Friday, March 13, 2009

seharian di SJMC...



Jam 9.00 kami bertolak ke sjmc.. appointment jam 10.00 pagi.. sepanjang jalan hujan gerimis.. sesampai di SJMC MIL di bawa ipar di atas kerusi roda ke klinik pesakit luar sementara aku berpusing2 dua tiga kali mencari tempat parking.. akhirnya parking di sebelah kawasan perumahan.. harap2 jangan le di saman..

Selepas urusan pendaftaran, urusan x-ray dan sebagainya, MIL di bawa ke wad 311 untuk bertemu dr pakar .. sepanjang tempuh menunggu MIL menangis sambil mengadu sakit.. dan seorang lagi ipar aku sampai.. akhirnya aku bertanya petugas ada ke tempat utk MIL berbaring, mungkin dia tak selesa duduk di kerusi.. kemudian MIL di bawa di satu bilik untuk berbaring sementara menunggu giliran berjumpa Dr..

Bila tiba giliran Dr pakar datang kebilik tempat MIl berbaring.. lantas membawa satu berita.. tulang MIL yg retak telah pun patah.. dan ada keperluan utk membuat pembedahan.. Dr menceritakan risiko sama ada membuat pembedahan dan tanpa pembedahan.. dan meminta kami menimbangkan nya dan membuat keputusan.. sementara kami berbincang Dr keluar utk merawat pesakit lain dulu.. bila ipar meminta pendapat aku.. amat sukar utk aku menjawab nya.. aku biarkan mereka adik beradik membuat keputusan terbaik utk mak mereka..

akhirnye mereka membuat keputusan utk melakukan pembedahan.. tak sanggup melihat mak menderita.. sakit setiap kali berlaku pergerakan.. bila dah ada keputusan kami memanggil semula Dr memaklumkan keputusan.. sekali lagi Dr memberi penjelasan.. supaya kami bersedia dengan sebarang kemungkinan..akhirnya setelah berpuas hati Dr menghulurkan borang perakuan utk di tandatangi.. borang di tanda tangan kakak ipar aku, iaitu kakak mem.. segala yg berlaku dan keputusan yg di capai aku lapur dengan mem yg berada di rumah..

bila nak lakukan pembedahan ?? kami minta secepat mungkin.. maka urusan seterusnya MIL perlu masuk wad.. proses ini mengambil masa yg agak lama.. kerana menunggu kekosongan.. Dr memberi jaminan sekiranya segalanya berjalan lancar, esok jam 1.00 MIL akan di bedah.. sebelum tu Dr akan membuat beberapa ujian tahap kesihatan MIL sebelum membuat keputusan muktamad..jam 7.00 petang baru lah aku dapat meninggalkan SJMC setelah anak ipar datang menggantikan kami menjaga MIL di wad..

bersambung....

17 comments:

Kak Elle said...

Sabar ye Zino mmg banyak rsiko nya pada pesakit yg berumur menjalan pembedahan...insyaallah semua akan berjalan dgn baik dan MIL semoga cepat sembuh.

Yana Ismail said...

byk2 sabar ek Zino and byk2 doa..smoga MIL cpt sembuh dan pembedahan bjalan dgn selamt..aminnn..

kirim slm pd MIL, Katakan kami di sini mendoakan dia. Just be strong ok!;)

zino said...

kak elle
mudah2an...

liyana
inshaAllah .. terima kasih..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

salam Uncle Zino..

semoga MIL cepat sembuh dan tabah dengan apa yang berlaku ya Uncle?

salam buat semua..

scOotBerry said...

insyaAllah semua selamat..
bykkan berdOa ye..

adibah said...

Zino, yang paling utama adalah ketabahan dan kekuatan mereka2 yang disekeliling MIL untuk bagi semangat supaya dia kuat melawan penyakit. Mudah2an segalanya berjalan lancar, InsyaAllah.

Miss Zahidah Zakaria said...

semoga semua nya berjalan lancar dan selamat
InsyaAllah

adie said...

harap operation itu berjalan lancar.banyakkan berdoa dan bersabar yer.

zino said...

zara
terima kasih..

intan
mudah2an inshaAllah..

adibah..
amin..

zaza
inshaallah amin..

penyubiru
terima kasih

en_me said...

abang zino sekeluarga harap2 bersabar.. ghiteww

Yunus Badawi said...

Saya doakan agar semuanya berjalan lancar. Kata2 semangat dan doa dari keluarga penting utk MIL.
Bapa mertua saya juga pernah menjalani pembedahan tulang kakinya yg patah dan kepala lutut yg retak secara serentak. Alhamdulillah selamat.
Tolong sampaikan salam dan doa kami kpd MIL.

lupekanje said...

moga Doktor bjaya mlakukn pmbedahan tu dan MIL zino akan cepat sembuh...

zino said...

en.me
terima kasih..

yunus badawi
inshaAllah.. semuga pembedahan ini juga akan berjaya..

lupekanje
amin...

Ummi365 said...

semoga MIL zino selamat menjalani pembedahan.

Zareda Norman said...

zino

perbanyakkan doa dan solat Hajat. Semoga semuanya dipermudahkan buat zino sekeluarga..

mintak kak aisya sabar berbanyak.. ini dugaan.. ada hikmah disebaliknya..

zino said...

ummi365
terima kasih atas doa..

zar
terima kasih zar.. pembedahan berjaya.. alhamdulilah

Unknown said...

Opah doakan semoga segala-galanya berjalan dengan lancar dan MIL Zino kembali sihat. Kita nanti pun macam tu jugaklah. Nasib baik dia punya anak cucu yang baik dan boleh diharapkan. Semoga dia dipermudahkan oleh ALLAH semasa menjalani pembedahan tu nanti. Amin.