah pengantin tu jauh ko dokek , memang berduyun duyun la poe tu.. bukan nak poe makan sangat ..sajo goma nak memeriahkan majlis.. dan nak nyakat bakal pengantin tu hehe kadang tu ponoh sosak ghumah pengantin pempuan.. rombongan yg datang lagi ghamai dari tetamu tuan rumah.. biaso e tuan ghumah atau bakal besan tu dah di beri tau berapo ghamai rombongan nak datang.. pandai pandai la dio bajet hehe..

bilo dah ghamai ghamai tu macam macam hal la kan.. kadang kadang tu akad nikah di buek malam bersanding e esok e tu.. makno e duo kali lah rombongan tu datang lopeh akad nikah balik le dulu esok datang lagi.. dan akad nikah buek malam malam ni pun banyak gak cerito e.. bakal pengantin lelaki tak dapek melafaskan " aku terimo nikah e... ... sampai berpuloh kali ujo tak menjadi jugak hehe.. kesian tengok berpeloh poloh.. kadang tu sampai kol 2 pagi pun tak solosai lae.. hehe maklum la dah la bukan main ghamai yg menengok .. kolu lidah pengantin tu nak nyobot e.. ada jugo yg kato ado org buek kan sampai dio tak boleh jawab.. ontah la den tak tau la hal tu betul ko tak yg den tau budak tu panik.. ghamai kawan kawan asyik dok kacau kek bawah tu.. mano dia nak dapek nyobot betol hehe

alahai teringat zaman den kawin dulu.. kono pikul lae hehe.. ok lah dah la tu maleh nak cerito hehe

Friday, December 11, 2009

santai....






sekitar merriot putrajaya.....kalau yg bercadang nak bercuti ke KL .. nak bersantai.. lari dari kesesakan .. boleh le datang ke sini.. hehe

Thursday, December 10, 2009

semakin melampau....

Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Namun, sebaliknya kerajaan tetap juga memperuntukan RM9 juta untuk membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam dari tahun 2000 hingga 2008.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.

"Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dari tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat agama lain untuk tempoh yang sama.

Kor Ming mendakwa kerajaan bersikap menganaktirikan rakyat bukan Islam di negara ini.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

nampaknya mereka semakin berani dan melampau membuat permintaan yg mereka tau mereka tiada hak untuk meminta ....

Wednesday, December 9, 2009

penagih punca ragut..

  • Penagih dadah yang semakin bertambah dengan lima penagih baru dikesan setiap hari menjadi punca kes ragut sehingga meragut nyawa, sukar dibendung.
  • Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, 70% kes ragut di Malaysia dilakukan oleh penagih dadah.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyatakan selagi ada penagih dadah, selagi itu akan ada jenayah ragut.
  • Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zainal Abidin Kamarudin semalam memerintahkan seorang tertuduh kes ragut membaca dengan suara kuat laporan

    muka depan Utusan Malaysia mengenai kematian seorang mangsa ragut, Abdul Rahman Mohd. Khadla’din

  • masaalah yang tak berkesudahan .. sampai bila kita harus membiarkan perkara ini terus berlaku, setiap hari kita akan di papar berita berkaitan kes ragut, dan paling menyedihkan menyebabkan kehilangan nyawa.. entah berapa ramai yg telah menjadi korban.. sampai bila perkara ini akan terus berlaku.. apakah tindakan yg boleh kita lakukan utk membendung nya.. apakah punca kepada segala masaalah ini.. bagaimana untuk mengelak diri kita, anak anak kita dan seluruh warga malaysia dari menjadi mangsa perbuatan sampah masyarakat ini...
  • apa pendapat anda..
  • Tuesday, December 8, 2009

    last day...

    Hafizah cukup happy , kata nya hari ni last day kena pakai baju sekolah.. sama macam perasaan zino masa habis MCE dulu.. bila habis je exam rasa macam dah cukup dewasa dan tak sesuai nak pakai baju sekolah tu.. baju putih tu. hehe sebelum habis exam lagi kami pun plan la.. nak buat rombongan la.. nak menjelajah seluruh malaysia la.. nak pegi sana la sini la.. pendek kata idea spontan masing masing cukup banyak.. maklum la rasa macam baru lepas dari kurungan .. tidak rasa terbelenggu lagi..

    tapi malang nya sebaik saja habis last paper dapat satu berita yg menggemparkan satu Malaysia.. paper BM BOCOR... peperiksaan ulangan akan di adakan dalam tempuh seminggu lagi... aduhhhh rosak segala perancangan... siapa lah yg punya kerja tu dah le dapat soalan bocor lepas tu membangga diri pulak.. terus timbul syak wasangka dan akhirnya kena cekup.. itu lah adalah kes kebocoran paper exam yg pertama berlaku...

    siapa tau tahun berapa tu? kalau betul dapat hadiah.. hehe

    Sunday, December 6, 2009

    malang tidak berbau..


    kalau dulu..
    berhati hati di jalan raya...

    kemudian
    dan berhati hati di lebuhraya

    tapi sekarang..
    berhati hati di pasaraya...

    kereta dari sini...

    jatuh ke sini..

    sungguh malang dua pelajar terbunuh..
    bukan di jalan raya tapi di pasaraya..!!!

    tiga dalam satu..

    sebagaimana plan asal.. hari ni zino berjaya memenuhi tiga jemputan..

    pertama
    paling dekat , buka pagar je dah boleh makan.. oops nanti dulu cari taun rumah dulu.. hehe rumah yg kenduri kat hujung sana tapi kemah nya melangkaui rumah kami.. kebiasaan nya macam tu la.. bila kami yg kenduri dulu melangkaui rumah dia juga hehe.. bagitu lah hidup berjiran.. cepat cepat beritau tuan rumah kami ni ada beberapa jemputan selepas ni.. jiran jiran lain yg tak ke mana mana turut membantu.. so kami dapat ini..

    boleh pakai idea ni kan hehe

    kedua..
    yg ni CC kat opis zino tu.. anak dia le yg kawin.. banyak membantu dalam urusan kerja harian.. tak kan le bos dia tak datang kan.. hehe bila baca plan yg di bagi tu zino dah boleh agak bakal sosek nanti ni.. terlalu banyak detail cuba di masukkan dalam plan yg kecik tu.. dan terlalu banyak jalan yg di catitkan boleh sampai ke rumah dia.. akhirnya zino decide nak ke sana melalui MRR2 dan cheras baru.. selepas roundabout ke 3 terus hilang panduan.. hehe plan dalam kad tu dah tak boleh membantu .. aa sudah.. ke mana pulak nak di arahkan.. maka lepas tu trial and error pusing punya pusing akhir nya berjumpa juga arah yg nak di tuju.. rupanya bukan zino yg sesat ramai yg sampai pun merungut sosek juga.. ada sorang makcik tu kata dia satu jam berpusing2 mencari..hehe dan kat sini zino dapat ini..

    isi dia dah di keluarkan..

    ketiga
    dulu masa zino kenduri dia datang.. se lepas sekian lama tak jumpa .. masa memula kerja dulu kami duduk serumah.. duduk bujang di Taman Bunga raya setapak.. berpisah selepas sorang sorang kawin hehe.. dia salah sorang yg kawin lebih awal dari zino.. tapi zino yg potong dia bermenantu dulu hehe.. plan ke rumah dia mudah nak cari ..di shah alam sana tu.. cuma bila kami sampai majlis dah kat penghujung.. tengok kad sampai kol 4.. maka kalau sampai jam 3.30 kira on time lagi lah kan hehe .. dan kat sini kami dapat ini..

    yg ni apa isi dalam nya ya tak cek pulak hehe

    sekian lapuran utk hari ni...

    Tuesday, December 1, 2009

    dah hampir hujung tahun...

    Rasanya baru je kita masuk tahun baru.... kini dah masuk penghujung tahun ..nampak gaya nya tak lama lagi blog ni pun akan melangkah pula ke tahun 2010.. Malaysia nak jadi negara maju hanya tinggal 10 tahun je.. tercapai ke nanti? dapat ke pengiktirafan..? siapa yg akan menilai ? apakah ciri ciri negara maju yg di idam idamkan? ada ke anugerah yang akan di berikan... bila dah jadi negara maju , then what?

    kalau dalam melaksanakan satu2 projek kita akan sediakan satu jadual perlaksanaan dan menilai pencapaian satu masa ke semasa.. setiap bulan akan di adakan mesyuarat kemajuan projek.. menganalisa kemajuan.. isu isu berbangkit.. halangan halangan yang perlu di selesaikan serta mile stone utk tempuh tertentu.. tapi dalam mencapai matlamat negara maju ada ke benda2 ni di buat? apa kah kita masih dalam track utk mencapai matlamat tersebut..? siapa yg buat monitoring? siapa yg semak checklist?

    sepuloh tahun ada lah satu tempuh masa yg agak singkat.. walaupun singkat entah sempat entah tidak utk menyaksikan saat itu nanti.. walau apa pun cabaran di hadapan terlalu besar.. sekurang2 nya untuk jenerasi akan datang.. untuk membeli sebuah rumah umpama nya cukup menyiksakan.. harga yg melampau .. qualiti yg menurun saiz yg kecil dan untuk mendapat satu landed properties merupakan satu impian.. kecuali kepada mereka yg cukup kaya..

    akhirnya kita akan berasa terpinggir di negara sendiri.. hanya layak utk membeli sebuah flat atau apartment yg sederhana.. dan segala galanya sederhana.. segala bentuk tanah menjadi milik orang lain.. cuba fikirkan dua atau tiga jenerasi akan datang... kalau pun negara mencapai taraf negara maju.. bagaimana nanti rakyat nya?? rakyat banyak.. bukan segelintir yg mempunyai segala kemewahan yg boleh beli apa saja.. marilah sama sama kita fikir kan....

    saya fikir tajuk ni tak berapa kena kan hehe