Sunday, March 15, 2009

kansel makan..




masa nak balik dari spital tadi.. terima sms.. malam ni chong wei vs Lin Dan final.. siapa yg menang? zino terus jawab, Chong wei.. kalau Chong Wei menang kena belanja.. hehe.. walaupun ikut rekod Chong wei baru menang 3 kali dalam 15 pertemuan.. tapi kena semangat sokong pemain Malaysia hehe..

dalam berjalan nak ke kereta tu , nampak le final tu dalam TV kat kedai mamak, terus ajak mem singgah dulu.. hehe.. TV tu ada dua satu kat dalam satu kat luar, kami duduk minum kat dalam.. ingatkan nak makan sekali.. sambil tengok final.. bila kami duduk nak oder tiba tiba tup... TV bertukar bola.. mamat mamat kat luar tu tukar .. ada ke patut..aduhh..

terus kensel makan .. minum je hehe.. bila sampai rumah game dah pun selesai..terus cari maklumat dari online paper..

Chong Wei juarai Terbuka Switzerland
15/03/2009 10:00pm

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi.

Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18. - Utusan


tahniah.. Chong Wei...

28 comments:

♥miss zaza♥ said...

wow
datuk Lee Chong Wei menang?
walla
congrates Malaysia =)

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

Wah!

Luckily dia menang this time..Lin Dan is too energetic sometimes..=)

zino said...

zaza
itu la.. walaupun 13 kali gagal.. semangat berjuang perlu ada.. kejayaan pasti akan datang..

zara
kita selalu kalah dengan saikologi.. tengok Lin dan main.. relak cool je tak pernah berkerut dahi.. skill tak jauh beza..

Big Mamma Bukhari said...

salam..
akhirnyakan??
tq.. sudi singgah di blog t..

zino said...

mama..
itu la semangat juang.. mama pun kena berjuang macam Chong wei.. hehe

Kak Elle said...

alahai ingat kansel makan2 mem birthday celebration....hahaha

tahniah Malaysia.

silversarina said...

Saya pun tukar-tukar channel jugak, Chong Wei dan Merlin (cerita mengarut tapi penuh suspen di TV3 ), tapi masa Chong Wei menang kami dapat tonton, suka sangat sebab minggu lepas dia kalah.

Memang tak peka lah budak2 yang tukar channel tu, orang tengah tengok badminton dia tengok bola .

en_me said...

perghhh.. utusan gakkks ghitewww

Yunus Badawi said...

tahniah kpd Chong Wei dan Misbun kerana berjaya menewaskan Lin Dan. Tapi sayang kejohanan Terbuka Swiss ni tak se'prestige' spt All England.

ez said...

tahniah utk chong wei dan beregu negara kita krn dpt johan..bangga sy..mlm tadi tgk berkobar2 dibuatnya sy..hehhe..tp sy suke tgk chong wei pas menang,dia still peluk lin dan..bagusla kan..musuh di gelnggang tp pas menang x sombong..hehehhe...itula dinamakan semangat kesukanan...hehehe

Pu3 said...

yeah!
LCW menang!
pu3 tgk smlm.
tu pn sbb ayah konker TV.
hehe.
kalo x, xtau pn ada game smlm.

Abang Long said...

Lain kali kita lepak di gerai yang ada permainan membabitkan pasukan negara sahaja.

zino said...

kak elle
tengah bersemangat nak tengok dia pi tukar channel.. ingat nak minta tukar balik.. mem kata tak payah la nanti jadi cerita lain pulak. hehe

silversarina..
memang tak patut betul budak2 kat luar tu..

en.me
dapat lapuran je lah hehe

yunus badawi..
at least terlepas badi Lin Dan.. hehe

ez..
itu di namakan professional.. hehe kalau stail kampong dah kena ejek dah hehe..

pu3
terpaksa tengok la ya hehe

abanglong
ajak juga mem bangun semula.. tapi tak manis la pulak minuman dah oder kensel makan je.. hehe

NONIE AZIZ said...

harus frust!!!

blackpurple @ jowopinter said...

Dah TV orang nak buat macamana. hehehe!

Tahniah Datuk CW Lee.

zino said...

nonie aziz
susah payah cari kedai yg buka banminton tiba2 dia pi tukar hehe..

BP
nak cari talipon yg ada TV hehe ada ke? hehe

sya said...

itu yg paling tension.. dtg ke kedai sbb nak tenguk Tv tetiba dia orang tukar siaran.. rasa nak debik je

Masy said...

yesssssssssssssssssssss menang pun! tahniah!!

ABDUL LATIP said...

Zino
Saya tak sempat menonton tapi gembira dengan kenangannya.

SoFie NuR said...

memang tak patut tul diorg tukar channel...uhh..

pe2 pun,tahniah la buat chong wei..menang jugak akhirnya...

Dee said...

congrats..bkn senang nk menang..org tau mengutuk sahaja..

zino said...

masy
dengan usaha yg gigih mesti boleh berjaya..

paklatip
kita tumpang gumbira.. hehe

sofie nur
usaha tak kenal jemu.. dan yakin boleh menang hehe

Dee
bila menang kena puji bila kalah kena kutuk hehe

Neeza Shahril said...

badminton aje sukan yang neeza boleh tengok sebab faham.. yang lain tak reti nak tengok heheh..
tahniah kat dia..
sejak bila dia dapat Dato' tu?
hehehee.. katak dibawah tempurung.. :P

zino said...

neeza
zino pun minat badminton je Dato lepas sukan olympic kalau tak salah..dapat satu2 pingat utk malaysia..

xiiinam said...

Kalau aku tengok...mesti kalah.
Lebih baik aku tak payah tengok...he..he...
Errr...Dah lawan ye...?

zino said...

xiiinam..
kalau macam tu duduk je diam2.. jangan tengok hehe

KAMATO said...

harap dia terus naik.....

Nong said...

Tak follow sangat badminton ni, tapi kalau menang semua orang bagitau... Yeay!