Wednesday, April 22, 2009

bandar selamat...

tadi ada satu diskusi pasal bandar selamat...
perbincangan menjurus dari segi keselamatan
dari peragut....

dikatakan kes ragut semakin menjadi jadi..
sehingga bandaraya kursusnya kuala lumpur
dianggap tidak selamat oleh pelancong luar..
terutama di sekitar kawasan bukit bintang..

dah macam2 usaha di lakukan..
dah ramai yg di tangkap..
tapi kes ragut macam tak berkurangan..
ragut dan rempit seolah olah sinonem..
sehingga pihak polis mengistiharkan
perang dengan mat rempit..

so zino nak dapatkan pendapat anda semua..

adakah rasa selamat bila berjalan2 di KL?
kalau selamat kenapa?
dan kalau tak selamat kenapa?

28 comments:

adibah said...

Zino,

Personally, saya akan rasa tidak selamat kalau berjalan-jalan di:

1. Petaling St.
2. Area Puduraya/Bus Stand Klang/Central Market/Kotaraya
3. Jalan TAR/Masjid India
4. Bukit Bintang

Sebab banyak sangat mata2 yang memandang dan suasana yang sangat sibuk. Tempat lain, rasanya buat masa ini.. okay lagi..

scOotBerry said...

huhu
paling takut kat bb..
sbb takut ngan budak2 gOthic..
X_X

Adry said...

memang rasa tak selamat pun... yerla... dah berapa kali ntah aku saksikan depan mata org kena ragut la... bergaduh la.. ish ish ish


Adry @ http://www.adrysabry.com

ezzati said...

rasa x slamat kalo jln kt tmpt yg rmai sgt mamat2 asing tu..

p/s: salamzzz

Miss Zahidah Zakaria said...

sgt worry kalau nak g kl
terutama kat pudu
sbb kawan dh kena rompak kat situ ;(

CikguZue said...

sori to say, rasanye kat uk lagi selamat dr mana2 bandar d m'sia esp kl,wlupun rumah2nye tak bergril pun.

Kak Elle said...

Sebagai pelawat saya rasa tak selamat sekali bila nak menyeberang jalan raya walaupun di zebra crossing mereka tak berhenti walaupun kami dah berdiri di situ....tak hormat lansung pada kami...di mana2 negri kami di utamakan untuk meneberang....yg tempat banyak org pun tak selamat saya kena kepit bag sekuat nya...phobia bila di ingatkan kawan2 berjaga dg handbag!!!

VimmiYasmin said...

KL secara keseluruhannya mmg TIDAK SELAMAT.

pergilah ceruk mana pun,KECUALI dalam balai polis lah kan.
dalam bas dalam LRT tepi jalan, dalam restoran tengah makan pun dok kepit handbag.

anak sulung saya kesekolah menaiki LRT tiap hari. Turun di MasjidJamek dan berjalan kaki pula ke ConventBukitNenas setiap hari, tau apa yg saya pesan...
INGAT ALLAH SEPANJANG MASA!

dari darjah 3 dia dah terpaksa balik sekolah sendiri.
sekarang dah tingkatan1 pergi dan balik sendiri.
dan kawasan sepanjang perjalanan dia kesekolah itu kawasan yg mmg PANAS dengan penjahat.

saya pulak kat rumah berdebar jantung ginjal dan semualah sementara tunggu dia sampai ke sekolah dan sampai pulak ke umah petang nanti.

memang menakutkan KUALA LUMPUR sekarang!

Jard The Great said...

K. Lumpur.. tak selamat.. enuf said..

Masy said...

kat tmpt sunyi x selamat, tmpt ramai org pun x tentu selamat. tp sbg hamba, berdoalah padaNya moga diselamatkan - amin..~

konsep bandar selamat ni bkn saje patut diapply pd KL, tp pd semua bandar kat mesia ni. dan setiap pihak perlu sama2 bekerjasama utk menjayakan 'bandar selamat' ni.

ehem, serius pulak komen kali ni hehehe (dah tak serius balik)

MOKCIK AZWA said...

Dah bertahun tak ke KL..hingga akhirnya menjejakkan kaki di Sogo tempohari. Dari dulu pun rasa tak selamat, sekarang nie lagiii ler kut...tapi sama gak macam kat KK sana tu...rasa berada di negara asing pulak sebab ramai sangat PTI

zino said...

salam..
terima kasih..teruskan beri ulasan... ia nya amat berguna dan akan di ketengahkan dalam diskusi akan datang

CS @ Mama AA's said...

ada tmpat yg x slamat dh mcm bukan malaysia je, pndg mane2 nmpak indon, bangla, myanmar huhu tidakkkssss

Anonymous said...

Salam Zino,
Lama dah rasa tak selamat bila jalan2 kat mana2 pun jalan di KL ni. Tu yang naik kereta je walau ke mana pun nak pergi...haha...

pB said...

dah lama tak berjalan jalan di ibukota , so tak leh lar nak komen


hi hi hi

Insaflah said...

KL memang tak selamat. Bukan sebab orang lain kata, tapi pengalaman sendiri.

Mak Su said...

bandar selamat? mcm dlm mimpi jer.

tulipurple said...

tak selamat...kalu depan umah pun bley kene ragut,apatah di tgh2 kotaraya yg sibuk tu...seme amik kesempatan...denjeress..takda sivik-minded...lg hancussss!

zino said...

nampak gaya 100 % kata tak selamat ni.. satu fakta yg mengejutkan... apa lagi kata orang luar...


macam mana nak bagi selamat ya..
atau ada harapan ke kalau nak jadi selamat

Dee said...

sy pun takut gak..tp kdg2 tunjuk berani..cover line..hehehe..

Neeza Shahril said...

balik bulan 10 baru ni, neeza suggest kat hubby utk beli baju anak2 kat sogo.
hubby kata, takut la.. nanti takut anak2 kena kidnap..
last2 kami pergi dengan family adik neeza...
neeza and adik bershopping while hubby, adik ipar and the kids duduk berkaraoke kat atas tu..
selamaaattttttt...

ngeri lah KL ni...

zue said...

alah zino bukan setakat kat kl kat mana2 pun sama aje dah tak selamat.

INTAN said...

xleh nk komen sbb x tinggal kat erea sana....tp daku mmg x suka g sana...klu g je mesti migrain..hehe

Pok Li said...

Sekarang ni macam semua tempat tak selamat. Balik kampung orang cerita pecah rumah. Pergi bandar cerita ragut. Pergi ke laut orang cerita lanun.

Noli said...

takut duk KL...xslmat

Yana Ismail said...

Kat JB ni pun dah tk rasa selamat. ni plak kL..hish. bahaya2

zino said...

nampak gaya nya kat malaysia ni dah tak selamat ..

kemano nak poe..

Zareda Norman said...

rasa sangat tak selamat jalan kat coket compare than 15-10 tahun dulu...